Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, May 4, 2009

Gempar!!! Sebuah kontena berisi SYABU bernilai RM1 billion ditemui.

Hhuh!!! terkejut beruk kalau sape-sape yang terbaca berita di semua media cetak tentang SEBUAH kontena berisi SYABU ditemui di jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin, Pahang semalam. Laporan akhbar hari ini pula memaparkan ketua polis negara mempertikaikan nilai rampasan syabu tersebut.
Laporan aku pulak...pihak-pihak yang bertelagah dalam isu nilai rampasan tak perlulah kalut ribut. Tak kirala berapa billion, berapa juta, berapa ringgit dan berapa sen pun nilai syabu tersebut. Yang pentingnya, syabu dah sah benda yang salah di sisi Undang-undang. Syabu juga dah jadi kegemaran muda-mudi akhir-akhir ini. Syabu jugaklah antara penyumbang kepada maksiat. Yang menjadi mangsa penangan syabu tak lain tak bukan rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina, India. Kalau dah digemari, maknanya sesuatu benda itu pasti bernilai. Cuba renung dan muhasabah diri sekejap. Pihak berkuasa dan pihak yang bertanggungjawab mengawal kemasukan unsur negatif dan berbahaya seperti dadah, senjata api dan sebagainya sepatutnya malu kerana gagal mengesan dari awal lagi kemasukan barangan tersebut. Mungkin ada yang mengatakan bukan senang nak mengawal sempadan Malaysia kerana negara Malaysia dikelilingi laut. Tambahan pulak, penyeludup sekarang makin licik. Kalau dilayan alasan tersebut maka makin suramla masa depan negara.
Sungguh hairan bin ajaib, bagaimana dadah yang pernah suatu masa dianggap musuh NO.1 negara boleh lolos dengan kuantiti yang banyak. Adakah pihak pengedar dadah ingin menguji kecekapan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ataupun sekadar ingin memalukan imej pihak berkuasa negara. Harapan aku, agar pihak PDRM mengesan dengan cepat pihak yang menyeludup syabu tersebut hingga ke lubang cacing. Sesiapa yang terlibat dan bersubahat dengan penyeludupan syabu yang bersaiz kontena tersebut perlu dihadap kemuka pengadilan.

No comments: