Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, December 3, 2009

Ini Negeri Melayu-Ibrahim Ali

Dewan Rakyat hari ini kecoh setelah wakil rakyat Ipoh Barat membangkitkan soal ketuanan Melayu dilihat sebagai penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bangun memberi respon, namun jawapan beliau dilihat gagal menjawab persoalan yang diajukan oleh wakil rakyat Ipoh Barat. Keadaan mula kecoh apabila wakil rakyat Sri Gading Datuk Mohamad Aziz bangun dan meminta Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab apa yang ditanya bukan bersikap mengambil jalan selamat. Selain itu, wakil Sri Gading juga menganggap persoalan wakil Ipoh Barat itu sebagai berniat jahat. Dalam keadaan kecoh tersebut, maka wakil Parlimen Pasir Mas bangun mencelah dengan lantang mengatakan bahawa ini negeri Melayu.
Persoalannya perlukah Ibrahim Ali menjerit dan mendabik dada mengatakan ini negeri Melayu. Bagaimana pula perasaan kaum Cina, kaum India dan bumiputera lain yang menonton berita Astro saluran 502 jam 9.00 malam tadi mengenai tindakan ahli Parlimen Pasir Mas itu. Jika keadaan mendabik dada berterusan, maka tak mustahillah makin ramai rakyat Malaysia khususnya kaum Cina, India dan lain-lain berhijrah meninggalkan Malaysia dan akhirnya tempat mereka akan diisi oleh warga asing seperti Nepal, Myanmar, Indonesia dan lain-lain warganegara. Ini sudah pasti mengugat keselamatan negara.

No comments: