Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, June 18, 2009

Iraq Terus Berjuang!!!

Wah, Iraq terus berjuang!!! betul ke ni. Tak nampak macam berjuang pun...Sejak Presiden Saddam Hussein dihukum gantung 30 Disember 2006 atas kesalahan jenayah kemanusiaan ( dakwaan yang dibuat Amerika jer nie ) rakyat Iraq hilang arah, asyik berperang sesama sendiri. Emas hitam yakni minyak dan gas asli senang lenang disedut oleh Amerika dan koncon-konconya. Itulah kisah Iraq.
Namun, semangat juang Saddam Hussien rasa-rasanya telah menyerap kedalam sanubari keseluruhan pemain bolasepak kebangsaan Iraq ketika ini. Dalam pertandingan Piala Konfederasi FIFA 2009 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan ketika ini, pasukan Iraq telah mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan. Kecemerlangan pasukan Iraq diteruskan lagi semasa menentang pasukan Sepanyol (ranking No.1 Dunia ) malam tadi biarpun tewas 1-0. Rata-rata pemerhati bolasepak memuji pasukan Iraq kerana mampu memberi tentangan yang kuat sehingga ke wisel penamat. Berdasarkan mutu serta corak taktikal yang mantap pasukan Iraq dalam kedua-dua perlawanan lepas, tidak mustahil New Zealand bakal menjadi pasukan belasahan Iraq pula selepas ini. Sekadar catatan, New Zealand telah dibelasah jagoan dunia (Sepanyol) dengan 5 jaringan tanpa balas. Jika persembahan pasukan Iraq konsisten, peluang untuk mara ke pusingan kedua amat cerah. Dan pastinya kemaraan Iraq memberi rasa gerun dihati pihak lawan selepas ini. Silap-silap haribulan, Brazil yang pernah menjadi juara dunia 5 kalipun akan kecundang ditangan Iraq jika ditakdirkan kedua-dua pasukan tersebut bertemu di pusingan kedua akan datang.

1 comment:

Laire@Jani said...

Wuyo...bestnya baca ulasan sukan bola ni....walaupun aku xberapa nak minat bola tp ulasan ni menarik. Sebenarnya aku try nak relate kan dengan Mahmud Ahmadinejad Presiden Iran menang besar dalam pilihanraya Iran baru-baru ni...tp skrg dah lost pulak ideanya he he he...