Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, January 29, 2009

3 Tapak Pembentukan Daya Ingatan

Dalam asyik meneliti buku tulisan Dr. HM Tuah 'Membina Imaginasi Cemerlang', aku tertarik dengan bab ingatan dan mengingat. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi panduan kepada semua tetapi kalau nak tahu lebih kandungan yang ada dalam buku tersebut kena belila. Menurut Dr.HM Tuah, daya ingatan yang lebih baik boleh dibentuk melalui tapak-tapak yang kukuh. Maksudnya, daya ingatan ni sama juga dengan bangunan yang tegak berdiri. Jika tidak ada tapak yang kukuh, sudah pastinya sebuah bangunan tu tidak boleh kelihatan tegak, kukuh. Daya ingatan adalah proses tiga langkah iaitu mencatat, menyimpan dan memanggil kembali.

Monday, January 26, 2009

Khasiat Kopi Cenkudu

Kopi Cenkudu keluaran Sure Return Corporation Sdn Bhd merupakan kopi pracampuran mengkudu(ratu tumbuhan berbuah sakti), cendawan merah ( raja herba yang ajaib ) dan halia. Kopi Cenkudu mempunyai banyak khasiat seperti :
  • Membantu menguatkan sistem ketahanan badan
  • Membantu pankreas mengimbangi kadar gula dalam darah
  • Menggalakkan penambahan oksigen di dalam darah
  • Membantu menghilangkan kelesuan dan memberi kesegaran
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan
  • Menggalakkan pembuangan angin berlebihan dalam badan
  • Membantu pembaikpulihan sistem saraf
  • Membantu menambah stamina
  • Membantu pembuangan lemak-lemak berlebihan melalui sistem perkumuhan

Keajaiban Buah Mengkudu

Bijinya digunakan sebagai julap . Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan.
Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.
Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit."
Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham.
Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.
Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.
Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya.
Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul.
Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.
sumber rujukan :

Mengkudu

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, penggunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike.
Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkanpenggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.

Wednesday, January 21, 2009

Antara MLM, Takaful dan Affiliate...

Kesemua program MLM, Takaful dan Affiliate menjanjikan sumber kekayaan kepada sesiapa yang bijak dan sanggup berusaha untuk mendapatkan seberapa ramai pelanggan yang boleh. Bagi yang mahu menyertai program multilevel marketing, seeloknya selidik dulu latar belakang syarikat. Ini perlu bagi mengelakkan seseorang itu terjebak dalam skim cepat kaya. Yang baru nak join MLM, baca penerangan mengenai multilevel marketing di SINI..

Takaful di Malaysia mempunyai pasaran yang cukup luas dan mampu meningkatkan taraf ekonomi seseorang yang menjadikan produk takaful sebagai sumber pendapatan. Selain perkongsian keuntungan berlandaskan syariah, takaful juga boleh menjadikan seseorang itu bergelar jutawan. Nak tahu bagaimana, cuba ambil sedikit masa untuk membaca kisah jutawan takaful membina kekayaan beliau.
Manakala program affiliate pula merupakan program yang dijana sepenuhnya menggunakan teknologi internet. Individu yang menyertai program affiliate menjana pendapatan mereka secara komisyen hasil promosi sesuatu laman web. Jutawan internet Malaysia iaitu saudara Irfan Khairi juga mempunyai program affiliate sendiri.

Tuesday, January 20, 2009

Cuma ada SPM...

Sekadar berkongsi cerita yang dipetik dari blog personal shueqry...memang betul la apa yang diceritakan oleh shueqry tu. Bukan sekadar Anthony Robbins yang hanya berkelulusan setakat high school je yang jadi jutawan, jutawan di Malaysia pun ramai yang tak berkelulusan tinggi. Apa yang membezakan mereka dengan orang lain cuma keinginan mereka untuk mengubah diri menjadi orang yang berjaya. Oklah, seterusnya baca coretan saudara shueqry di bawah.
Satu-satunya pakar motivasi antarabangsa yang benar-benar jadi idola saya adalah Anthony Robbins. Walaupun dia dah berjaya mencapai status jutawan pada umur 25 tahun, namun dia tak pernah sesekali mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam bidang akademik hingga ke tahap doktorat.
Anthony Robbins cuma berkelulusan sekolah menengah (high school). Dalam negara kita, setaraf cuma ada SPM.Tak seperti pakar motivasi lain, Anthony Robbins tak pernah meletakkan kelulusan akademik sebagai cara untuk menarik trust dari orang lain supaya tertarik kepada motivasi yang diketengahkannya. tetapi, beliau menggunakan testimoni daripada orang-orang yang telah dimotivasikan olehnya sebelum ini.
Jangan Anda pandang remeh mereka. Orang-orang itu bukan orang sembarangan. Mereka adalah CEO bergaji besar, pegawai tentara, pensyarah kanan, pengarah syarikat, ahli sukan terkenal, penulis buku terkenal bahkan pelakon terkenal. Antara nama-nama yang mengenali Anthony Robbins dengan sangat dekat adalah Martin Sheen, Kenneth Blanchard, Charles Givens, Peter Guber, Pat Riley, Pete Sampras, Michael Jordan hingga kepada Stephen R. Covey.
Kekaguman saya pada Anthony Robbins sangat tinggi kerana apa yang dia ajarkan pada saya dalam buku tulisannya benar-benar banyak merubah diri saya.Dulu, saya seorang pemalas, kuat tidur, pesimis dan sangat sensitif. Saya cepat down. Lepas susah nak up balik semangat saya. Pendek kata, saya seorang lelaki yang lebih banyak huha huha dari berusaha memajukan hidupnya sendiri.
Setiap kali selepas sembahyang saya berdoa pada Yang Maha Esa moga diri saya ini dijauhkan daripada sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Kemudian, saya minta pada Yang Maha Esa semoga dia memberkati usaha saya nak menjadikan hidup saya lebih bermakna dengan membantu orang lain mengubah kehidupan mereka.
Honestly, saya tak suka berbangga dengan kelulusan saya sedia ada, jurusan Banking & Finance. Walaupun saya amat minat sekali dalam bidang kewangan, namun keseronokan membantu mencetus perubahan dalam diri orang lain amat menarik perhatian saya, lebih-lebih lagi kerana ia membuat saya gembira setiap kali apa yang saya kongsikan berjaya merubah diri mereka, inside out.
Bila buku motivasi saya dah terbit, saya tak akan letak kelulusan akademik di bawah nama saya. Tetapi, saya hanya akan guna nama saya sahaja, sama seperti apa yang Anthony Robbins lakukan di buku-buku tulisannya.
"Its not what we are, or our academik qualification. But, its about what we can do for other people with our knowledge, effort and simple act of kindness." - Anthony Robbins.

Thursday, January 15, 2009

Syukuri nikmat sedia ada...

Prestasi cemerlang pelajar-pelajar dari Terengganu dalam peperiksaan saban tahun mencerminkan bahawa negeri itu memberikan tumpuan terhadap pembangunan sumber insan dan modal insan.
SAYA terpanggil meluahkan perasaan hati, apabila membaca kenyataan-kenyataan pemimpin parti pembangkang. Saya bukannya penulis yang pandai mengolah ayat-ayat yang baik kerana saya bukan orang yang bersekolah tinggi. Cuma setakat SPM Gred 3 sahaja.
Dan saya bukanlah sepandai penyokong-penyokong PR, Pas atau DAP dan saya bukanlah penyokong fanatik BN. Tapi saya selalu bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini. Meskipun saya bukan orang senang, suami saya cuma seorang buruh ladang.
Sebagai orang susah saya bersyukur kerana mendapat bantuan kerajaan semasa mengandungkan anak-anak saya, di mana saya mendapat bantuan kerajaan membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang sembilan bulan tanpa bayaran satu sen pun. Jururawat yang bertugas itu pun bukan saya yang membayar gajinya, saya cuma membawa perut saya sahaja. Kemudian anak-anak saya bersekolah, anak-anak saya mendapat bantuan buku teks, makanan tambahan dan bermacam-macam lagi. Sebabnya saya bersyukur kerana saya orang susah.
Dan bagaimana pula dengan orang senang yang tidak perlu mendapat bantuan kerajaan? Bersyukur atau tidak mereka? Cerita suami saya pula. Saya tidak perlu takut apa-apa berlaku kepada suami saya semasa ketiadaannya pergi bekerja. Saya tunggu suami saya balik kerja tanpa rasa takut, apakah suami saya dibom atau ada peluru tak bermata menembusi tubuh kurus keringnya. Dan sekali lagi cerita tentang anak-anak kita, di mana anak-anak kita boleh bermain dengan bebas, ke sekolah tanpa rasa takut, orang-orang tua ke masjid membuat ibadat tanpa rasa gerun ditembak di tengah jalan. Dan anak-anak kita tidak ada yang terputus kaki tangan kerana dibedil.
Itu intipati cerita, yang mana kesyukuran perlu ada dalam hati kita setiap kali kita selesai solat semoga selamatkanlah tanah air kami, selamatkanlah umat Islam di muka bumiMu ini Ya Allah. Bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India atau bangsa apa saja yang menghuni tanah Malaysia ini. Saya tidak akan sesekali ambil risiko menukar pemerintah yang ada demi memenuhi keinginan mereka untuk menjadi pemimpin nombor satu. Saya takut bermain dengan api, menjaga negara bukan seperti bermain pondok-pondok.
Hari ini cerita begini, hari esok cerita lain. Keikhlasan wajah pemimpin hari ini sudah cukup saya beri kepercayaan kepada mereka untuk mereka menjaga keharmonian negara, kestabilan ekonomi. Setiap hari apa saja yang mereka fikirkan adalah untuk kebajikan rakyat baik dari segi keagamaan, keselamatan, kesihatan dan membasmi kemiskinan. Itu sudah cukup. Sekira mereka membohongi kita sebagai rakyat yang mempercayai mereka dosa dan neraka itu adalah pilihan mereka sendiri.
Dan saya merayu kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu kesilapan anda hari ini dalam memilih calon akibatnya anda sendiri yang akan tanggung. Kerana berada dalam kepimpinan yang kita sudah tahu buruk dan baiknya adalah lebih baik dari memilih yang kita belum tentu tahu buruk dan baiknya. Renong mata anak-anak kita, ibu, ayah dan pandang sekeliling betapa cantiknya negeri kita, betapa cantiknya negara kita, jangan rosakkan kecantikan yang sedia ada pada tangan yang hanya tahu berkata-kata tapi belum tentu pandai menjaganya.
Fikir-fikirkanlah... wahai pengundi Parlimen Kuala Terengganu.
KAK SAL Kerteh
dipetik dari ruangan forum utusan melayu online 15 Januari 2009. Kalau nak komen, pos je komen di ruangan yang disediakan.

Kalau pentadbiran negeri sehaluan dengan kerajaan pusat, cerah masa depan!!!

Betul kata pak lah dalam ucapan beliau semasa merasmikan sebuah pusat kemahiran di Kuala Terengganu pada 15hb Januari 2009. Nampak gayanya, puak-puak pakatan yang memegang pentadbiran di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kena ambil kisah dengan ucapan paklah. Lepas nie, tak payahla dok bangkang apa yang pihak paklah buat. Ikut jer. Pasukan paklah memang bagus dalam mentadbir. Puak pakatan serah je semua kat pasukan paklah. Dah masuk 52 tahun pasukan paklah mentadbir Malaysia. Apa yang takde kat Malaysia. Menara KLCC, plus highway, KLIA dan banyak lagi la yang diorang buat untuk rakyat. Seluruh dunia dah kenal Malaysia. Tengok je negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak, berlimpah ruah nikmat pembangunan yang dibuat kerajaan paklah.
Ucapan paklah jika dihayati dan diteliti seakan mengajak semua pihak supaya menyokong satu parti. Tiada guna pilihanraya umum lagi. Pihak pakatan tak perlu bersusah payah hantar calon untuk bertanding. Bagi jer pihak pusat menang tanpa bertanding di semua negeri. Pembangkang lebih elok mengajak rakyat untuk urusan membangunkan ekonomi negeri amnya seterusnya meningkatkan taraf ekonomi diri khasnya. Kalau nak bangkang jugak, janganla dok mengharap bantuan kerajaan pusat lagi. Tengok jer macam Air Asia, dalam setahun jagung dah mengatasi MAS. Dengar cerita Air Asia nak bina lapangan terbang sendiri dekat Labu,negeri Sembilan pula. Semua kos ditanggung bersama dengan Sime Darby tanpa mengharap bantuan kerajaan sesen pun. Jadi, pihak pakatan pun tiru la Air Asia kalau masih nak jadi pembangkang. Cari modal sendiri dengan guna kepakaran penyokong-penyokong dalam bidang ekonomi, kewangan dan lain-lain. Bila dah mampu cari sumber kekayaan sendiri untuk membangunkan negeri masing-masing barulah boleh tengok Malaysia di bawah kerajaan pakatan suatu masa nanti. Sebabya mudah, rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin seperti Air Asia dengan tagline nya Now Everyone Can Fly, memang membuktikan bahawa semua rakyat tak kira nelayan ke, penanam padi ke boleh menaiki kapal terbang.

Thursday, January 1, 2009

Proton MPV

Tahniah kepada pihak PROTON kerana berjaya menghasilkan kereta terbaru yang berkonsepkan mpv. Diharapkan keluaran model mpv mendapat sambutan hangat daripada semua pihak seterusnya membawa PROTON setaraf dengan syarikat pengeluar kereta dunia yang lain. Model mpv tersebut dijangkakan berada di pasaran pada bulan Mac 2009 dengan tawaran harga sekitar RM80 ribu.