Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, August 11, 2008

Tutup Mata & Telinga Untuk Mencapai Impian

Saya berjumpa dengan entri menarik ini, dan seperti biasa, saya harus kongsikan dengan anda! Sumber : Blog Diary Rila
Oleh : Phang Arie Susanto

Di suatu kampung katak di pelosok daerah manusia, khabarnya terdapat sebuah Box ajaib yang diyakini dapat mengabulkan semua permintaan pembukanya. Box tersebut berada di puncak gunung yang mempunyai ketinggian 1000 kaki. Suatu ketika saat gosip tersebut mulai meluas, maka katak pun berkumpul di kaki gunung untuk bersiap-siap melompat ke puncak itu. Terdapat sekitar 500an katak di sana.

Dan tiba-tiba melompatlah seekor katak ke gunung tersebut dengan susah payah, akhirnya setelah beberapa saat katak itu jatuh dan terguling-guling turun. Lalu katak itu pun berkata kepada katak yang lain kalau ini mustahil untuk didaki katak. Katak-katak yang mencoba pun sudah banyak sekali yang gagal.

Tidak lama setelah itu muncul lagi seekor katak dari belakang dan langsung melompat ke gunung dengan penuh semangat, terus terus dan terus. Tapi setelah beberapa saat maka katak-katak yang gagal tersebut mulai meneriaki katak itu “oooiii… kmu ga mungkin bisa lah, kita ini cuma katak mana mungkin bisa mendaki gunung 1000 kaki!!!”. Katak yang sedang melompat pun spontan menoleh ke belakang dan akhirnya.. buumm, ia terpeleset dan jatuh lagi ke bawah. Ia pun merasa gagal!!

Sudah hampir separuh katak yang mencoba dan gagal, tapi di satu sisi ada seekor katak yang sudah melompat setinggi 500 kaki lebih dengan sangat cepat. Sepertinya katak itu akan berhasil… tapi tiba-tiba semua katak yang di bawah berseru lagi “oooiii… jangan buang waktu lah kita nih cuma katak, mana mungkin bisa!! Belum tentu juga Box itu adalah Box ajaib!!!” Si katak yang saat itu sudah mencapai 700 kaki pun, berhenti sambil berpikir. “Benar juga yah, belum tentu Box ini bisa mengabulkan permintaan saya. Lagian saya kan cuma katak”. Tiba-tiba si katak pun turun ke bawah dengan sendirinya sambil banyak berpikir.

Setelah beberapa saat tidak ada katak yang mencoba mendaki gunung, dari kejauhan terlihat katak yang sedang melompat dengan sangat kuat sekali. Tiba-tiba wwuusshh si katak itu mulai melompat ke gunung dan terus melompat tanpa berhenti. Dengan sangat cepat ia sudah mendaki 200, 300, dan 500 kaki. Katak-katak yang di bawah pun mulai meneriaki dia!! “oooiii… kmu ga akan bisa, kita ini cuma katak!! Belum tentu juga itu ada Box ajaibnya!!” Tapi si katak itu terus melompat tanpa menoleh ke belakang . Tinggal 200 kaki, 100, dan sampai lah katak itu di puncak. Dengan perasaan deg-degan katak itu membuka Box tersebut sambil meminta untuk menjadi manusia!! Dan tiba-tiba jadilah ia seorang pria yang tampan…

Wartawan dari berbagai kantor berita pun mulai menemui katak dan mewawancarainya “Hai katak kenapa kamu bisa sampai di atas sini??” Jawab katak “saya sampai di puncak!!!”. Lalu wartawan pun bingung dengan jawaban katak dan mencoba bertanya lagi “Kenapa kamu bisa tapi teman-teman kamu ga bisa??” “saya jadi manusia sekarang…”jawab si katak. Karena jawabannya selalu tidak sesuai akhirnya ia pun dibawa wartawan ke RS dan akhirnya diketahui kalau katak yang menjadi orang tersebut ternyata adalah Seekor Katak Yang Tuli.

Moral cerita ini adalah : Pembaca, disedari atau tidak seringkali pada saat kita ingin mencapai sesuatu banyak sekali halangan yang harus dihadapi. Mulai dari orang yang tidak dikenal, teman, bahkan sampai keluarga. Ada yang bilang kita ga bisa lah, ada yang bilang ga mungkin lah, dll. Banyak sekali orang-orang yang gagal ingin kita mengikuti kegagalannya!! Tapi iya, ini adalah goal kita sendiri jadi kalau kita benar-benar yakin dengan apa yang kita ingini, tutup mata kita, tutup telinga kita, dan jalani sesuai keyakinan kita!!! Success is My Right

Menarik bukan? Cuba renungkan dan bandingkan betapa banyaknya orang menarik anda ke belakang, setiap langkah anda ke hadapan menuju impian. Mana yang anda selalu lakukan? Berpatah balik atau meneruskan perjalanan dengan menutup telinga? Selamat Maju Jaya!

Kebencian dan Kemaafan

Semoga secebis kisah Pisang dan Hati dibawah ini boleh dijadikan renungan dan pengajaran untuk semua pembaca.

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Friday, August 1, 2008

Ayuh Teruskan Perjuangan!!!

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,Mengangguk dan membenarkan
Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Inilah sajak yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan.

Thursday, July 31, 2008

Israk dan Mikraj

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1) Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah? Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.
“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” . Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi. Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”
Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman. Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.
Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya. “Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah. “Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.
“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” . Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.
“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang. “Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah. “Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi. “Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.
“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.

Tazkirah

Perjalanan Rahsia : The Secret Journey(ditulis oleh: Ahnaf H.)
Perjalanan ini terjadi pada tahun ke 11 dari Kenabian, satu Tahun sebelum Hijrah. Perjalanan ini kemudian dikenal dengan Israk Mikraj. Seperti tersebut dalam Alquran juz 15 surat Bani Israil, di awali dengan kata " Subhana ",yang berarti Maha Suci. Mengapa sebagai perjalanan rahasia, apakah karena peristiwa tersebut terjadi pada malam hari ketika semua orang terlelap tidur, sepi, atau karena Nabi dilarang untuk mempublikasikan perjalanan tersebut kepada keluarga dan ummatnya?.Sebentar kita simak surat Bani Israil ayat 1 itu : " Subhana lladzi asra bi`abdihi lailam_minal masjid haram ilal Masjidil Aqsa alladzi baarokna haulahu li nuriyahu min ayatina. Innahu huwassamiun Basyir. " Artinya, seperti dikutip dari Buku Tafsir kurang lebih: " Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa, yang sekelilingnya kami berkahi sebagai bagian dari tanda kekuasaan kami.
Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi maha Mengetahui.Allah memerintah Nabi Muhammad melakukan perjalanan rahasia untuk memperkuat legitimasi kenabian dan kerasulannya. Bukan cuma itu ada suatu perintah yang akan Allah berikan dan kemudian disampaikan kepada ummatnya untuk dipatuhi dan dijalankan. Apakah perintah itu, tentu saja Sholat 5 waktu. Sholat sebagai ritual khusus kaum muslim dan hanya untuk Allah ditujukannya, Allah yang memberi pahalanya. Sebelum perintah sholat 5 waktu yang dibawa sebagai oleh-oleh dari miraj ke sidratil Muntaha , memang sudah ada perintah sholat, hanya waktunya terbatas, belum spesifik : Subuh Dhuhur, asar Maghrib isya.Mengenai teknis perjalanan Rahasia, Allah menugasi Malaikat Jibril. Dia: tampil sebagai sosok yang cerdas dan kuat, secara fisik dan mental, dialah yang mendampingi Nabi Muhammad.
Oleh karena Nabi itu manusia biasa, yang juga memiliki keterbatasan fisik dan mental, dan belum pernah mengadakan perjalanan spektakular jauh untuk ukuran manusia, (sebab perjalanan seperti ini bagi para malaikat adalah biasa) dengan mengendarai binatang yang berjalan secepat cahaya, maka Jibril melakukan sterilisasi terhadap isi dada Nabi (jantung dan hati) dari kotoran yang materil atau immateri, yang penjelasan logis nya mungkin sulit dijelaskan, sebab maksudnya untuk mensucikan dan menguatkan. Menguatkan dari apa, karena akan ada visualisasi yang dilihat selama perjalanan tersebut. Contoh sederhana, seandainya kita ketika mengadakan perjalanan dengan kendaraan tiba-tiba melihat ada Kecelakaan lalulintas, korbannya tewas mengenaskan, apakah kita cukup kuat menyaksikan. Atau kendaraan kita melewati pasar buah yang segar ; apakah kita cukup kuat untuk tidak tergoda ingin membeli mencicipi. Dan yang lebih penting adalah: apakah Nabi akan kuat menghadap Allah, yang divisualisasikan dengan pancaran cahaya-cahaya warna warni yang indah indah, dimana tempat itu di sebut sebagai Sidratil Muntaha . di Mustawa.
Ternyata memang beliau cukup kuat, sebab sudah dilakukan prosesi pembersihan dan pengisian kekuatan iman, oleh Malaikat Jibril tadi.Kembali ke perjalanan Rahasia, bahwa terjadi selisih pendapat diantara Mufassirin tentang apakah ketika isra mikraj itu ruh nya Nabi saja atau dengan jasadnya, biarlah itu menjadi perbedaan yang tak perlu dijadikan polemik, sebab memang ada ruang untuk berbeda itu disebabkan pemaknaan kata perkata dalam bahasa Arab, atau tutur bebrapa oranng sahabat nabi atau versi Aisyah dari keluarga, yang mengatakan tidak menyaksikan ada gerakan fisik Nabi pada waktu malam itu, kalau beliau tidur atau tafakkur (meditasi) di Masjid itu memang beliau lakukan. Maka dengan adanya perbedaan pemahaman ini justeru membuat kejelasan bahwa " perjalanan isra Mikraj " adalah perjalanan rahasia, maksudnya, menjadi rahasia Allah, sehingga sulit diterima akal pada zaman itu dan juga hingga kini. Untung nya zaman kini sudah ada teknologi penerbangan atau pesawat jet, atau ilmu astronomi, sehingga membantu akal kita menerima yang tak mungkin menjadi mungkin.
Mengenai binatang Buraq, sidratil muntaha , surga, itu juga menjadi rahasia Allah, sebab itu perkara Ghaib, tapi Nabi menyaksikan dan merasakan dengan sadar secara fisik dengan mata kepalanya.Sebagai umat islam, jangan sesekali menuduh Nabi Muhammad itu tukang dongeng, atau dia berhalusinasi, atau dia sekedar melihat bintang bertaburan di langit malam gurun sahara,yang dihiasi dengan kilapan meteor jatuh, yang terbakar di atmosfir bumi tampak lenyap di horison.Yang perlu digaris bawahi adalah Nabi menceritakan itu semua benar-benar terjadi. Jika tidak benar terjadi tidak lah mungkin Ada gelar "Ash shiddiq" buat Abu Bakar, (orang pertama yang percaya) terjadinya Wisata Spiritual: sebagaimana pendapat Abdul Munir Mulkhan (dosen UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta). Bahkan ada riwayat yang mengatakan adanya saksi dari orang Kafir Mekkah, yang sedang berdagang yang mendengar suara Nabi, ketika sudah berada di Palestina: " Hei..., itu seperti suaranya Muhammad ya, ya, jawab yang lain. Ngapain dia di sini ? "Oleh karena itu jika ummat islam ingin melihat pancaran cahaya warna warni Allah di akherat dan masuk surga, maka kerjakan sholat 5 waktu.,berbuat baik kepada sesama manusia, Ditambah Sholat nawafil, di malam hari. Malam hari waktu yang tepat untuk berkontemplasi dan mendekatkan diri sedekat dekatnya dengah Allah SWT.
Jika anda, kita semua mengalami kesulitan mendekat dengan Allah (baca: sholat tidak khusyu, fokus). berarti ada sesuatu hal dalam diri : hati dan fikiran <> hanya diri kita yang dapat mengidentifikasi masalah atau mendiagnosa dosa dosa dan kesalahan. Mungkin kita banyak bohong, ada dengki, cemburu berlebihan, harta yang tidak halal dan syah, kawan-kawan yang munafik dan lain-lain. Maka lakukanlah proses pensucian dan penguatan, taubat sejati, isi mangkok otak di kepala dengan ilmu agama dan yang mendukung sehingga nantinya akan ada transformasi energy.Melihat cahaya Allah yang indah adalah menjadi cita cita tertinggi manusia, jangan abaikan motivasi ini, meski hal tersebut merupakan akibat dari amal amal yang manusia kerjakan. .
Jadilah Hamba Allah yang Ikhlas.AHNAF_OKE@YAHOO.COM

Tuesday, July 29, 2008

Take Action Today for More Positive Self-esteem

  1. Dress and look your best at all times regardless of the pressure from your friends and peers. Personal grooming and lifestyle appearance provide an instantaneous projection on the surface of how you feel inside about yourself.
  2. Volunteer your own name first in every telephone call and whenever you meet someone new. By paying value to your own name in communication, you are developing the habit of payinh value to yourself as an individual.
  3. Take inventory of your good reasons for selfesteem today. Write down what your "BAG" is. Blessings-who and what you are thankful for. Accomplishments-what you have done that you're proud of so far. Goals-what your dreams and ambitions are.
  4. Respond with a simple, courteous 'thank you'
    when anyone pays you a compliment for any reason.
  5. Sit up front in the most prominent rows
    when you attent meetings, lectures and conferences. Yours purpose for going is to listen, learn and possibly exchange questions and answers with the key speakers.
  6. Walk more erectly and authoritatively in public
    with a relaxed but more rapid pace. It has been proven that individuals who walk erectly and briskly usually are confident about themselves and where they are going.
  7. Set your own internal standards
    rather than comparing yourself to others. Keep upgrading your own standards in lifestyle, behavior, professional accomplishment, relationships, etc.
  8. Use encouraging, affirmative language
    when you talk to yourself and to others about yourself. Focus on uplifting and building adjectives and adverbs. Everything you say about yourself is subconsciously being recorded by others and, more importantly by your own self-image.
  9. Keep a self-development plan ongoing at all times.
    Sketch it out on paper-the knowledge you'll require, the behavior modification you'll achieve, the changes in your life that will result. Seek out the real winners in life as friends and role models. Misery loves company, but so does success!
  10. SMILE!
    In every language,in every culture-it is the light in your window that tells people there's caring, sharing individual inside and it's the universal code for "I'm O.K-You're O.K., too!"

Dipetik dari buku The Psychology of Winning by Denis E. Waitley.