Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, February 28, 2009

Bahaya Perpecahan

Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang sangat dibenci oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan oleh Allah untuk menyatupadukan umat manusia supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpecahan dikutuk kerana ia boleh melemahkan umat Islam dalam pelbagai keadaan serta menjadikan mereka lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran yang ada.
Selain dari mengakibatkan kegagalan, perpecahan juga akan menyebabkan hilangnya rahmat dan nikmat dari Allah. Mereka yang menyebabkan huru-hara dan permusuhan adalah termasuk golongan yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang menjadi salah satu syarat bagi bertambahnya nikmat itu, manakala mengkufurkannya akan menempah bala’ dan seksa dari Allah.Perpecahan juga boleh menyebabkan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh iaitu tidak lagi menggerunkan mereka. Ini akan menyebabkan umat Islam ditindas dan diancam keselamatan diri, harta-benda dan iman. Hal ini telah ternyata sekarang, dimana-mana saja di dunia ini keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri. Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah di negara kita Malaysia sendiri tidak terlepas dari bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.

Thursday, February 26, 2009

Ahli Parlimen Puchong vs Pemuda UMNO bahagian

Kecoh!Kecoh! malah boleh menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Aku tak faham, apakah motif sebenar TV3 dalam buletin Utama menayangkan isu pertengkaran, cabar mencabar antara Ahli Parlimen Puchong dengan Ketua Pemuda UMNO bahagian di luar Bangunan Parlimen. Dalam perhatian aku, malaymail, utusan malaysia dan lain-lain saluran berita malah blog pembangkang tidak menyiarkan sedikit pun mengenai kekecohan tersebut. Pada aku, TV3 tidak patut menyiarkan berita mengenai kekecohan di lobi parlimen siang tadi kerana laporan tersebut boleh menaikkan sentimen perkauman kepada penonton.
Jika pihak TV3 terus menayangkan isu tersebut,aku yakin sesuatu yang buruk akan berlaku di negara Malaysia yang tercinta ini.

Sunday, February 22, 2009

Bertindak sebelum 'Nasi Menjadi Bubur'

Masalah kebanjiran pekerja asing dengan izin dan tanpa izin perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Jika tidak dibendung sudah pasti akan wujud masalah sosial, keselamatan negara terancam dan punca rezeki rakyat tempatan akan terjejas teruk.
Masalah kebanjiran warga asing telah menjadi kebimbangan semua pihak termasuklah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang bimbang dengan kehadiran 300,000 warga Nepal (sumber utusan malaysia online ). Jika ingin melihat suasana sebenar betapa warga asing telah menawan sektor ekonomi di negara kita, cuba pergi ke Kuala Lumpur terutama Jln Bukit Bintang, Jalan Silang dan Jalan Chow Kit. Warga asing telah menguasai gedung-gedung perniagaan. Kebanyakkan premis perniagaan seperti restoran, hotel, kedai serbaneka dan pakaian dimiliki oleh warga asing seperti dari Arab, Indonesia dan Bangladesh. Maka tidak mustahillah, pada hujung minggu bandaraya Kuala Lumpur dipenuhi warga asing dari Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myammar sehinggakan rakyat tempatan seakan terpinggir dibumi sendiri. Kekadang terfikir juga bagaimana agaknya jika tercetus rusuhan yang melibatkan warga asing di Kuala Lumpur. Harap-harap pihak kerajaan yang diberi amanah terus memantau perkembangan warga asing ini untuk menjamin keselamatan warga tempatan untuk menjalani kehidupan seharian. Janganla pula dah terhantuk barulah nak tergadah.

Monday, February 16, 2009

The Game of Soccer

Stadium overcrowded by hooligans and fans
Cheering, waving flags, and clapping their hands Players on the field, they’re ready to start
There goes the whistle; it pumps up their hearts Adding strength to the ball, and kicking it high
The ball travels overhead, how beautiful it can fly

Over center field, and still it goes strong
Pass received with ease, and the player runs long There he goes, for his opponent’s goal
He dribbles through each player; he’s on a roll He takes the shot, and curves it by
The keeper dives for it, far and high The goalie misses it; the ball’s in the net
There’s a moment of silence, and no regrets

The winners jump for joy, that win was a must
Opponents, heads tilt down low, they leave in disgust A player’s life fulfilled is playing world class,
To be playing all year long on the rich green grass Play with heart, that’s the real answer
Of how to play the true game of soccer.
This poem was written/submitted by Kristen-chantelle Woo.

Basic Soccer Rules

"The rules of soccer are very simple, basically it is this: if it moves, kick it. If it doesn't move, kick it until it does" - Phil Woosnam

Tuesday, February 10, 2009

A Guide to Soccer Fitness

Fitness is crucial for all soccer players. The most important fitness components in soccer include aerobic capacity, flexibility, strength, power and speed. The focus of this discussion will be on fitness tests and training to improve a player's fitness for soccer. http://www.associatedcontent.com/article/810269/a_guide_to_soccer_fitness_.html

Thursday, February 5, 2009

Kuasa Rakyat atau Kuasa Pemerintah...

Akhirnya kuasa dan hak rakyat yang memberi undi kepada pentadbiran negeri Perak hampir setahun yang lepas kecundang dengan kekuasaan pemerintah pusat yang menggunakan sepenuhnya kekuatan dalam aspek keselamatan, media massa dan wang ringgit.
..dan sudah pastinya negeri Perak selepas ini hilang daripada arus tayangan perdana tv mengenai berita-berita kelemahan pentadbiran negeri pimpinan pakatan rakyat. Jika ada pun, cuma berita pertumbuhan ekonomi yang mampan, kadar kemiskinan hampir sifar dan lain-lain projek pembangunan yang telah diperuntukkan. Hampir pasti juga isu pemimpin bermoral rendah, tidak berkualiti akan bertukar menjadi topik pemimpin mesra rakyat, pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang...tetapi mampukah kuasa pemerintah menghalang gelombang kebangkitan rakyat?