Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, July 15, 2008

Mendidik Anak Cara Rasulullah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Moga-moga anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang terhebat. Jika anda belum berumahtangga elok juga mula mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi ibu bapa mithali tidak lama lagi.
Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan kita mempunyai ilmu. Biasakan kita dengar orang berkata... "alangkah baiknya kalau setiap anak yang lahir itu keluar bersama-sama manual bagaimana untuk mendidiknya... yealah macam buku panduan mengendalikan TV atau komputer tu...". Kalau lah macam tu tentu mudah, bukan? Tetapi realitinya tidak begitu.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya... setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Malah seorang pakar psikologi kanak-kanak (saya lupa nama dia... nanti kena buka balik buku suami saya "Children Physcology") ada mengeluarkan kenyataan yang selari dengan sabda Rasulullah. Kata beliau... "berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".
Moralnya di sini kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai "tidak serupa orang" maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya. Cuba rujuk buku "21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang" dan "Menangai Anak Bermasalah" tulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk rujukan lanjut.
Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
TAHAP KEDUA
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
TAHAP KETIGA
Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
TAHAP KEEMPAT
Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.
Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda. Yakin dan percayalah... anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.
Dipetik dari penulis blog AdikBijak.com

Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?

Imam Ghazali bertanya .... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Friday, July 11, 2008

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan. --> Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).

Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air. Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara. Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini. Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun. Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan. Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior". Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu? Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu. Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu. Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT. Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi. Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni. Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini. Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam. Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi. Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa. Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an. Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan. Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan. Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN. Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam. Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan. Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia. Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas. Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan 6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008.

Kata-kata hikmah 2

  1. "Aku yang menentukan nasib diriku sendiri dan aku boleh mendapatkan apa yang aku inginkan." John McDonald
  2. "Minda adalah ciptaan yang besar dalam kejadian manusia. Tanpa minda, manusia itu setaraf haiwan tanpa dapat memilih kehidupannya sendiri."
  3. "Hati-hati dengan fikiran anda kerana ia menjadi kata-kata, hati-hati dengan kata-kata kerana ia berubah menjadi perbuatan, hati-hati dengan perbuatan kerana ia menjadi kebiasaan, hati-hati dengan kebiasaan kerana ia menjadi karakter anda, hati-hati dengan karakter kerana ia menentukan masa depan anda." Alexander K. Taslim-Untuk Kaya, Anda Perlu"Kaya" Dulu
  4. "Sekiranya anda menanam benih-benih kegagalan dalam minda, anda pasti bertemu kegagalan, Tetapi sekiranya anda menanam benih-benih kejayaan anda pasti menuai hasil kejayaan."
  5. "Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa adalah kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir." Tan Sri Syed Mokthar al-Bukhary
  6. " Ramai antara kita orang-orang berjiwa kecil, merasa selesa dengan kekecilan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam kekecilan, dikelilingi komuniti kecil, berkawan dan bermasyarakat dengan orang-orang berjiwa kecil. Lalu kita pun sebatilah dengan kekecilan itu sehingga tidak dapat melihat lagi yang besar-besar dan tidak termimpikan yang besar-besar dan tidak teringinkan yang besar-besar...kerana yang besar-besar itu bukan hak orang kecil, tapi hak orang besar." Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap
  7. " Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan, Pengetahuan itu ada batasan tetapi imaginasi tidak terbatas di dunia." Albert Einstein
  8. " Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." ( Surah al-Ra'd, 11:13 )

Friday, July 4, 2008

Kekuatan pemikiran positif (1)

Pembohongan dahsyat Tuduhan Balasubramaniam usaha Anwar alih perhatian umum – Najib
Utusan Malaysia 4 Julai 2008
Oleh HERMAN HAMID dan NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 3 Julai –
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat.
Timbalan Perdana Menteri yakin perakuan terbaru itu merupakan usaha terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.
Najib sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan wanita Mongolia yang disebut dalam perakuan bersumpah itu. ‘‘Oleh itu, akuan bersumpah berkenaan saya anggap sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imej saya,’’ katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini lewat petang ini. Sidang akhbar selama kira-kira 10 minit itu dihadiri oleh wakil media tempatan dan asing.
Hari ini, Balasubramaniam yang turut dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib. Penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda itu berbuat demikian pada sidang akhbar bersama Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Timbalan Perdana Menteri berkata, persoalannya sekarang bukan perkara yang bertujuan mengalih tumpuan tetapi rakyat hendak mengetahui sama ada kes liwat yang dihadapi oleh Anwar itu benar berlaku atau tidak.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak-pihak yang berkenaan akan menyiasat sepenuhnya dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum secepat mungkin. “Berhubung akuan bersumpah ini, oleh kerana ia bercanggah dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporannya (Balasubramaniam) kepada pihak polis, maka saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuh-penuhnya.
“Pihak yang bertanggungjawab mestilah sanggup untuk menerima apa-apa tindakan akibat daripada perbuatannya itu sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kesalahan dari segi undang-undang,” jelasnya. Ditanya sama ada beliau melihat perakuan bersumpah itu sebagai serangan peribadi Anwar terhadap beliau, Najib berkata: “Soalnya kenapa berlaku sekarang, setelah kes liwat itu timbul, tiba-tiba semua pihak diserang, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) diserang, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) diserang dan saya diserang.
‘‘Kenapa sekarang? Ini persoalannya. Kita tak boleh alih daripada isu utama sama ada kes liwat berlaku atau tidak.”
Anwar semalam membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani, mendakwa kedua-duanya menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 20 September 1998. Khamis lepas, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur, mendakwa dia diliwat oleh majikannya di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
Menjawab soalan media asing sama ada beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya, Najib menegaskan: ‘‘Sudah tentu tidak sama sekali. Saya tidak pernah pun bertemu dia (Altantuya).” Mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akuan bersumpah itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini beliau menyerahkannya kepada polis untuk mengambil tindakan.
‘‘Saya ada hak juga sebagai warganegara. Saya boleh mengambil tindakan undang-undang secara peribadi, tetapi yang lebih penting ialah tindakan terhadap individu di bawah undang-undang seperti jenayah memfitnah,” katanya. Ditanya apakah tuduhan ini akan menjejaskan reputasinya atau mungkin ada kena-mengena dengan pemilihan UMNO akan datang, Najib menegaskan, beliau tidak risau kerana kebenaran akan terbukti.
‘‘Saya amat relaks. Macam yang boleh awak tengok, saya boleh senyum. Saya tidak risau kerana kebenaran akan terbukti. ‘‘Saya percaya dengan sistem yang ada dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, jadi kenapa nak bimbang. Hidup perlu diteruskan seperti biasa dan pada saya, urusan seperti biasa,” jelasnya
.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk disiasat oleh pihak polis, Timbalan Perdana Menteri meminta wartawan memberikan satu sebab mengapa ia perlu dilakukan. ‘‘Kenapa saya perlu disiasat? Bagi saya satu sebab? Polis telah menyiasat sepenuhnya kes Altantuya, jadi mereka tahu semuanya,” jelasnya.
Kita lupakan seketika kemelut yang berlaku, apa yang lebih penting untuk saya kemukakan ialah tahap kawalan emosi seseorang individu di dalam keadaan di landa masalah. Kawalan emosi yang baik sangat diperlukan oleh semua orang tidak kira rakyat biasa mahupun golongan pemimpin...Apa yang dapat dipelajari daripada kata-kata pemimpin tersebut ialah RELAKS, SENYUM, TAK BIMBANG..Mengikut penulis buku motivasi Dr.Sidney Bremer Phd, kata-kata positif adalah benteng ataupun pengawal kepada minda seseorang daripada diserang oleh perasaan negatif seperti marah, bimbang dan sebagainya.

Friday, June 13, 2008

Maju Tak Gentar

"Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti".NAPOLEON BONAPARTE
Setiap
orang mempunyai gambaran yang hangat-hangat kuku mengenai harapan, hasrat dan impian tentang hasil yang diperolehi. Hal ini terjadi kerana begitu sedikit orang mengetahui tentang nilai hidup sehingga cita-cita ini tidak cukup kuat pada kebanyakan orang.
Untuk mendapatkan hal-hal yang berharga dalam hidup ini, kita harus teguh membuat keputusan (ketetapan hati) yang tidak kenal menyerah kalah. Kita harus mengarahkan pandangan kita kepada objek hasrat hati kita dan tidak pernah menyeleweng dari jalan untuk mencapainya. Kita harus terus memusatkan perhatian pada tugas kita sehingga tercapainya sasaran kita.
Hasrat kita harus menjadi hasrat membara iaitu kehendak pasti yang hanya terarah pada kemajuan. Hasrat yang biasa itu lemah dan tidak bertenaga. Hasrat biasa kurang disertai keghairahan iaitu suatu ganguan kepada hasrat membara. Jika kita membuat ketetapan dengan keghairahan seperti ini, tidak ada yang boleh menghalang kita dari pencapaian tempat tertinggi. Kalau kita menemui halangan, kita dapat membuangkan dan melepasinya. Kalau kita berhadapan dengan kekalahan, kita hanya perlu menambahkan arus dan terus bertahan. Kegagalan tidak ada dalam kamus orang-orang yang mempunyai ketetapan hati. Hanya kemenangan yang boleh memuaskan orang-orang yang memiliki hasrat membara.
Pada saat-saat untuk membuat keputusan, orang-orang yang mempunyai ketetapan hati akan melihat pada diri sendiri untuk mencari jawapannya, bukannya mencari orang lain."MAJU TAK GENTAR'', adalah motto mereka."Tidak ada halangan yang boleh menghalangku," adalah janji mereka. Kehendak untuk menang seperti inilah yang menjadi satu rahsia semua kejayaan.
Ciptakan hidup dengan cara anda sendiri dan bukan menunggu peranan diberikan kepada anda. Putuskan sekarang juga apa yang anda inginkan dari hidup ini. Rumuskan rancangan yang boleh diterapkan untuk memenuhi tujuan itu. Pastikan bahawa semuanya boleh menjadi milik anda dengan ketetapan hati anda dan semangat anda itu muncullah cahaya kemenangan anda.

Monday, June 9, 2008

Anugerah Anak

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menambahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.
Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan 'the little caliph' (khalifah kecil). Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. "Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga."
Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya."
Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda menyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi: "Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu." Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: "Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu." (Hadis riwayat Tabrani).
Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.
Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka? Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fenomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.
"Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka membunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di timbunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai," ka tanya. Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar. "Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh," katanya.
Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat. Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: "Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan." (Muttafaqun Alaih) "Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia" (an-Nisa': 32)
Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri. Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu. Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.
"Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan," katanya. Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri. Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.
"Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa? "Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit. "Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa," katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.
"Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?" (at-Takwiir: 8-9)
Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.
Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup. "Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya. "Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita. "Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa," katanya.
dipetik dari artikel saudara Wan Mohd Muzri b. Ramli yang merupakan sahabat maya saya di eblogger. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada petikan tersebut. Sebarang komen dan idea daripada rakan-rakan pembaca semua diucapkan ribuan terima kasih.