Ramadhan dah ke penghujungnya, kegembiraan jelas terpancar disetiap muslim seluruh dunia kerana bakal menyambut hari kemenangan. Macam-macam persiapan disediakan dari pakaian baru, perabot baru,kereta baru dan semuanya mungkin baru. Tak mengapa asalkan hati bahagia dan tak membebankan diri dikemudian hari. Bila tiba musim perayaan,macam biasalah..keadaan jalan-jalanraya utama menjadi sibuk.Biasanya highway sg besi-seremban sesak terukla esok. Begitu juga dengan highway karak- pantai timur menuju kelantan,terenganu. Apapun keadaan, diharapkan semua pemandu bertimbang rasa di atas jalanraya. Keegoaan, kemarahan di atas jalanraya tak menguntungkan sesiapa. Dapat kutukan orang adala. Sempena hari raya yang akan menjelang tiba, saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.Semoga hari raya tahun ini memberi seribu makna kepada semua yang meraikannya..
Wednesday, September 8, 2010
Monday, July 5, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Semua tak muktamad
Sejak akhir-akhir ni banyak keputusan kerajaan yang sekejap muktamad sekejap tak muktamad. Mungkin kerajaan sengaja buat isu untuk melihat reaksi rakyat bawahan. Jika tiada bantahan dari rakyat maka kerajaan akan laksanakan apa sehaja yang mereka fikir memberi faedah untuk kerajaan mereka. Sebagai contoh isu kg baru yang akan dibangunkan. Mulanya nak benarkan pihak bukan bumiputra turut serta dalam projek pembangunan kg baru. Tiba-tiba tak jadi. Lepas tu isu peruncit kena ada lesen untuk jual barang kawalan, tiba-tiba keputusan kerajaan belum muktamad untuk mewajibkan peruncit ada lesen. Lepas tu isu gaji minima pengawal. Awal-awal cakap gaji pengawal akan ditetapkan rm1500. Tiba-tiba keputusan kerajaan belum muktamad. Kesian pak guard. Bukan main berangan diorang jika gaji mereka dinaikkan. Macam-macam nak buat jika gaji naik. Last tak jadi dan belum muktamad. Jika berterusan macam ni lah gaya pemerintahan, merana rakyat. Kalau nak bina istana baru semua 'on', beli kapal selam muktamad tetapi untuk kebajikan rakyat...takpe tangguh dulu, tiada wang,tiada peruntukan..alahai kesian2
Wednesday, May 12, 2010
Akhirnya Anwar Ibrahim Dipenjarakan...
Memang betul, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim belum selesai. Tetapi melihat kepada tempo perbicaraan, keputusan akhir sudah dapat diramal. Anwar Ibrahim pasti meringkuk dalam penjara sepanjang hayat kecuali ada campur tangan Mahkamah Antarabangsa.
BN Menang Bergaya di Sibu
Biarpun pilihanraya kecil Sibu 16 Mei 2010, namun keputusan sudah boleh dijangka. BN akan menang besar di Sibu kerana BN sebuah pakatan kukuh dari pelbagai aspek terutamanya wang ringgit. Permintaan rakyat Sibu pasti dipenuhi serta merta oleh BN. Cakap apa sahaja yang kurang, BN akan datang membantu yang penting rakyat Sibu mengundi calon BN.
Keputusan rasmi PRK Sibu : DAP menang dengan majoriti 398 undi.
Monday, April 26, 2010
Hulu Selangor Milik Barisan Nasional
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya merampas kembali hulu selangor dari pakatan rakyat. Tahniah juga kepada calon encik P.Kamalanathan kerana baru dicalon sudah menang untuk jadi ahli parlimen. Bonus tahun 2010 untuk anda.
Kemenangan Barisan Nasional sudah dijangka dari awal lagi. Bila mana jutaan ringgit dijanjikan oleh kerajaan khususnya perdana menteri. Masih ingat lagi kata-kata Tok Najib semasa berkempen di hulu selangor...''jika Noh Omar takde peruntukan, saya sebagai menteri kewangan akan luluskan peruntukan untuk penduduk hulu selangor'..Memang berkuasa gerombolan, bukan setakat cakap tapi terus laksanakan. Kerana apa, kerana punca kewangan ditangan mereka. Kekuatan mereka merangkumi semuanya. Bukan setakat wang, malah tentera polis, media massa dan segala macam lagi mereka punya segalanya. Pakatan rakyat? yang ada cuma sedikit semangat yang tersisa. Itupun jika dibakar, dimarakkan oleh seorang pejuang keadilan Anwar Ibrahim yang tak kenal lemah dan takut untuk dihumban kali kedua dalam penjara.
Sunday, April 4, 2010
Pilihanraya Hulu Selangor : Durian Runtuh Untuk Semua
Tahniah warga hulu Selangor. Tahniah kerana bakal menerima projek jutaan ringgit dari Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO. Walaupun pilihanraya kecil 25 April, namun PM dan TPM sudah menjanjikan berita gembira untuk rakyat di hulu Selangor. Itulah kelebihan kerajaan, cakap saja apa nak buat..semua boleh. Duit bukan menjadi masalah. Tak hairanlah jika kerajaan mendabik dada bahawa BN lah yang boleh mengubah nasib rakyat. Pihak pembangkang apa boleh buat, janji kosong bolehla. Tapi mengapa kerajaan tidak umumkan sesuatu projek sebelum pilihanraya kecil hendak diadakan. Ada je piliharaya kecil pasti ada saje projek baru yang hendak dibuat oleh kerajaan. Macam tak ikhlas jer. Sama juga dengan pemberian wang ihsan kat Kelantan. Mengapa kerajaan BN mendabik dada yang mereka saja boleh uruskan wang ihsan. Mengapa tidak berikan saja wang ihsan kepada kerajaan Pas yang agihkan kepada penduduk miskin di Kelantan. Mengapa? Sebabnya BN khususnya UMNO ingin mendabik dada, bahawa merekalah yang hebat, merekalah pejuang rakyat, merekalah segala-galanya. Syabas UMNO. Teruskan usaha menabur projek setiap kali pilihanraya kecil. Kekayaan milik kamu. Buatlah apa yang kamu mahu. Megahlah sekarang. Mendabik dadalah sekarang. Hidup terlalu singkat untuk di sia-siakan kerana akhirnya kemasyuharan dihumban ke dalam tanah juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)

