Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, October 17, 2011

Matlamat dan Tindakan

Salam sejahtera.Selamat bertemu kembali diruangan maya. Semuanya baik-baik dan ceria kan.Hrapnya macam tu lah..kalau ada yang bad mood ke,cari sesuatu yg boleh menceriakan perasaan kita. Usah dilayan sgt persaan sedih tue...jika dilayan perasaan yg sedih,ia boleh mempengaruhi segala tindakan kita hari nie..nak buat kerja pun tak seronok kan.

Entry kali nie nak crita mengenai matlamat dan tindakan. Semua kita mesti ada matlamat hidup kan? kalau masih ada yg belum buat matlamat,usahakan bagi ada matlamat. matlamat mungkin utk jangka masa singkat,masa pertengahan dan matlamat utk jangka masa panjang. Penting sgt ke matlamat nie? Adik-adik,kakak-kakak,abang-abang...matlamat nie sangat-sangat penting. Jika tiada matlamat,ibarat kapal yang tiada arah tujuan atau ibarat ikan emas dalam kaca yang cantik. Matlamat juga menjadikan seseorang tu bangkit bekerja dan mula mengerakkan tulang empat kerat untuk mendapat hasil mungkin dalam bentuk upah dan ganjaran pangkat. Bagaimana dgn orang yg tiada matlamat. Bagi org seperti ini..tindakannya sangat berbeza dengan orang yang bermatlamat. Segala tindakan menjadi lambat,sentiasa berasa srronok dan selesa dengan apa yang sudah dimiliki. Pada anggapan mereka,buat apa bersungguh-sungguh bekerja, cukuplah dengan apa yang ada. Rutin orang yang bermatlamat juga berbeza dgn orang yang tak bermatlamat. Orang bermatlamat akan sentiasa mengubah rutin mereka dari baik kepada yang lebih baik. Namun bagi orang tak bermatlamat rutin mereka sama je setiap hari...bangun pagi,pergi kerja,balik rumah,tido...esok aktiviti yang sama berulang hinggalah penghujung nyawa...

Jadi matlamat dan tindakan perlulah seiring. Ada matlamat tiada tindakan hanyalah angan-angan. Contoh mudah pelajar SPM yang ada matlamat nak 8A dalam SPM, tapi nak buat ulangkaji, nak salin nota pun malas...sudah pasti matlamat tinggal matlamat je la.

Rasa cukup dulu coretan utk hari nie, ayuh semua bina matlamat dan mulalah bertindak ikut matlamat yang dibina. Semoga berjaya.

Wednesday, October 12, 2011

Minat dan kerjaya

Salam sejahtera utk pembaca semua. Moga kalian sihat dan ceria utk mengharungi kehidupan seharian. Saya hampir lupa utk buat coretan di blog hari nie. Alhamdulillah kerana masih sempat buat catatan.
Entri kali nie mengenai minat dan kerjaya. Jika kita buat sesuatu kerja yang diminati memang tak terasa letih,bosan dan sebagainya. Cuba disuruh buat sesuatu yang tak diminati,pasti ada saja alasan.Kalau buat pun,bukan dgn sepenuh hati. Jadi faktor minat seharusnya diambil kira sebelum seseorang tu menceburi sesuatu bidang pekerjaan. Macam mana nak kenalpasti minat dalam sesuatu kerjaya? Ujian Minat Kerjaya Holland boleh membantu seseorang mengenalpasti minat masing-masing. Selepas mengambil ujian tersebut, kita akan tahu sama ada kita tergolong dalam pekerja yang meminati jenis kerjaya yang bersifat Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial ataupun Konvensional. Maklumat lanjut bolehlah buat carian di google mengenai ujian kerjaya holland.
Bila dah buat ujian holland jgn pulak takut untuk buat sesuatu kerja yang baru dan kurang diminati. Jika kita buat kerja yang tak diminati,paling kurang pun kita dapat belajar perkara baru. Dapat juga pengalaman daripada tak buat langsung. Jadi setakat ni dulu coretan saya, jumpa lagi.

Tuesday, October 11, 2011

Permulaan baru...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua. Semoga kalian ceria dan bahagia.
Dah hampir setahun lebih saya tidak kemaskini blog. Bukan apa, timbul rasa malas utk mencatat diblog. Tapi mulai hari nie, saya akan pastikan blog ni akan ada catatan paling kurang satu entry sehari.
Dalam tempoh setahun, mmg banyak perkara yang berlaku tak kiralah melibatkan saya sendiri, crita-crita politik,ekonomi dan sebagainya. Yang terkini adalah crita BAJET 2012 yang dibentangkan oleh PM(Datuk Seri Najib Tun Razak) pada jumaat lepas 7 Oktober 2011 di Parlimen. Bajet kali nie pada anggapan kerajaan adalah bajet untuk meringankan beban rakyat. Maka boleh dikatakan semua lapisan rakyat mendapat manfaat. Pemilik teksi pensendirian dikecualikan cukai jalan, diberi insentif RM3000 untuk beli teksi baru jenama malaysia mengantikan teksi yang lama.Semua pelajar sekolah kerajaan diberi RM100 seorang,yuran sekolah dimansuhkan, penjawat awam pulak dapat bonus setengah bulan gaji dan skim baru perkhidmatan awam diperkenalkan. Dan kesannya,gaji belum naik...harga barang dikedai sudah berlipat kali ganda naik.
Dari crita bajet 2012, crita tentang pasukan bolasepak kebangsaan yg tewas kepada singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia. kekalahan tersebut sebenarnya memberi pengajaran berguna untuk pasukan kebangsaan. Alasan singapura menggunakan ramai pemain import tidak perlu dibahaskan yang penting apa persiapan seterusnya utk memperbaiki kelemahan pasukan kebangsaan. Mungkin salah satunya perbanyakkan perlawanan dengan pasukan yang menduduki ranking yang tinggi seperti Jepun, Korea dan Australia. Tak dapat lawan negara dengan pasukan kelab elit pun sudah memadai. Pendedahan sedemikian memberi pengalaman kepada pemain. Saiz badan bukan menjadi alasan utama untuk menjadi pasukan terbaik. Kekadang saiz badan kecil seperti pemain Brazil dan Chelsea (Ramires) mampu beraksi cemerlang. Yang penting latihan dan pendedahan yang betul perlu diberi kepada pemain.
Bercakap soal pendedahan, saya sebenarnya tertarik dengan keadaan yang berlaku di serian,sarawak. rata-rata tempat semua orang meminati bolasepak dan futsal. malah pertandingan selalu diadakan. Sambutan terhadap sukan bolasepak sentiasa rancak. Tak kiralah pertandingan anjuran peringkat kampung, jabatan, DUN atau parlimen. Sedang berlansung adalah pertandingan Piala Pengadil dan akan menyusul bulan nie adalah pertandingan Piala YB Micheal Manyin. Jika diperhatikan ramai pemain muda yang berbakat dan jika diberi peluang pasti mereka boleh menjadi pelapis utk pasukan negeri. Terfikir juga, kalaulah ada agensi pencarian bakat khusus utk sukan bolasepak dan futsal...sudah pasti bakat anak muda di serian menyinar di peringkat yang lebih tinggi. Soal kemudahan sukan pula tidak perlu dipertikai..Di serian ada mini stadium, gelanggang futsal indoor. Cukup untuk pemain menjalani latihan.
Rasa cukup dulu saya buat catatan untuk hari nie. Mungkin esok ada lagi idea dan topik baru yang saya nak kongsi dan dicatat di blog kesayangan ni. Jumpa lagi, salam keceriaan dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Wassalam.

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Ucapan kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Malaysia. Selamat bercuti. Sambutan hari Malaysia menjadi sejarah kerana pertama kali disambut secara besar-besaran seluruh Malaysia. Tahun ini sambutan dibuat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah. Hari Malaysia juga menjadi cuti umum kepada rakyat Malaysia. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi soal jawab di Parlimen pada 16/10/2009. sumber : The Star online

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan dah ke penghujungnya, kegembiraan jelas terpancar disetiap muslim seluruh dunia kerana bakal menyambut hari kemenangan. Macam-macam persiapan disediakan dari pakaian baru, perabot baru,kereta baru dan semuanya mungkin baru. Tak mengapa asalkan hati bahagia dan tak membebankan diri dikemudian hari. Bila tiba musim perayaan,macam biasalah..keadaan jalan-jalanraya utama menjadi sibuk.Biasanya highway sg besi-seremban sesak terukla esok. Begitu juga dengan highway karak- pantai timur menuju kelantan,terenganu. Apapun keadaan, diharapkan semua pemandu bertimbang rasa di atas jalanraya. Keegoaan, kemarahan di atas jalanraya tak menguntungkan sesiapa. Dapat kutukan orang adala.
Sempena hari raya yang akan menjelang tiba, saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.Semoga hari raya tahun ini memberi seribu makna kepada semua yang meraikannya..

Wednesday, June 23, 2010

Semua tak muktamad

Sejak akhir-akhir ni banyak keputusan kerajaan yang sekejap muktamad sekejap tak muktamad. Mungkin kerajaan sengaja buat isu untuk melihat reaksi rakyat bawahan. Jika tiada bantahan dari rakyat maka kerajaan akan laksanakan apa sehaja yang mereka fikir memberi faedah untuk kerajaan mereka. Sebagai contoh isu kg baru yang akan dibangunkan. Mulanya nak benarkan pihak bukan bumiputra turut serta dalam projek pembangunan kg baru. Tiba-tiba tak jadi. Lepas tu isu peruncit kena ada lesen untuk jual barang kawalan, tiba-tiba keputusan kerajaan belum muktamad untuk mewajibkan peruncit ada lesen.
Lepas tu isu gaji minima pengawal. Awal-awal cakap gaji pengawal akan ditetapkan rm1500. Tiba-tiba keputusan kerajaan belum muktamad. Kesian pak guard. Bukan main berangan diorang jika gaji mereka dinaikkan. Macam-macam nak buat jika gaji naik. Last tak jadi dan belum muktamad.
Jika berterusan macam ni lah gaya pemerintahan, merana rakyat. Kalau nak bina istana baru semua 'on', beli kapal selam muktamad tetapi untuk kebajikan rakyat...takpe tangguh dulu, tiada wang,tiada peruntukan..alahai kesian2

Wednesday, May 12, 2010

Akhirnya Anwar Ibrahim Dipenjarakan...

Memang betul, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim belum selesai. Tetapi melihat kepada tempo perbicaraan, keputusan akhir sudah dapat diramal. Anwar Ibrahim pasti meringkuk dalam penjara sepanjang hayat kecuali ada campur tangan Mahkamah Antarabangsa.

BN Menang Bergaya di Sibu

Biarpun pilihanraya kecil Sibu 16 Mei 2010, namun keputusan sudah boleh dijangka. BN akan menang besar di Sibu kerana BN sebuah pakatan kukuh dari pelbagai aspek terutamanya wang ringgit. Permintaan rakyat Sibu pasti dipenuhi serta merta oleh BN. Cakap apa sahaja yang kurang, BN akan datang membantu yang penting rakyat Sibu mengundi calon BN.
Keputusan rasmi PRK Sibu : DAP menang dengan majoriti 398 undi.

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Milik Barisan Nasional

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya merampas kembali hulu selangor dari pakatan rakyat. Tahniah juga kepada calon encik P.Kamalanathan kerana baru dicalon sudah menang untuk jadi ahli parlimen. Bonus tahun 2010 untuk anda.

Kemenangan Barisan Nasional sudah dijangka dari awal lagi. Bila mana jutaan ringgit dijanjikan oleh kerajaan khususnya perdana menteri. Masih ingat lagi kata-kata Tok Najib semasa berkempen di hulu selangor...''jika Noh Omar takde peruntukan, saya sebagai menteri kewangan akan luluskan peruntukan untuk penduduk hulu selangor'..Memang berkuasa gerombolan, bukan setakat cakap tapi terus laksanakan. Kerana apa, kerana punca kewangan ditangan mereka. Kekuatan mereka merangkumi semuanya. Bukan setakat wang, malah tentera polis, media massa dan segala macam lagi mereka punya segalanya. Pakatan rakyat? yang ada cuma sedikit semangat yang tersisa. Itupun jika dibakar, dimarakkan oleh seorang pejuang keadilan Anwar Ibrahim yang tak kenal lemah dan takut untuk dihumban kali kedua dalam penjara.

Sunday, April 4, 2010

Pilihanraya Hulu Selangor : Durian Runtuh Untuk Semua

Tahniah warga hulu Selangor. Tahniah kerana bakal menerima projek jutaan ringgit dari Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO. Walaupun pilihanraya kecil 25 April, namun PM dan TPM sudah menjanjikan berita gembira untuk rakyat di hulu Selangor. Itulah kelebihan kerajaan, cakap saja apa nak buat..semua boleh. Duit bukan menjadi masalah. Tak hairanlah jika kerajaan mendabik dada bahawa BN lah yang boleh mengubah nasib rakyat. Pihak pembangkang apa boleh buat, janji kosong bolehla. Tapi mengapa kerajaan tidak umumkan sesuatu projek sebelum pilihanraya kecil hendak diadakan. Ada je piliharaya kecil pasti ada saje projek baru yang hendak dibuat oleh kerajaan. Macam tak ikhlas jer. Sama juga dengan pemberian wang ihsan kat Kelantan. Mengapa kerajaan BN mendabik dada yang mereka saja boleh uruskan wang ihsan. Mengapa tidak berikan saja wang ihsan kepada kerajaan Pas yang agihkan kepada penduduk miskin di Kelantan. Mengapa? Sebabnya BN khususnya UMNO ingin mendabik dada, bahawa merekalah yang hebat, merekalah pejuang rakyat, merekalah segala-galanya. Syabas UMNO. Teruskan usaha menabur projek setiap kali pilihanraya kecil. Kekayaan milik kamu. Buatlah apa yang kamu mahu. Megahlah sekarang. Mendabik dadalah sekarang. Hidup terlalu singkat untuk di sia-siakan kerana akhirnya kemasyuharan dihumban ke dalam tanah juga.

Friday, March 26, 2010

Pilihanraya Kecil Datang lagi...

Yahooo...kita pakat turun mengundi lagi. Marilah mari kita mengundi, jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Usahawan baju cepat-cepat print design bagus2 untuk pilihanraya kecil ke 10 yang akan diumumkan oleh SPR tak lama lagi ekoran kematian ahli parlimen hulu selangor disebabkan barah otak. Alfatihah buat Allahyarham. Hulu Selangor bakal mendapat durian runtuh dari kerajaan pusat...tungguuuuu.

Monday, March 8, 2010

Cukai import buggy golf dimansuh

KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.

Agaknya bilala kerajaan nak hapuskan cukai import bagi motosikal berkuasa besar. Peminat motosikal besar sudah lama mengidam untuk membeli motosikal besar dengan harga murah. Jika cukai import motosikal besar dihapuskan, pasti industri permotoran bertambah rancak. Jaguh-jaguh lumba motor gp sudah tentu lahir seperti cendawan lepas hujan.

Tuesday, February 16, 2010

Anak PM, Melayu ke 4 Terkaya di Malaysia

Hari ini semua media melaporkan mengenai kekayaan jutawan-jutawan di Malaysia. Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Malaysian Business, hanya beberapa orang Melayu sahaja yang tersenarai. Sedih sungguh. Mana tokoh-tokoh korporat Melayu yang lain. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Nazir Razak yang tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia. Selain Nazir Razak, Mokhzani Mahathir juga tersenarai sebagai orang terkaya. Pasti ramai yang pandang sinis dekat tokoh-tokoh tersebut. Maklumlah mereka ada hubungan dengan Perdana Menteri dan bekas perdana menteri.

Monday, February 1, 2010

Blog Hina Raja Melayu Disiasat, Yang Hina Agama Islam, Nabi Muhammad Macam mana Pula?

Syabas diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri kerana tegas terhadap penulis blog yang menghina raja-raja Melayu. Cuma nak tanya sikit, bagaimana dengan penulis blog yang menghina Agama Islam dan menghina nabi Muhammad S.A.W? Dah siasat? atau pihak KDN akan siasat, ke tengah kaji untuk cari bukti? Jika penulis blog adukataruna telah ditangkap dan dibicara, bagaimana dengan youtube NAMEWEE yang mencipta lagu NEGARAKUKU yang jelas menghina Agama Islam dan menyindir pasukan PDRM. Video klip tersebut masih aktif hingga kini. Memang NAMEWEE dah mohon maaf. Tapi cukupkah sekadar maaf. Mengapa video tersebut masih dibiarkan aktif? Mengapa? Atau pihak KDN takut dengan manusia bernama NAMEWEE. Ada lagi blog yang menghina Islam dan Nabi Muhammad seperti lolokaust.com dan pengguna youtube ini. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri tolong siasat lah diorang tu. Heret ke muka pengadilan. Kalau nak dakwa, jangan main pilih-pilih pulak.

Wednesday, January 27, 2010

Betul-betul Melayu Boleh!!!

Mohd Noor Mat Amin pendaki solo dan juga merupakan jurugambar Utusan Malaysia gembira setelah berjaya mendaki ke puncak Gunung Kinabalu untuk kali ke 26. Beliau sedang berjuang untuk mencapai misinya mendaki gunung Kinabalu sebanyak 111 kali. Syabas dan semoga berjaya. Lepas ni kena buat buku, kongsi pengalaman dan tips-tips berguna untuk rakyat di luar sana.

Thursday, January 21, 2010

Mudahkan Pengeluaran Visa

Tahniah dan terima kasih Datuk Seri Najib kerana ada inisiatif untuk memberi kemudahan dalam pengeluaran visa kepada warga India. Proses memudahkan pengeluaran visa boleh menarik lebih ramai lagi warga India datang ke Malaysia. Jika ramai datang, ekonomi jadi rancakla kan datuk seri. Baguish!Bagusih! Bijak-bijak. Sokong datuk seri. Masalah warga India seramai 40 ribu yang 'hilang' yakni tak dapat dikesan di Malaysia tu biasalah. Bukan jadi masalah kan datuk seri. Diaorang kan punyai sejarah panjang dengan Malaysia. Mungkin sanak saudara diorang ramai di Malaysia. Bagi peluangla diorang seronok-seronok di Malaysia.

Datuk seri, kalau bolehla kan..jika pergi ke Nigeria, Bangladesh, Afrika lepas ni..datuk seri bagi diorang kemudahan visa jugalah. Mudahkan urusan visa diorang. Jemput ramai-ramai warga diorang datang Malaysia. Buat bisnes baguish-baguish. Baru rancak ekonomi Malaysia. Kalau warga diorang tak dapat dikesan,tinggal lebih tempoh tu, buat-buat tak tahu jerla. Bukan masalah besar sangat. Malaysia kan aman, sejahtera sekarang di bawah BN. Biarlah warga asing berduyun-duyun datang Malaysia. Buktikan Malaysia no.1 dan BN BOLEH di bawah Datuk Seri Najib. Terima kasih datuk seri.

Saturday, January 9, 2010

Perlawanan Piala Sumbangsih yang Penuh Dramatik.

Malam ini, dua pasukan bolasepak Malaysia akan bertarung merebut Piala Sumbangsih sekaligus membuka tirai perlawanan bolasepak tempatan untuk Liga Super tahun 2010. Malam ini, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah melayan kunjungan pasukan Selangor. Kedua-dua pasukan pasti menurunkan barisan pemain yang mantap dan berpengalaman untuk menjulang kejuaraan. Kemenangan Negeri Sembilan malam ini sudah pasti menyuntik semangat kesemua pemain pasukan tersebut untuk mengharungi liga Super tahun ini malah menjadi kenangan manis berganda setelah menjulang Piala Malaysia menewaskan kelantan tahun 2009.
kemaskini-
Negeri Sembilan seperti hampir menjulang Piala Sumbangsih apabila Idris Karim menjaringkan gol pertama NS pada separuh masa pertama. Namun, kegembiraan NS hanya seketika setelah Sapiie Sali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dan pemain gantian Selangor D. Surendran menyambut baik hantaran lintang Sapiie Sali untuk menjaringkan gol kedua Selangor. Akhirnya, Selangor menang 2-1 menewaskan N.Sembilan.

Monday, January 4, 2010

Kejayaan Barisan Nasional

  1. Isu Stadium Sultan Mizan Runtuh - Selesai
  2. Isu PKFZ - Selesai
  3. Isu MCA - Selesai
  4. Jambatan Runtuh di Kampar Perak - Selesai
  5. Kenaikan harga minyak petrol - Selesai
  6. Kenaikan harga gula 20 sen - Selesai
  7. Kes Teoh Beng Hock - Selesai
  8. Kes Al Tantuya - Selesai
  9. Kes Rasuah Norza - Selesai
  10. Kes kehilangan enjit jet F50 - Selesai
  11. Kes Menggunakan kalimah Allah - Selesai

Terima kasih barisan nasional. Hidup 1Malaysia!!!

Saturday, January 2, 2010

Sokong Sampai Rebah!!!

Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sokong!Sokong!Sokong!
ARKIB UTUSAN ONLINE : 31/12/2009
Harga gula naik 20 sen mulai esok
31/12/2009 5:54pm
PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai pukul 12 tengah malam ini. Ini bermakna harga baru gula di Semenanjung mulai esok ialah RM1.65 sekilogram berbanding RM1.45 sebelum ini. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom pada sidang akhbar di sini hari ini. -Utusan Harga gula dah naik 20sen disebabkan kenaikan harga gula global. BETUL. Harga gula naik sama seperti kenaikan harga petrol yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak global. Bila harga minyak global turun, harga petrol tak turun. Alasannya nanti menyusahkan peniaga stesen minyak, kementerian. Asyik ubah harga je. Rakyat tak susah, boleh hidup macam biasa.Hhahahah.
SOKONG GUNA KALIMAH ALLAH.
Sokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Jika mahkamah tinggi buat keputusan, sokong saja. Tak usah bantah-bantah. Tok Najib sebagai Perdana Menteri negara Islam Hadhari pun diam membisu, apatah lagi kita rakyat biasa kena sokong la apa saja keputusan mahkamah tinggi. ;Lagi pun kata Tok Najib kita hidup dalam 1Malaysia, kena hormati dan sayang antara satu sama lain. Hidup Tok Najib. Sokong Tok Najib sampai lubang kubur!!!