Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar
Athi Shankar dan Wong Teck Chi Nov 30, 09 12:53pm (Malaysiakini)
kemaskini 3.15pm Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008. Ingatan untuk pemuda BN yang berdemo di depan bangunan DUN Pulau Pinang hari ini. Kamu berdemo dengan alasan kerajaan negeri 'tidak cekap dan teragak-agak' untuk selesai masalah rakyat dan juga gagal tunai janji pilihan raya umum 2008. Aku pulak nak tanya, bagaimana pula dengan pemimpin BN khususnya UMNO yang berjanji untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB). Tempoh DEB dah tamat, kaum bumiputera belumpun capai sasaran 30% pemilikan ekuiti korporat seperti yang dijanjikan. DEB tu nak bagitau dekat kamu semua, janji yang dibuat berpuluh tahun dulu. Sampai sekarangpun masih gagal. Kalau ikut hati dan perasaan, kaum bumiputera pun boleh buat demo depan Parlimen besar-besaran, pakat-pakat bakar gambar Tok Najib, Muhyidin dan semua lah yang terlibat dengan janji-janji untuk bela bumiputera. Tapi bumiputera tak berdemo, tak emosi macam kamu semua. Biarpun bumiputera ''makan hati berulam jantung'' melihat nasib malang dibumi sendiri. Sebab kami tahu, pasti akan tiba suatu hari nanti pemimpin dan parti kamu berkubur di atas kesilapan sendiri.
Monday, November 30, 2009
Akhirnya... Chin Peng Dibenar Kembali ke Malaysia?
Lambat laun...bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng akan dibenar kembali ke tanah air untuk berjumpa dengan kaum kerabat dan saudara mara beliau yang sudah lama ditinggalkan. Kerajaan Malaysia akan sampai satu tahap akan mengampunkan Chin Peng disebabkan campur tangan pelbagai pihak terutama pemimpin parti MCA, DAP serta tak mustahil kerajaan Republik Rakyat China pun akan campur tangan dengan isu tersebut. Seperti biasa dalam banyak isu, Kerajaan Malaysia yang diterajui parti keramat UMNO akan tunduk dengan desakan rakannya MCA. Jika isu pelajar Namewee dengan NEGARAKUKU pun dimaafkan setelah campur tangan MCA dan DAP, apalah sangat dengan isu CHIN PENG. Pasti lambat laun akan diterima kembali ke Malaysia. Lagipun Malaysia tiada apa sangat nak dibanggakan tanpa sokongan kaum Cina yang menguasai ekonomi Malaysia. Sekali taikun-taikun Cina berdehem, ketarla lutut puak-puak UMNO. Depan Melayu bolehla kelentong yang UMNO lah selama ini menjaga kepentingan orang Melayu. Tapi hakikatnya, dari tahun ke tahun orang melayu makin terpinggir di bumi sendiri. Yang kaya raya kaum kerabat UMNO.
Friday, November 27, 2009
Keghairahan, keberahian BN Mahu Menawan Kelantan Tidak Boleh Dibendung Lagi..
UMNO dan jentera pengempur Barisan Nasional mula menjalankan misi yang sangat terperinci untuk menawan kubu kuat pembangkang di Kelantan yang dikuasai oleh kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Segala usaha dilakukan...dari isu kemunduran negeri Kelantan, kelemahan pentadbiran PAS, isu PMBK, tajaan haji Tok Guru dan masalah banjir pun diheret untuk mengambarkan betapa kerajaan PAS Kelantan sangat lemah dan akan hancur bila-bila masa. Nampak semacam keinginan dan keberahian UMNO tak tertahan lagi untuk menawan Kelantan. Lebih-lebih lagi sekitar perairan Kelantan mula meletup dan memuntahkan emas hitam yang dikira sudah cukup ranum disedut. Dan yang tentunya, emas hitam tersebut bernilai untuk sesebuah negara hingga tujuh keturunan. Misi UMNO dan jentera pengempur tersebut entah berjaya entah tidak. Hanya Dia yang tahu. Nampak semacam ada kerumitan, kerana yang diserang kiri dan kanan adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri. UMNO lupa, pemimpin yang diserang itulah setiap hari mengimamkan ribuan jemaah, mentarbiyah rakyat mendekati Maha Pencipta. Apapun, selamat menjalankan misi menawan Kelantan diucapkan kepada Barisan Nasional.
Monday, November 16, 2009
Tun Mahathir dan Wawasan 2020
Jika sebut Mahathir Mohamad, semua orang tahu siapa yang empunya nama. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang mempunyai karisma yang tersendiri. Era pemerintahan beliau ( 16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003 ) juga tercatat segala macam sejarah. Suka duka, pahit manis dan sebagainya.
Jika perdana menteri sekarang Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak perkenalkan gagasan 1Malaysia, Tun Abdullah dengan Islam Hadhari serta cogankata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Tun Dr. Mahathir juga mempunyai gagasannya iaitu Wawasan 2020.
Wawasan 2020 ialah satu konsep yang telah dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Menurut Tun ''matlamat utama yang patut kita tujui ialah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 serta kita patut menjadi negara maju menurut acuan kita sendiri”.
Wawasan 2020 yang dibentang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semakin tiba. Jika Tun Dr Mahathir yang berusia 84 tahun ketika ini dipanjangkan umur, maka Wawasan 2020 dapat beliau saksikan sendiri sama ada menjadi kenyataan ataupun tinggal sekadar wawasan sahaja.. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir. Sempatlah Tun baca skrol (wasiat) yang pernah beliau janji untuk dibaca menjelang tahun 2020 nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)