Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, October 31, 2009

Isu Rokok dan Sifat Hipokrit...

Saban tahun pihak berkaitan kesihatan membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen berhenti merokok. Kalau kita perasan, ada macam-macam kempen seperti 'katakan tak nak kepada rokok','rokok membunuh' dan lain-lain lagilah. Pagi tadi aku sempat hadir majlis muafakat. Antara panel yang hadir penceramah dari jabatan kesihatan. Seronok dengar ceramah mereka. Penceramah tersebut memberi data mengenai kandungan bahan beracun yang ada dalam rokok. Ikut cakap penceramah tu, ada 4000 ribu bahan kimia dalam sebatang rokok termasuklah tar, karbon monoksida, nikotin, racun tikus...
Terfikir jugak, kalau benarlah apa yang didedahkan...mengapa masih ramai orang diluar sana merokok? dan persoalannya, jika jabatan kesihatan sudah mengetahui rokok mengandungi bahan kimia berbahaya mengapa rokok masih dibenarkan dijual di merata tempat? Siapa yang nak disalahkan, perokok atau orang yang membenarkan rokok dijual? Sebenarnya senang sangat nak hapuskan rokok. Kuasa ada ditangan orang bijak pandai di atas sana. Senang cerita pihak kerajaanlah yang patut buat keputusan nak jual ke tak nak jual rokok. Dah tahu rokok mengancam nyawa rakyat, kenapa masih benarkan rokok dijual. Hentikanlah omongan kosong dengan bermacam kempen yang membazir duit sahaja. Elok rasanya duit kempen yang mencecah jutaan ringgit tu diperuntukkan untuk benda-benda lain. Makin banyak kempen anti merokok makin terserlah sikap hipokrit pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Friday, October 23, 2009

Berbaloi ke kalau bina litar lumba kereta kawalan jauh...

Hobi bermain kereta kawalan jauh sejak akhir-akhir ini semakin mendapat sambutan. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun mula menggilai hobi tersebut. Dalam pemerhatian aku, terfikir pulak dengan idea membina litar lumba khusus untuk peminat kereta kawalan jauh. Sekarang ni, tak banyak litar lumba yang dibina khusus untuk penggemar kereta kawalan jauh. Kalau kat KL, yang adapun tak silap aku dekat Tasik Titiwangsa, kat Subang Jaya...mungkin hobi nie bagi sesetengah orang membazir duit tapi tidak kepada peminat kereta kawalan jauh.
Jadi kepada yang ada tanah dan modal tue, apa kata bina litar lumba khusus untuk peminat kereta kawalan jauh...kat bawah aku listkan antara litar yang boleh dikunjungi peminat RC :-
Johor1) Dalam UTM Skudai - track on road2) Niko Track, Taman Aman, Senai - both on road and off road track
Selangor/KL1)Tmn Tasik Titiwangsa - both tracks2)HPC Glenmarrie Subang - both3)Subang Jaya - SS19 (for EP only)4)One Utama Shopping - Tamiya Underground level B2 (tamiya EP Only)5)OPEN AREA -XCC Track - near the subang terminal 3 airport..6)OPEN AREA -BKt Jelutong S.Alam - near the speedmart99 shop lot..6)KotaRaja Klang - GP & EP
Kelantan1) Kat Tanah Merah - ada off road..
Perak1) Manjung - Manjung Rempit Circuit ( GP & EP )
Sarawak1) Stadium Negeri, Kuching - GP & EP2)Kg Gita Dirt Track, Kuching - Off Road
Melaka1) Melaka Gangsa R/c track2) new track near toll, in building process, so no name yet, Ifmar style track3) Bukit Katil Buggy Track, due to low demand, not like forest...
sumber : RC Tech Forum

Friday, October 16, 2009

Kedai Audio Video Kereta Online

Hari ni aku sempat siapkan blog untuk memasarkan produk audio video kereta seperti sony xplod dvd player, kenwood dvd player dan sebagainya. Buat permulaan, aku offer 2 produk (sony xplod dan kenwood ) dengan harga yang sangat berpatutan. Produk tersebut boleh di beli di blog http://audiovideokereta.blogspot.com/.

Tuesday, October 13, 2009

1 Semangat 1Malaysia

Slogan 1Malaysia akhir-akhir ini kedengaran setiap masa tak kira di mana berada. Walau apa pun bidang yang hendak diperkatakan semuanya dikaitkan dengan 1Malaysia. Itulah hebatnya gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak.
Harapnya, gagasan yang dibawa oleh PM akan mewujudkan 1semangat untuk 1Malaysia yang disokong oleh semua lapisan masyarakat. Slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' akan tercapai sekiranya apa yang diwar-warkan itu dilaksanakan tanpa memilih pegangan politik seseorang. Ini dibuktikan apabila kerajaan berjanji memberi beras percuma setiap bulan kepada keluarga miskin tegar di bandar dan luar bandar.
Jika perkara kebajikan sebegitu kerap dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, tiada sebab rakyat masih menolak parti BN yang diketuai oleh UMNO untuk terus memerintah Malaysia buat selama-lamanya.

Thursday, October 8, 2009

Kelantan Mundur Berbanding Terengganu? Bagaimana pula kalau Kelantan dibanding dengan Sarawak...

BN akui Kelantan mundur
utusan online 08/10/2009 6:03pm
KOTA BHARU 8 Okt. — Barisan Nasional (BN) Kelantan mengakui Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia berikutan kegagalan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.
Setiausaha BN negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, berbanding dengan Terengganu, Kelantan ketinggalan dari segi infrastruktur dan insaniah kerana kerajaan negeri lebih mengutamakan politik dari kebajikan rakyat.
"Semua orang tahu dan nampak bila sebut pembangunan di Kelantan, kerajaan negeri menyediakan peruntukan terlalu sedikit untuk itu, ini disebabkan tidak ada duit,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, berhubung kegagalan Pas memerintah Kelantan setelah 20 tahun menerajui negeri ini, di sini, hari ini. - Bernama