Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Hari esok tahun baru 2010 akan tiba. Hari esok juga anda boleh dilahirkan kembali, kalau anda berkemampuan untuk mengenali diri anda yang sebenarnya. Anda adalah orang yang paling penting di dunia ini. Kebanyakan orang belum menemui fakta mengenai diri mereka. Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari mereka tanpa mengetahui diri mereka yang sebenarnya.
Manusia adalah ciptaan dari pencipta yang Maha Bijaksana, yang membawa kita ke dunia untuk menjalani kehidupan yang berjaya. Kita diciptakan untuk kejayaan. Kita dilengkapi dengan kemungkinan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain. Kita mengetahui semua yang harus kita ketahui tentang hobi, sukan dan lain-lain tentang diri kita. Sayangnya kita gagal berbuat seperti Columbus terhadap diri sendiri dengan menemukan diri kita yang sebenarnya. Semua lelaki dan wanita terkemuka di dunia, sejak lahirnya peradaban, pertama sekali menemui diri mereka sendiri sebelum akhirnya melakukan perkara yang hebat dalam bidang masing-masing sebagaimana yang kita kenal seperti Henry Ford, Wright bersaudara, Albert Einstein, Thomas Alva Edison dan lain-lain.
Ayuh, manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir anda. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna, hari yang bermanfaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. Sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima. Terlalu banyak dari kita yang hidup mengenang masa lalu atau mengharap masa akan datang. Ia tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Kejayaan anda di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini sekarang!!!
Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada anda hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan hal-hal baik, biasanya hal-hal itu akan terjadi. Ingatlah, jika kita berbuat yang terbaik pada setiap 'hari ini' yang kita miliki, maka setiap 'hari esok' kita akan mengurus diri sendiri. Ayuh, marilah kita membuat hari ini menjadi lebih baik daripada kelmarin dan marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah bererti bagi kita.

Tuesday, December 8, 2009

Krisis MCA : PM, TPM Dipermain-mainkan...

Kesian sungguh dengan PM, TPM dalam krisis MCA ni. Ada ketika TPM cakap bagi seminggu untuk selesaikan krisis. Nah, dah nak masuk sebulan dah krisis masih tersimpul erat untuk dirungkaikan. Kemudian, TPM bagi kenyatan lagi supaya MCA jangan keluar kenyataan yang boleh menunjukkan berlaku percanggahan. Namun seperti biasa pemimpin MCA buat tak tau je dengan arahan tersebut. Tok Liaw Tiong Lai cakap macam nie, Ong Tee Keat cakap macam tu...Bla,bla,bla...Kesian-kesian. Setelah melihat keadaan MCA yang semakin kusut, PM pulak campur tangan dengan mengarahkan krisis perlu diselesaikan segera. Dan macam biasa, MCA dengan cara mereka, bercakap apa saja tanpa memikirkan nasihat sahabat baik mereka UMNO. Mungkin dihati mereka berkata''UMNO ni siapa nak nasihat orang, rumah tangga sendiri pun kelam kabut, ada hati nak nasihat orang''.

Musykil : PM, TPM, Menteri Besar Keluar Negara Serentak...

Musykil sungguh dengan apa yang berlaku. Tok Najib telah berangkat ke Thailand 7/12/2009, Tok Muhyiddin dah sampai ke Tokyo untuk misi dagang dan Tok Zambry menteri besar Perak pun dah sampai ke USA untuk misi dagang juga. Keadaan negara dan negeri ada riak-riak perkauman nak meletus sekarang. Terbaru Brohim Ali adun bebas merangkap taiko PERKASA menyokong tindakan beberapa manusia untuk membakar gambar pemimpin DAP di Taiping semalam. Tindakan tersebut kemungkinan boleh menimbulkan kemarahan pihak DAP yang sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka mengenai isu memijak gambar 3 adun bebas. Selain itu, isu ketuanan Melayu dibangkit dan kecoh di Parlimen. Malah lebih buruk lagi ada pihak yang mahu kerakyatan ahli parlimen Ipoh Barat dilucutkan. Semua yang berlaku sebenarnya perlu ditegur oleh Tok Najib selaku nahkoda kapal. Namun, setakat ni Tok Najib diam membisu. Apakah ada udang sebalik mee dengan apa yang berlaku sekarang. Tunggu saja apa perancangan seterusnya oleh anasir jahat ini untuk segaja mencetuskan pergaduhan kaum.

Monday, December 7, 2009

SPRM Siasat Kes Stadium Tuanku Mizan Runtuh?

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malu dengan apa yang berlaku terhadap stadium Mizan yang runtuh. Hingga kini bumbung yang runtuh masih belum dibersihkan. Beliau berkata, stadium tersebut yang berharga RM292 JUTA semacam menjadi daya tarikan baru apabila berkunjung ke Terengganu. Beliau ke Terengganu semalam untuk majlis penutupan Monsun Cup 2009.
Apakah punca bumbung stadium tersebut runtuh? Hingga kini masih menjadi misteri. SPRM juga masih diselubungi misteri kerana dilihat tidak agresif untuk menyiasat kejadian misteri itu.
sumber : Utusan Malaysia (6/12/2009) dan Malaymail ( 2/6/2009)

Friday, December 4, 2009

GST tidak bebankan rakyat : Najib

Oleh ARSHAD KHAN pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk diperkenalkan tahun hadapan tidak akan membebankan rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah.
Harap betul la apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib tu. Jangan pulak main sedap mulut je cakap tak membebankan rakyat. Dah buat survey ker? apa reaksi rakyat pasal GST. Rakyat kalau bab cukai-cukai ni kalau boleh tak nak bayar. Depa mana tahu sangat tujuan cukai kalau tak diberitahu.

Ingatan Buat Muhyiddin...

Jika yb menganggap doa tok guru tak mencerminkan sifat keislaman, tak usahlah terkejut. Tak usahlah mengulas lebih-lebih. Biarlah rakyat yang buat penilaian. Karang yb terjerat, tak pasal-pasal orang lain yang disalahkan. Yang tok guru marah sangat sebab yb dan pimpinan kerajaan pusat tak bagi royalti kepada Kelantan. Depa tahu sebab telaga minyak tu depan mata diorang. Kalau masih nak berkeras, ayuh yb sahutla cabaran husam musa berdebat untuk bincang pasal royalti. Jangan menikus pulak. Cakap pusing, kona sana, kona sini...

Ahmad Said : Janganlah Bersara Lagi...

Terkejut membaca berita di malaysiakini yang mengatakan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah bersara awal. Datuk Seri, janganlah bersara lagi. Khidmat datuk seri masih diperlukan di SPRM. Datuk seri banyak berjasa dengan banyak perubahan yang dibuat demi membanteras rasuah di Malaysia. Dengan ada datuk seri di SPRM, siasatan makin giat dilakukan tak kira siapa..tengok Datuk Norza, mendiang Teoh Beng Hock, Azmin Ali, Khir Toyo semua disiasat oleh SPRM dengan telus mulus.Hehehe. Datuk seri memang power. Janganla bersara yea...

1Malaysia Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz

Lebih seribu rakyat membanjiri Medan Ilmu Jalan Dato Pati, Kota Bharu sebagai tanda menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Kalau Che Johan Che Pa ada melihat suasana yang berlaku hari ini, pasti terkedu dan teramat malu dengan kenyataan beliau semasa demonstrasi mendesak Tok Guru meletak jawatan pada selasa lepas di hadapan pejabat Menteri Besar. Selasa lepas, Johan Che Pa berkata beliau mewakili seluruh rakyat kelantan mendesak Tok Guru letak jawatan. Kesiannya Che Johan Che Pa, kalau rakyat Kelantan benci dan mahu Tok Guru meletak jawatan pasti himpunan ribuan rakyat pelbagai kaum tak dapat disaksikan seperti yang berlaku hari ini. Terima kasih kepada blogger pinkturtle kerana memaparkan berita secara langsung dari Kota Bharu untuk tontonan rakyat. Nak harap media arus perdana untuk menyiarkan peristiwa macam ni jangan harapla.

Thursday, December 3, 2009

Ini Negeri Melayu-Ibrahim Ali

Dewan Rakyat hari ini kecoh setelah wakil rakyat Ipoh Barat membangkitkan soal ketuanan Melayu dilihat sebagai penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bangun memberi respon, namun jawapan beliau dilihat gagal menjawab persoalan yang diajukan oleh wakil rakyat Ipoh Barat. Keadaan mula kecoh apabila wakil rakyat Sri Gading Datuk Mohamad Aziz bangun dan meminta Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab apa yang ditanya bukan bersikap mengambil jalan selamat. Selain itu, wakil Sri Gading juga menganggap persoalan wakil Ipoh Barat itu sebagai berniat jahat. Dalam keadaan kecoh tersebut, maka wakil Parlimen Pasir Mas bangun mencelah dengan lantang mengatakan bahawa ini negeri Melayu.
Persoalannya perlukah Ibrahim Ali menjerit dan mendabik dada mengatakan ini negeri Melayu. Bagaimana pula perasaan kaum Cina, kaum India dan bumiputera lain yang menonton berita Astro saluran 502 jam 9.00 malam tadi mengenai tindakan ahli Parlimen Pasir Mas itu. Jika keadaan mendabik dada berterusan, maka tak mustahillah makin ramai rakyat Malaysia khususnya kaum Cina, India dan lain-lain berhijrah meninggalkan Malaysia dan akhirnya tempat mereka akan diisi oleh warga asing seperti Nepal, Myanmar, Indonesia dan lain-lain warganegara. Ini sudah pasti mengugat keselamatan negara.

Wednesday, December 2, 2009

Lebih 300 Ribu Rakyat Malaysia Berhijrah Ke Luar Negara-Bernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Dewan Rakyat pada Isnin diberitahu dari Mac 2008 hingga Ogos 2009 seramai 304,358 rakyat negara ini telah berhijrah ke negara lain.Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata bagi tahun 2007 pula, jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara adalah seramai 139,696 orang.
WOWW...300 ribu lebih rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain. Ramainyer. Kenapa yea jadi macam tue. Kerajaan kena siasat nie. Kena buat kajian sebab apa ramai sangat yang nak berhijrah. Kalau ada yang tak kena ( gaji rendah ke, kerenah birokrasi ke, kuota ke), baiki cepat-cepat. Kalau tak dibendung, rugila Malaysia. Mungkin yang berhijrah tu terdiri dari golongan bijak pandai. Takkan la nak harap kat warga asing nak bangunkan negara sendiri. Sampai bila nak harap kat orang?

MCA keluar BN sertai PAKATAN RAKYAT?

Berita yang mengejutkan!!!. parti MCA isytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan rakyat yang diterajui parti PAS, KEADILAN dan DAP. Kalau betul MCA keluar BN suatu hari nanti, makin meriah la politik Malaysia.

DAP Perak mohon maaf isu pijak gambar ADUN-BERNAMA

Tahniah diucapkan kepada parti DAP Perak yang mengambil sikap berlapang dada untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan tindakan beberapa pemimpin DAP yang memijak gambar 3 Adun bebas Perak. Pihak yang bakar, mengoyak dan menconteng gambar Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP bila pula nak memohon maaf?

Konspirasi Tun Mahathir Menjatuhkan Anwar Terbongkar!!!

Akhirnya, konspirasi politik berprofil tinggi didedahkan oleh mereka yang menuntut keadilan dan kebenaran. Siri video yang mengandungi 7 bahagian boleh dimuat turun di youtube. Dokumentari khas tersebut dapat disaksikan seluruh dunia malah merangkumi temubual eksklusif para peguam Anwar Ibrahim seperti Karpal Singh, saksi utama Azizan, Sukma, Dr Munawar, Ezam dan ramai lagi. Ikuti pendedahan eksklusif di SINI.

Tuesday, December 1, 2009

Pendapat Dr. Danial Zainal Abidin mengenai Sumpah Saiful Bukhari.

Pendapat Dr. Danial Zainal Abidin mengenai sumpah Saiful Bukhari. Dengar DI SINI

Manusia Pertama Bersumpah Di Liwat

Mohd Saiful Bukhari Azlan, manusia dan rakyat Malaysia pertama di dunia yang bersumpah dan mengaku diliwat.

Senyum Kambing Utusan Malaysia...

Sebahagian wakil pemuda BN yang mengoyak dan menconteng gambar pemimpin DAP. Ini akhlak pejuang apa?
Senyum Kambing memperli pemimpin DAP yang pijak gambar 3 adun bebas di Perak

Utusan Malaysia dan Ibrahim Ali Penghasut, Pencetus Api Perkauman

Akhbar Utusan Malaysia dan Ibrahim Ali patut dikenakan tindakan keras kerana menyiarkan berita dan kenyataan-kenyataan yang menghasut dan menimbulkan kebencian antara kaum. Akhbar semalam menyiarkan kira-kira 100 orang Pemuda BN berdemo dengan membakar dan memijak foto Guan Eng. Tidak ada pulak suara-suara yang mengutuk tindakan pemuda BN tersebut yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali, Utusan Malaysia. Tetapi bila Lim Guan Eng, Lim Kit Siang melangkah dan memijak foto 3 adun bebas Perak, maka Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita tersebut dengan tajuk 'TINDAKAN MELAMPAU' di muka depan akhbar tersebut. Apa yang mereka nak digambarkan sebenarnya? Adakah disebabkan foto yang dipijak oleh Lim Guan Eng tu ada gambar 2 orang adun bebas melayu (Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang). Konon-konon nak bela Melayu la yea. Kenapa tak bela anak-anak Melayu Islam yang bekerja di kelab-kelab (tak kirala kelab malam ke kelab elit) yang jelas menjual arak. Tak payahla membangkitkan api perkauman untuk menghasut melayu membenci cina DAP. Andai diberi peluang memilih UMNO dan DAP. Baik pilih DAP untuk mentadbir Malaysia. 52 tahun di bawah UMNO ekonomi Melayu dan bumiputera tak banyak berubah berbanding kaum Cina. Yang berubahnya, gaya hidup dan kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO yang dihitung sampai tujuh keturunan pun tak habis nak makan.

Siapa yang mula dulu...

DAP BERSIFAT KURANG AJAR- IBRAHIM ALI
Hei Brahim Ali...mu jange dok kecek banyaok gak...sapo yang mula dulu koyok gambar pemimpin cino, pemuda cino ke pemuda melayu, sapa yang bakar gambar guan eng,pemuda cina ke pemuda bn...demo gak, kabar ke dok brahim ali. Guan eng dengan kit siang baru pijak, langkah gambar puak adun bebas demo dah geger gegok. Demo dengan puak UMNO serupo lembu.Guan Eng, Kit Siang pijak gambar tokleh, puak BN koyok, bakar gambar boleh. Sapo ajar ko demo Brahim!!!