Keghairahan terhadap hobi menggulung belon sentiasa membakar dalam sanubari Richard sehingga beliau sanggup menyimpan duit saku yang diberi oleh ayahnya untuk membeli pelbagai jenis belon. Namun, kegagalan menemui sumber tepat untuk mempelajari kemahiran melilit belon membuatkan hobi tinggal sekadar hobi sahaja.
Tetapi lelaki yang berasal dari bandar Klang ini tanpa berputus asa mencari buku-buku berkaitan teknik dan rahsia menggulung belon yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan China untuk mengasah ilmu tentang bidang itu. Daripada bingkisan kisah tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bakat seseorang dalam sesuatu bidang dapat dikesan sejak kecil lagi dan untuk memahirkan bakat yang ada maka perlulah diasah bakat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan penting. Selain mengesan bakat, dorongan dan sokongan dari segi masa dan wang ringgit perlu diberikan terhadap anak-anak supaya bakat yang mereka ada boleh digunakan untuk membina kejayaan di masa depan mereka. Sebenarnya banyak contoh yang boleh diambil dari kisah-kisah kejayaan seseorang yang menggunakan bakat dan kemahiran dalam bidang masing-masing seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan David Bekham. Thursday, October 30, 2008
Antara Bakat dan Kemahiran
Keghairahan terhadap hobi menggulung belon sentiasa membakar dalam sanubari Richard sehingga beliau sanggup menyimpan duit saku yang diberi oleh ayahnya untuk membeli pelbagai jenis belon. Namun, kegagalan menemui sumber tepat untuk mempelajari kemahiran melilit belon membuatkan hobi tinggal sekadar hobi sahaja.
Tetapi lelaki yang berasal dari bandar Klang ini tanpa berputus asa mencari buku-buku berkaitan teknik dan rahsia menggulung belon yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan China untuk mengasah ilmu tentang bidang itu. Daripada bingkisan kisah tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bakat seseorang dalam sesuatu bidang dapat dikesan sejak kecil lagi dan untuk memahirkan bakat yang ada maka perlulah diasah bakat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan penting. Selain mengesan bakat, dorongan dan sokongan dari segi masa dan wang ringgit perlu diberikan terhadap anak-anak supaya bakat yang mereka ada boleh digunakan untuk membina kejayaan di masa depan mereka. Sebenarnya banyak contoh yang boleh diambil dari kisah-kisah kejayaan seseorang yang menggunakan bakat dan kemahiran dalam bidang masing-masing seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan David Bekham. Wednesday, October 29, 2008
Hati Penting bagi Manusia
Tuesday, October 28, 2008
Lagu Menaikkan Semangat
Kadang-kadang lagu juga boleh memainkan peranan dalam menaikkan semangat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Lagu "Fikirkan Boleh" seingat aku sering berkumandang sebelum dan selepas Malaysia menjadi juara Piala Thomas 1992. Malahan lagu tersebut boleh dikategorikan lagu mekar sepanjang zaman, lebih-lebih lagi untuk program motivasi kejiwaan.
Lirik lagu Fikirkan Boleh-Metropolitan
Ciri - Ciri Pemimpin Berwatak Rasul
Monday, October 27, 2008
Demi Masa
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr. Ayat 1-3)
Time is Gold. Masa itu Emas. Maksud yang sama dari bahasa yang berbeza. Bila aku tengok jam, kadang-kadang terasa terlalu banyak masa aku lakukan untuk perkara yg lagha (tidak berfaedah). Entah ape-ape je aku buat kadang-kadang. Masa tengah free, buat keje pun malas-malas. Bila tak cukup masa baru nak pulun. Alah beb, aku rasa korang pun ada gak perangai cam aku ni kan?. Seronok tengok perbincangan Dr Fatma dengan artis Rosyam Nor tentang kepentingan masa di segmen Ar Rayyan Astro Oasis. Alhamdulillah, biarpun kehidupan artis dipandang serong oleh kebanyakan orang namun saudara Rosyam Nor masih boleh dijadikan contoh terutamanya kepada anak-anak muda yang bercita-cita nak menjadi artis. Menurut Rosyam, biarpun sibuk macam mana pun, beliau tetap memperuntukkan masa untuk isteri dan anak-anak. Walaupun masa untuk bersama keluarga cuma sejam dua tapi masa tersebut berkualiti. Bila bercerita tentang masa, maka teringat kat lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Lagu tersebut penuh dengan peringatan dan sesuai didengar sepanjang kita menjalani kehidupan seharian.
Lirik Lagu Nasyid Demi Masa
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan yang beramal soleh
Aaa…Aaa...Aaa
Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Aaa…Aaa...Aaa
( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan yang beramal soleh
Aaa…Aaa...Aaa
untuk mendengar lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan KLIK DI SINI.Sunday, October 26, 2008
Baru Kutahu...Limbang
Jika sampai di pekan Limbang, kemudahan penginapan tidak menjadi masalah. Terdapat banyak hotel dan rumah tumpangan yang boleh dipilih untuk bermalam. Hotel Purnama sebagai contoh merupakan hotel yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara.
Purnama Hotel ( pemandangan dari Sungai Limbang )
Pemandangan pekan Limbang dan sungai Limbang dari Hotel Purnama
Saturday, October 25, 2008
Pesta Bola Merdeka 2008 Final
Friday, October 24, 2008
Pesta Bola Merdeka 2008 Part 2
Prestasi benteng terakhir yang diberi tanggungjawab menjaga gawang gol (Helmi Eliza) setakat ini cukup membanggakan. Beliau tidak banyak diuji, namun sentiasa fokus dan tangkas melayangkan badan menangkis percubaan berbahaya lawan.
Sememangnya pasukan Malaysia mempunyai peluang mengulangi kemenangan kali kedua berturut-turut berdasarkan kebolehan dan prestasi pemain-pemain mereka ketika ini. Biarpun pesta bola Merdeka kali ini nampak hambar dengan ketiadaan Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia perlu mempamerkan permainan yang berkualiti semasa perlawanan akhir nanti. Hantaran tepat, agresif tapi berhati-hati perlu ketika berdepan pasukan Vietnam yang pastinya memberi tentangan habis-habisan. Andainya skuad Malaysia muncul juara, ia akan menjadi bekalan moral untuk menyuntik semangat anak-anak buah B.Sathianathan berdepan Vietnam sekali lagi pada 8 Disember 2008 dalam AFF Piala Suzuki 2008.Thursday, October 16, 2008
Pesta Bola Merdeka 2008 Part 1
menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam. Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan Pesta Bola Merdeka adalah pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea dengan keputusan jaringan yang sama.
Wednesday, October 15, 2008
Sunday, October 12, 2008
Kalaula turun...
Dulu-dulu
Saturday, October 11, 2008
Kata-kata hikmah 4
- Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh
- Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
- Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
- Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
- Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.aManusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-Ghazali
- Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
- Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas
- Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham
Thursday, October 9, 2008
Kata-kata hikmah khalifah 1
- Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib
- Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
- Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
- Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
- Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya . Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
- Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
- Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
- Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
- Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut -Saidina Umar bin Al-Khatab
- Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Wednesday, October 8, 2008
Kata-kata hikmah 3
'Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti.' - NAPOLEON BONAPARTE
- 'Matahari bersinar setelah badai pergi, selalu ada pemecahan bagi setiap masalah dan tugas tertinggi dari jiwa adalah untuk bergembira.'-RALPH WALDO EMERSON
- 'Ketulusan - jangan melakukan pembohongan yang menyakitkan; berfikirlah secara benar dan adil, bila anda berkata, berbicaralah sesuai dengan kebenaran dan keadilan itu.'-BENJAMIN FRANKLIN
- 'Pemenang dalam perjuangan hidup adalah orang yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, yang percaya pada dirinya sendiri dan tidak takut untuk menyingkirkan penghalang yang menghalangi jalan mereka.'-RALPH WALDO EMERSON
- 'Apa pun yang saya cuba lakukan dalam hidup, maka hal itu saya usahakan dengan sepenuh hati untuk melakukannya dengan terbaik.'-CHARLES DICKENS
- 'Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah tapi merasakan tak jejak ke bumi.'- DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj
- 'Dahulu kuasa dianggap kekuatan fizikal. Kini, kuasa sebenarnya tiada jantina! Kekuatan minda mengatasi kekuatan fizikal.'-Datuk Maznah Hamid
- 'Budaya kita menggalakkan kita mempelajari suatu profesion supaya kita dapat bekerja untuk wang tetapi ia gagal mengajar kita cara menjadikan wang bekerja untuk kita.'-ROBERT KIYOSAKI





Bangunan Sultan Abdul Samad
Penang Bridge
Menara Telekom

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Masjid Terapung
Masjid Kristal
Sepang F1 Circuit
Petronas Twin Towers 
Masjid Putrajaya 












