Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, March 31, 2009

Bolasepak Malaysia ( Masihkah ada sinar harapan )

Permainan bolasepak di Malaysia merupakan satu sukan yang diminati oleh semua lapisan masyarakat. Namun sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan bolasepak negara sering dicemuh oleh peminat. Apakah bolasepak Malaysia memerlukan perubahan besar-besaran dengan membenarkan pihak swasta menguruskan pasukan kebangsaan?. Pihak swasta seperti syarikat terkemuka AirAsia, TM dan Sime Darby perlu proaktif dalam menyuarakan hasrat untuk membantu kerajaan dalam sukan bolasepak negara. Pihak FAM pula perlu berlapang dada untuk melepaskan pasukan kebangsaan kepada pihak swasta. Biarlah pihak swasta menguruskan segala dana, aspek teknikal, dan lain-lain. Jika FAM nak campur tangan pun mungkin dari segi peraturan dan hubungan politik antarabangsa. Jika langkah penswastaan bolasepak negara dilakukan secepat mungkin, pasti pasukan bolasepak negara akan bangkit sekurang-kurangnya mengatasi kedudukan pasukan Thailand di ranking Asia Tenggara.

No comments: