Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, December 8, 2009

Musykil : PM, TPM, Menteri Besar Keluar Negara Serentak...

Musykil sungguh dengan apa yang berlaku. Tok Najib telah berangkat ke Thailand 7/12/2009, Tok Muhyiddin dah sampai ke Tokyo untuk misi dagang dan Tok Zambry menteri besar Perak pun dah sampai ke USA untuk misi dagang juga. Keadaan negara dan negeri ada riak-riak perkauman nak meletus sekarang. Terbaru Brohim Ali adun bebas merangkap taiko PERKASA menyokong tindakan beberapa manusia untuk membakar gambar pemimpin DAP di Taiping semalam. Tindakan tersebut kemungkinan boleh menimbulkan kemarahan pihak DAP yang sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka mengenai isu memijak gambar 3 adun bebas. Selain itu, isu ketuanan Melayu dibangkit dan kecoh di Parlimen. Malah lebih buruk lagi ada pihak yang mahu kerakyatan ahli parlimen Ipoh Barat dilucutkan. Semua yang berlaku sebenarnya perlu ditegur oleh Tok Najib selaku nahkoda kapal. Namun, setakat ni Tok Najib diam membisu. Apakah ada udang sebalik mee dengan apa yang berlaku sekarang. Tunggu saja apa perancangan seterusnya oleh anasir jahat ini untuk segaja mencetuskan pergaduhan kaum.

No comments: