Alala long...alala long jangan potong.he.he. Seronok pulak nyanyi lagu alala long versi ah long atau along nie. Tetiba jer along (pemberi pinjam wang) menjadi hangat diperkatakan oleh semua orang. Along bertambah famous bila media menayangkan video mengenai peminjam wang yang dipenjarakan oleh along. Kesian-kesian. Dahlah dipenjarakan macam binatang ternakan malah diberi makan sebuku roti je dalam masa tahanan. Rasa kesian pun ada, rasa seronok pun ada. Yelah. dah tahu along cekik darah, buat apa nak meminjam dengan along. Tak ker bangang namanya. Akai ada ka!.
Tahniah jugalah kepada along yang bertindak macam mafia Amerika kat peminjam-peminjam tersebut. Sekurang-kurangnya diorang tahu apa natijahnya tak bayar hutang. Harap-harap peristiwa tersebut juga menjadi teladan kepada sesiapa yang berangan-angan nak pergi meminjam dengan along. Ramai yang meminjam nie nak guna duit secara terdesak. Mungkin disebabkan berhutang, nak bergaya macam orang kaya raya malah memang kena pinjam duit disebabkan keadaan tertentu. Mungkin majikan bayar gaji lambat. Ntahlah, mungkin pelbagai lagilah alasan diorang.
Memandangkan isu along dah jadi isu sejagat kat Malaysia ni maka pelbagai pihak muncul memberi pandangan untuk mengatasi masalah along. Aku tertarik dengan slot Agenda Awani kat Astro Awani pukul 8 malam tadi. Perbincangannya mengenai memerangi along yang beroperasi secara haram. Along haram nie beroperasi macam cendawan lepas hujan. Memang menangguk di air keruh betul diorang nih. Dah tahu ekonomi merosot dan ramai yang diberhentikan bekerja maka berlambaklah iklan pinjaman peribadi secara mudah yang along haram tawarkan. Kekadang dengan teknik promosi yang menarik ditambah dengan syarat yang sangat mudah tanpa apa-apa cagaran, para peminjam akan terus menghubungi along tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Menurut pandangan ahli panel di Agenda Awani, along haram nie mengenakan interest yang sangat tinggi melebihi 18% setahun. Ini adalah salah disisi Undang-undang.
Apa yang dapat dipelajari dari perbincangan di Astro Awani malam ini ialah pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Ilmu pengurusan kewangan perlu dipelajari oleh semua individu dalam mengurus perbelanjaan harian mereka. Nak belajar pengurusan kewangan, bukannya susah di zaman teknologi nie. Semuanya dihujung jari anda. Masuk je internet, taip jer pengurusan kewangan/financial planning. Maka muncullah maklumat yang dicari. Baca dan pilihlah mana yang baik untuk diamalkan. Tapi yang bebal tak mahu mencari ilmu untuk mengurus kewangan macam mana pulak?. Maka pihak kerajaan kena proaktiflah dalam kes ni. Gerakkan agensi-agensi yang berkenaan dalam menghebahkan berita keburukan ceti atau along haram. Selain itu, nyatakan alternatif lain(agensi/bank) yang boleh mereka pergi untuk pinjam wang sekiranya terdesak. Agensi yang halal macam bank-bank perdagangan, MARA, Amanah Ikhtiar, TEKUN(sekadar menyebut beberapa contoh) pulak janganlah menimbulkan banyak karenah untuk meluluskan pinjaman. Karenah birokrasi kekadang membuatkan orang meluat dan mereka inilah yang akan terjerumus dengan para along / ceti haram. Menurut salah seorang ahli panel Agenda Awani, golongan yang meminjam dengan along ni terdiri daripada semua lapisan. Tak kiralah peniaga ke, ahli profesional ke, malah ahli politik pun ada terlibat dengan along. Negeri yang paling banyak premis pemberi pinjam wang pulak ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Kalau ikut tahap perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat, orang-orang di negeri tersebut lebih advance(ye ker?). Tapi macam mana boleh terjebak juga dengan along. Adakah kehidupan di bandar sangat terdesak sekarang. Sehingga kena pinjam dengan along? Persoalan itu hanya mereka yang tahu jawab...
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum...
Saja nak letak komen....nak tambah ckit kot..Orang yang meminjam dengan along ni memang tak berpk panjang. Dalam berita, polis melaporkan orang yang meminjam daripada along ni orang yang suka berjudi. Dek kerana ego dan panjang angan-angan, "aku menang nanti aku bayarlah!"...maka mereka dengan mudah berhutang. Mula-mula sikit, tapi bila ketagih, tambah lagi dan lagi....duit habis judi pun kalah....mula la takut. Boleh la kita kata "Padan muka kat diorang ni....siapa suruh tak pikir?...kesian anak-anak dan bini kat rumah.... dah kena rantai dan dikurung macam tu."..Ini bagi yang ada keluarga...ada jugaklah orang yang risaukan kita, tapi kalau yang hidup sendirian, xdak kawan...ditangkap pulak along...mati kebulur terkurungla jawabnya....xsiapa yang tahu kecuali along yang merantai dan mengurung mamat tu.He he he....
Bnyk terjebak dek along sebab dah xde alternatif lain untuk pinjam duit...
ada yg ikhlas jugak nak pinjam buat bisnes...
ada yg masuk skim cepat kaya...
pastu skim lingkup, apa pun x dapat...
Bangsa kita memang camtu, bangsa lain pun 2x5 gak..
Post a Comment