Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, November 30, 2009

Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar

Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar Athi Shankar dan Wong Teck Chi Nov 30, 09 12:53pm (Malaysiakini)
kemaskini 3.15pm Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.
Ingatan untuk pemuda BN yang berdemo di depan bangunan DUN Pulau Pinang hari ini. Kamu berdemo dengan alasan kerajaan negeri 'tidak cekap dan teragak-agak' untuk selesai masalah rakyat dan juga gagal tunai janji pilihan raya umum 2008. Aku pulak nak tanya, bagaimana pula dengan pemimpin BN khususnya UMNO yang berjanji untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB). Tempoh DEB dah tamat, kaum bumiputera belumpun capai sasaran 30% pemilikan ekuiti korporat seperti yang dijanjikan. DEB tu nak bagitau dekat kamu semua, janji yang dibuat berpuluh tahun dulu. Sampai sekarangpun masih gagal. Kalau ikut hati dan perasaan, kaum bumiputera pun boleh buat demo depan Parlimen besar-besaran, pakat-pakat bakar gambar Tok Najib, Muhyidin dan semua lah yang terlibat dengan janji-janji untuk bela bumiputera. Tapi bumiputera tak berdemo, tak emosi macam kamu semua. Biarpun bumiputera ''makan hati berulam jantung'' melihat nasib malang dibumi sendiri. Sebab kami tahu, pasti akan tiba suatu hari nanti pemimpin dan parti kamu berkubur di atas kesilapan sendiri.

Akhirnya... Chin Peng Dibenar Kembali ke Malaysia?

Lambat laun...bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng akan dibenar kembali ke tanah air untuk berjumpa dengan kaum kerabat dan saudara mara beliau yang sudah lama ditinggalkan. Kerajaan Malaysia akan sampai satu tahap akan mengampunkan Chin Peng disebabkan campur tangan pelbagai pihak terutama pemimpin parti MCA, DAP serta tak mustahil kerajaan Republik Rakyat China pun akan campur tangan dengan isu tersebut.
Seperti biasa dalam banyak isu, Kerajaan Malaysia yang diterajui parti keramat UMNO akan tunduk dengan desakan rakannya MCA. Jika isu pelajar Namewee dengan NEGARAKUKU pun dimaafkan setelah campur tangan MCA dan DAP, apalah sangat dengan isu CHIN PENG. Pasti lambat laun akan diterima kembali ke Malaysia. Lagipun Malaysia tiada apa sangat nak dibanggakan tanpa sokongan kaum Cina yang menguasai ekonomi Malaysia. Sekali taikun-taikun Cina berdehem, ketarla lutut puak-puak UMNO. Depan Melayu bolehla kelentong yang UMNO lah selama ini menjaga kepentingan orang Melayu. Tapi hakikatnya, dari tahun ke tahun orang melayu makin terpinggir di bumi sendiri. Yang kaya raya kaum kerabat UMNO.

Friday, November 27, 2009

Keghairahan, keberahian BN Mahu Menawan Kelantan Tidak Boleh Dibendung Lagi..

UMNO dan jentera pengempur Barisan Nasional mula menjalankan misi yang sangat terperinci untuk menawan kubu kuat pembangkang di Kelantan yang dikuasai oleh kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Segala usaha dilakukan...dari isu kemunduran negeri Kelantan, kelemahan pentadbiran PAS, isu PMBK, tajaan haji Tok Guru dan masalah banjir pun diheret untuk mengambarkan betapa kerajaan PAS Kelantan sangat lemah dan akan hancur bila-bila masa.
Nampak semacam keinginan dan keberahian UMNO tak tertahan lagi untuk menawan Kelantan. Lebih-lebih lagi sekitar perairan Kelantan mula meletup dan memuntahkan emas hitam yang dikira sudah cukup ranum disedut. Dan yang tentunya, emas hitam tersebut bernilai untuk sesebuah negara hingga tujuh keturunan. Misi UMNO dan jentera pengempur tersebut entah berjaya entah tidak. Hanya Dia yang tahu. Nampak semacam ada kerumitan, kerana yang diserang kiri dan kanan adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri. UMNO lupa, pemimpin yang diserang itulah setiap hari mengimamkan ribuan jemaah, mentarbiyah rakyat mendekati Maha Pencipta. Apapun, selamat menjalankan misi menawan Kelantan diucapkan kepada Barisan Nasional.

Monday, November 16, 2009

Tun Mahathir dan Wawasan 2020

Jika sebut Mahathir Mohamad, semua orang tahu siapa yang empunya nama. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang mempunyai karisma yang tersendiri. Era pemerintahan beliau ( 16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003 ) juga tercatat segala macam sejarah. Suka duka, pahit manis dan sebagainya.
Jika perdana menteri sekarang Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak perkenalkan gagasan 1Malaysia, Tun Abdullah dengan Islam Hadhari serta cogankata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Tun Dr. Mahathir juga mempunyai gagasannya iaitu Wawasan 2020.
Wawasan 2020 ialah satu konsep yang telah dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Menurut Tun ''matlamat utama yang patut kita tujui ialah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 serta kita patut menjadi negara maju menurut acuan kita sendiri”.
Wawasan 2020 yang dibentang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semakin tiba. Jika Tun Dr Mahathir yang berusia 84 tahun ketika ini dipanjangkan umur, maka Wawasan 2020 dapat beliau saksikan sendiri sama ada menjadi kenyataan ataupun tinggal sekadar wawasan sahaja.. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir. Sempatlah Tun baca skrol (wasiat) yang pernah beliau janji untuk dibaca menjelang tahun 2020 nanti.

Saturday, October 31, 2009

Isu Rokok dan Sifat Hipokrit...

Saban tahun pihak berkaitan kesihatan membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen berhenti merokok. Kalau kita perasan, ada macam-macam kempen seperti 'katakan tak nak kepada rokok','rokok membunuh' dan lain-lain lagilah. Pagi tadi aku sempat hadir majlis muafakat. Antara panel yang hadir penceramah dari jabatan kesihatan. Seronok dengar ceramah mereka. Penceramah tersebut memberi data mengenai kandungan bahan beracun yang ada dalam rokok. Ikut cakap penceramah tu, ada 4000 ribu bahan kimia dalam sebatang rokok termasuklah tar, karbon monoksida, nikotin, racun tikus...
Terfikir jugak, kalau benarlah apa yang didedahkan...mengapa masih ramai orang diluar sana merokok? dan persoalannya, jika jabatan kesihatan sudah mengetahui rokok mengandungi bahan kimia berbahaya mengapa rokok masih dibenarkan dijual di merata tempat? Siapa yang nak disalahkan, perokok atau orang yang membenarkan rokok dijual? Sebenarnya senang sangat nak hapuskan rokok. Kuasa ada ditangan orang bijak pandai di atas sana. Senang cerita pihak kerajaanlah yang patut buat keputusan nak jual ke tak nak jual rokok. Dah tahu rokok mengancam nyawa rakyat, kenapa masih benarkan rokok dijual. Hentikanlah omongan kosong dengan bermacam kempen yang membazir duit sahaja. Elok rasanya duit kempen yang mencecah jutaan ringgit tu diperuntukkan untuk benda-benda lain. Makin banyak kempen anti merokok makin terserlah sikap hipokrit pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Friday, October 23, 2009

Berbaloi ke kalau bina litar lumba kereta kawalan jauh...

Hobi bermain kereta kawalan jauh sejak akhir-akhir ini semakin mendapat sambutan. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun mula menggilai hobi tersebut. Dalam pemerhatian aku, terfikir pulak dengan idea membina litar lumba khusus untuk peminat kereta kawalan jauh. Sekarang ni, tak banyak litar lumba yang dibina khusus untuk penggemar kereta kawalan jauh. Kalau kat KL, yang adapun tak silap aku dekat Tasik Titiwangsa, kat Subang Jaya...mungkin hobi nie bagi sesetengah orang membazir duit tapi tidak kepada peminat kereta kawalan jauh.
Jadi kepada yang ada tanah dan modal tue, apa kata bina litar lumba khusus untuk peminat kereta kawalan jauh...kat bawah aku listkan antara litar yang boleh dikunjungi peminat RC :-
Johor1) Dalam UTM Skudai - track on road2) Niko Track, Taman Aman, Senai - both on road and off road track
Selangor/KL1)Tmn Tasik Titiwangsa - both tracks2)HPC Glenmarrie Subang - both3)Subang Jaya - SS19 (for EP only)4)One Utama Shopping - Tamiya Underground level B2 (tamiya EP Only)5)OPEN AREA -XCC Track - near the subang terminal 3 airport..6)OPEN AREA -BKt Jelutong S.Alam - near the speedmart99 shop lot..6)KotaRaja Klang - GP & EP
Kelantan1) Kat Tanah Merah - ada off road..
Perak1) Manjung - Manjung Rempit Circuit ( GP & EP )
Sarawak1) Stadium Negeri, Kuching - GP & EP2)Kg Gita Dirt Track, Kuching - Off Road
Melaka1) Melaka Gangsa R/c track2) new track near toll, in building process, so no name yet, Ifmar style track3) Bukit Katil Buggy Track, due to low demand, not like forest...
sumber : RC Tech Forum

Friday, October 16, 2009

Kedai Audio Video Kereta Online

Hari ni aku sempat siapkan blog untuk memasarkan produk audio video kereta seperti sony xplod dvd player, kenwood dvd player dan sebagainya. Buat permulaan, aku offer 2 produk (sony xplod dan kenwood ) dengan harga yang sangat berpatutan. Produk tersebut boleh di beli di blog http://audiovideokereta.blogspot.com/.