Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, December 1, 2009

Utusan Malaysia dan Ibrahim Ali Penghasut, Pencetus Api Perkauman

Akhbar Utusan Malaysia dan Ibrahim Ali patut dikenakan tindakan keras kerana menyiarkan berita dan kenyataan-kenyataan yang menghasut dan menimbulkan kebencian antara kaum. Akhbar semalam menyiarkan kira-kira 100 orang Pemuda BN berdemo dengan membakar dan memijak foto Guan Eng. Tidak ada pulak suara-suara yang mengutuk tindakan pemuda BN tersebut yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali, Utusan Malaysia. Tetapi bila Lim Guan Eng, Lim Kit Siang melangkah dan memijak foto 3 adun bebas Perak, maka Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita tersebut dengan tajuk 'TINDAKAN MELAMPAU' di muka depan akhbar tersebut. Apa yang mereka nak digambarkan sebenarnya? Adakah disebabkan foto yang dipijak oleh Lim Guan Eng tu ada gambar 2 orang adun bebas melayu (Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang). Konon-konon nak bela Melayu la yea. Kenapa tak bela anak-anak Melayu Islam yang bekerja di kelab-kelab (tak kirala kelab malam ke kelab elit) yang jelas menjual arak. Tak payahla membangkitkan api perkauman untuk menghasut melayu membenci cina DAP. Andai diberi peluang memilih UMNO dan DAP. Baik pilih DAP untuk mentadbir Malaysia. 52 tahun di bawah UMNO ekonomi Melayu dan bumiputera tak banyak berubah berbanding kaum Cina. Yang berubahnya, gaya hidup dan kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO yang dihitung sampai tujuh keturunan pun tak habis nak makan.

No comments: