Sampai bilakah pencarian 'anak emas' Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia akan berakhir. Jika sebelum ini Manek Urai telah ditawarkan untuk dijadikan 'anak emas' TPM dan kerajaan Persekutuan ditolak mentah-mentah penduduk Manek Urai, kali ini penduduk Permatang Pasir juga telah ditawarkan sebagai 'anak emas' kerajaan persekutuan. Tawaran ini dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat lepas. Lapor Utusan online pada 17/8/2009. Tawaran ini hanya sekali sehaja, tiada tawaran kedua, kata Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan. Manek Urai dan Permatang Pasir boleh jadi tak mahu menjadi 'anak emas' TPM dan kerajaan persekutuan kerana takut serta terkejut dengan tawaran tersebut. Ye lah, tiba-tiba sahaja TPM dan kerajaan membuat tawaran untuk diambil sebagai 'anak emas'. Boleh jadi ada maksud lain kot. Mungkin itulah pemikiran penduduk kedua-dua kawasan tersebut. Jika tawaran 'anak emas' dibuat untuk penduduk Batang Ai, Kapit, dan daerah Song di Sarawak sudah pasti tawaran itu segera disambut tanpa banyak persoalan. Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin perlu menyimpan dulu niat untuk mengambil 'anak emas' sekarang. Tawaran elok dibuat masa kempen pilihanraya DUN di Sarawak yang bakal diadakan tahun depan. Tawaran bukan saja disambut malah lebih manis lagi penunjuk KPI TPM meningkat berganda-ganda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment