Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, November 16, 2009

Tun Mahathir dan Wawasan 2020

Jika sebut Mahathir Mohamad, semua orang tahu siapa yang empunya nama. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang mempunyai karisma yang tersendiri. Era pemerintahan beliau ( 16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003 ) juga tercatat segala macam sejarah. Suka duka, pahit manis dan sebagainya.
Jika perdana menteri sekarang Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak perkenalkan gagasan 1Malaysia, Tun Abdullah dengan Islam Hadhari serta cogankata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Tun Dr. Mahathir juga mempunyai gagasannya iaitu Wawasan 2020.
Wawasan 2020 ialah satu konsep yang telah dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Menurut Tun ''matlamat utama yang patut kita tujui ialah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 serta kita patut menjadi negara maju menurut acuan kita sendiri”.
Wawasan 2020 yang dibentang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semakin tiba. Jika Tun Dr Mahathir yang berusia 84 tahun ketika ini dipanjangkan umur, maka Wawasan 2020 dapat beliau saksikan sendiri sama ada menjadi kenyataan ataupun tinggal sekadar wawasan sahaja.. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir. Sempatlah Tun baca skrol (wasiat) yang pernah beliau janji untuk dibaca menjelang tahun 2020 nanti.

No comments: