Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Friday, December 4, 2009

1Malaysia Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz

Lebih seribu rakyat membanjiri Medan Ilmu Jalan Dato Pati, Kota Bharu sebagai tanda menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Kalau Che Johan Che Pa ada melihat suasana yang berlaku hari ini, pasti terkedu dan teramat malu dengan kenyataan beliau semasa demonstrasi mendesak Tok Guru meletak jawatan pada selasa lepas di hadapan pejabat Menteri Besar. Selasa lepas, Johan Che Pa berkata beliau mewakili seluruh rakyat kelantan mendesak Tok Guru letak jawatan. Kesiannya Che Johan Che Pa, kalau rakyat Kelantan benci dan mahu Tok Guru meletak jawatan pasti himpunan ribuan rakyat pelbagai kaum tak dapat disaksikan seperti yang berlaku hari ini. Terima kasih kepada blogger pinkturtle kerana memaparkan berita secara langsung dari Kota Bharu untuk tontonan rakyat. Nak harap media arus perdana untuk menyiarkan peristiwa macam ni jangan harapla.

No comments: