Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, October 31, 2009

Isu Rokok dan Sifat Hipokrit...

Saban tahun pihak berkaitan kesihatan membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen berhenti merokok. Kalau kita perasan, ada macam-macam kempen seperti 'katakan tak nak kepada rokok','rokok membunuh' dan lain-lain lagilah. Pagi tadi aku sempat hadir majlis muafakat. Antara panel yang hadir penceramah dari jabatan kesihatan. Seronok dengar ceramah mereka. Penceramah tersebut memberi data mengenai kandungan bahan beracun yang ada dalam rokok. Ikut cakap penceramah tu, ada 4000 ribu bahan kimia dalam sebatang rokok termasuklah tar, karbon monoksida, nikotin, racun tikus...
Terfikir jugak, kalau benarlah apa yang didedahkan...mengapa masih ramai orang diluar sana merokok? dan persoalannya, jika jabatan kesihatan sudah mengetahui rokok mengandungi bahan kimia berbahaya mengapa rokok masih dibenarkan dijual di merata tempat? Siapa yang nak disalahkan, perokok atau orang yang membenarkan rokok dijual? Sebenarnya senang sangat nak hapuskan rokok. Kuasa ada ditangan orang bijak pandai di atas sana. Senang cerita pihak kerajaanlah yang patut buat keputusan nak jual ke tak nak jual rokok. Dah tahu rokok mengancam nyawa rakyat, kenapa masih benarkan rokok dijual. Hentikanlah omongan kosong dengan bermacam kempen yang membazir duit sahaja. Elok rasanya duit kempen yang mencecah jutaan ringgit tu diperuntukkan untuk benda-benda lain. Makin banyak kempen anti merokok makin terserlah sikap hipokrit pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

No comments: