Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Sunday, April 19, 2009

Lagi Mat Rempit Mengganas!!!

Gadis dirogol 15 mat rempit (utusan malaysia online, 19/4/2009)
KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar. Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.

"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan. "Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya. Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.

Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu. Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Komen aku :
  1. Dah banyak kes yang melibatkan mat-mat rempit nie, ada yang langgar sekatan polis sehingga ada polis yang cedera.
  2. Pemandu kereta ada pulak yang jadi mangsa pukul mat-mat rempit
  3. Kalau dah sah.memang terbukti mat-mat rempit bersalah jatuhkan hukuman yang setimpal. Dalam kes rogol macam kes di atas, setiap hukuman mandatori yang dikenakan terhadap mereka kena umumkan kat media massa. Biar jadi pengajaran kepada mat-mat rempit yang lain.
  4. Kalau aku, iktiraf mat-mat rempit sebagai musuh negara..jangan bagi muka. Cuba fikir, mat-mat rempit nie ada yang terlibat dalam kes meragut bermotosikal, kaki pukul, lumba haram, ambil dadah malah seks bebas pun dah jadi amalan mat-mat rempit. Takkanla nak bagi muka lagi dekat mat-mat rempit nie.
  5. Kalau dekat Thailand, aku yakin... mat-mat rempit yang menimbulkan masalah pasti ditembak mati bukan ditembak oleh pihak berkuasa tapi ditembak oleh sanak saudara mangsa (pukul, rogol, ragut dan lain-lain) mat rempit durjana.

No comments: