Yahooo...kita pakat turun mengundi lagi. Marilah mari kita mengundi, jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Usahawan baju cepat-cepat print design bagus2 untuk pilihanraya kecil ke 10 yang akan diumumkan oleh SPR tak lama lagi ekoran kematian ahli parlimen hulu selangor disebabkan barah otak. Alfatihah buat Allahyarham. Hulu Selangor bakal mendapat durian runtuh dari kerajaan pusat...tungguuuuu.
Friday, March 26, 2010
Monday, March 8, 2010
Cukai import buggy golf dimansuh
KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.
Agaknya bilala kerajaan nak hapuskan cukai import bagi motosikal berkuasa besar. Peminat motosikal besar sudah lama mengidam untuk membeli motosikal besar dengan harga murah. Jika cukai import motosikal besar dihapuskan, pasti industri permotoran bertambah rancak. Jaguh-jaguh lumba motor gp sudah tentu lahir seperti cendawan lepas hujan.
Tuesday, February 16, 2010
Anak PM, Melayu ke 4 Terkaya di Malaysia
Hari ini semua media melaporkan mengenai kekayaan jutawan-jutawan di Malaysia. Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Malaysian Business, hanya beberapa orang Melayu sahaja yang tersenarai. Sedih sungguh. Mana tokoh-tokoh korporat Melayu yang lain. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Nazir Razak yang tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia. Selain Nazir Razak, Mokhzani Mahathir juga tersenarai sebagai orang terkaya. Pasti ramai yang pandang sinis dekat tokoh-tokoh tersebut. Maklumlah mereka ada hubungan dengan Perdana Menteri dan bekas perdana menteri.
Monday, February 1, 2010
Blog Hina Raja Melayu Disiasat, Yang Hina Agama Islam, Nabi Muhammad Macam mana Pula?
Syabas diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri kerana tegas terhadap penulis blog yang menghina raja-raja Melayu. Cuma nak tanya sikit, bagaimana dengan penulis blog yang menghina Agama Islam dan menghina nabi Muhammad S.A.W? Dah siasat? atau pihak KDN akan siasat, ke tengah kaji untuk cari bukti? Jika penulis blog adukataruna telah ditangkap dan dibicara, bagaimana dengan youtube NAMEWEE yang mencipta lagu NEGARAKUKU yang jelas menghina Agama Islam dan menyindir pasukan PDRM. Video klip tersebut masih aktif hingga kini. Memang NAMEWEE dah mohon maaf. Tapi cukupkah sekadar maaf. Mengapa video tersebut masih dibiarkan aktif? Mengapa? Atau pihak KDN takut dengan manusia bernama NAMEWEE. Ada lagi blog yang menghina Islam dan Nabi Muhammad seperti lolokaust.com dan pengguna youtube ini. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri tolong siasat lah diorang tu. Heret ke muka pengadilan. Kalau nak dakwa, jangan main pilih-pilih pulak.
Wednesday, January 27, 2010
Betul-betul Melayu Boleh!!!
Mohd Noor Mat Amin pendaki solo dan juga merupakan jurugambar Utusan Malaysia gembira setelah berjaya mendaki ke puncak Gunung Kinabalu untuk kali ke 26. Beliau sedang berjuang untuk mencapai misinya mendaki gunung Kinabalu sebanyak 111 kali. Syabas dan semoga berjaya. Lepas ni kena buat buku, kongsi pengalaman dan tips-tips berguna untuk rakyat di luar sana.
Thursday, January 21, 2010
Mudahkan Pengeluaran Visa
Tahniah dan terima kasih Datuk Seri Najib kerana ada inisiatif untuk memberi kemudahan dalam pengeluaran visa kepada warga India. Proses memudahkan pengeluaran visa boleh menarik lebih ramai lagi warga India datang ke Malaysia. Jika ramai datang, ekonomi jadi rancakla kan datuk seri. Baguish!Bagusih! Bijak-bijak. Sokong datuk seri. Masalah warga India seramai 40 ribu yang 'hilang' yakni tak dapat dikesan di Malaysia tu biasalah. Bukan jadi masalah kan datuk seri. Diaorang kan punyai sejarah panjang dengan Malaysia. Mungkin sanak saudara diorang ramai di Malaysia. Bagi peluangla diorang seronok-seronok di Malaysia.
Datuk seri, kalau bolehla kan..jika pergi ke Nigeria, Bangladesh, Afrika lepas ni..datuk seri bagi diorang kemudahan visa jugalah. Mudahkan urusan visa diorang. Jemput ramai-ramai warga diorang datang Malaysia. Buat bisnes baguish-baguish. Baru rancak ekonomi Malaysia. Kalau warga diorang tak dapat dikesan,tinggal lebih tempoh tu, buat-buat tak tahu jerla. Bukan masalah besar sangat. Malaysia kan aman, sejahtera sekarang di bawah BN. Biarlah warga asing berduyun-duyun datang Malaysia. Buktikan Malaysia no.1 dan BN BOLEH di bawah Datuk Seri Najib. Terima kasih datuk seri.
Saturday, January 9, 2010
Perlawanan Piala Sumbangsih yang Penuh Dramatik.
Malam ini, dua pasukan bolasepak Malaysia akan bertarung merebut Piala Sumbangsih sekaligus membuka tirai perlawanan bolasepak tempatan untuk Liga Super tahun 2010. Malam ini, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah melayan kunjungan pasukan Selangor. Kedua-dua pasukan pasti menurunkan barisan pemain yang mantap dan berpengalaman untuk menjulang kejuaraan. Kemenangan Negeri Sembilan malam ini sudah pasti menyuntik semangat kesemua pemain pasukan tersebut untuk mengharungi liga Super tahun ini malah menjadi kenangan manis berganda setelah menjulang Piala Malaysia menewaskan kelantan tahun 2009. kemaskini- Negeri Sembilan seperti hampir menjulang Piala Sumbangsih apabila Idris Karim menjaringkan gol pertama NS pada separuh masa pertama. Namun, kegembiraan NS hanya seketika setelah Sapiie Sali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dan pemain gantian Selangor D. Surendran menyambut baik hantaran lintang Sapiie Sali untuk menjaringkan gol kedua Selangor. Akhirnya, Selangor menang 2-1 menewaskan N.Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

