Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, May 25, 2009

Tabiat merokok di kalangan remaja, apa yang perlu dilakukan?

Aku tertarik dengan tulisan saudara Mohammad Ismail dari UiTM Perlis di ruangan rencana Utusan Malaysia Online mengenai isu merokok di kalangan remaja. Menurut beliau, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan seperti penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat, menaikkan usia minimum untuk membeli produk tembakau kepada 21 tahun, ibu bapa dan guru menjadi teladan dan pemantauan berterusan dari semua unit penguatkuasaan terhadap kedai dan premis yang menjual rokok.
Sebelum aku memberi pendapat, aku senaraikan beberapa fatwa dari beberapa negeri di Malaysia mengenai hukum merokok :-
    1. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
    2. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
    3. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
    4. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
    5. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram manakala
    6. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Oleh itu, sudah terang dan jelas tak perlu lagi bersuluh maka tahulah kita bahawa merokok itu haram di sisi agama Islam. Kalau dah haram, segala hasil cukai dan eksais yang dikutip juga akan haram jika diagih dan digunakan untuk umat Islam di Malaysia. Samalah juga dengan hasil judi dan arak yang dikutip oleh kerajaan. Jika penulis Mohammad Ismail mengatakan tidak logik jika kerajaan mengharamkan terus rokok di Malaysia demi mendapatkan hasil cukai dan eksais. Aku ingin bertanya, logik kah kerajaan Malaysia menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan kempen 'Tak Nak'. Berkesankah kempen 'Tak Nak' yang dilaksanakan. Pada aku buatlah segala macam kempen pun, gejala merokok dikalangan remaja tetap akan wujud kecuali kerajaan hapuskan terus kemasukkan sumber tembakau. Nak hapuskan penyakit, carilah puncanya. Aku yakin kalau kerajaan nak hapuskan terus sumber tembakau, ada sahaja suara-suara yang merayu dan memberi pandangan supaya kerajaan jangan hapuskan sumber rokok dan tembakau. Pada mereka jika dihapuskan rokok maka sumber kerajaan hasil dari kutipan cukai akan hilang. Jika kerajaan tegas dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah, maka permasalahan merokok dan lain-lain masalah sosial tidak akan timbul. Yakin dan ingatlah saudara saudari sekalian bahawa ketegasan ajaran Islam tidak sesekali merampas hak orang-orang bukan Islam.

No comments: