Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua. Semoga kalian ceria dan bahagia.
Dah hampir setahun lebih saya tidak kemaskini blog. Bukan apa, timbul rasa malas utk mencatat diblog. Tapi mulai hari nie, saya akan pastikan blog ni akan ada catatan paling kurang satu entry sehari.
Dalam tempoh setahun, mmg banyak perkara yang berlaku tak kiralah melibatkan saya sendiri, crita-crita politik,ekonomi dan sebagainya. Yang terkini adalah crita BAJET 2012 yang dibentangkan oleh PM(Datuk Seri Najib Tun Razak) pada jumaat lepas 7 Oktober 2011 di Parlimen. Bajet kali nie pada anggapan kerajaan adalah bajet untuk meringankan beban rakyat. Maka boleh dikatakan semua lapisan rakyat mendapat manfaat. Pemilik teksi pensendirian dikecualikan cukai jalan, diberi insentif RM3000 untuk beli teksi baru jenama malaysia mengantikan teksi yang lama.Semua pelajar sekolah kerajaan diberi RM100 seorang,yuran sekolah dimansuhkan, penjawat awam pulak dapat bonus setengah bulan gaji dan skim baru perkhidmatan awam diperkenalkan. Dan kesannya,gaji belum naik...harga barang dikedai sudah berlipat kali ganda naik.
Dari crita bajet 2012, crita tentang pasukan bolasepak kebangsaan yg tewas kepada singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia. kekalahan tersebut sebenarnya memberi pengajaran berguna untuk pasukan kebangsaan. Alasan singapura menggunakan ramai pemain import tidak perlu dibahaskan yang penting apa persiapan seterusnya utk memperbaiki kelemahan pasukan kebangsaan. Mungkin salah satunya perbanyakkan perlawanan dengan pasukan yang menduduki ranking yang tinggi seperti Jepun, Korea dan Australia. Tak dapat lawan negara dengan pasukan kelab elit pun sudah memadai. Pendedahan sedemikian memberi pengalaman kepada pemain. Saiz badan bukan menjadi alasan utama untuk menjadi pasukan terbaik. Kekadang saiz badan kecil seperti pemain Brazil dan Chelsea (Ramires) mampu beraksi cemerlang. Yang penting latihan dan pendedahan yang betul perlu diberi kepada pemain.
Bercakap soal pendedahan, saya sebenarnya tertarik dengan keadaan yang berlaku di serian,sarawak. rata-rata tempat semua orang meminati bolasepak dan futsal. malah pertandingan selalu diadakan. Sambutan terhadap sukan bolasepak sentiasa rancak. Tak kiralah pertandingan anjuran peringkat kampung, jabatan, DUN atau parlimen. Sedang berlansung adalah pertandingan Piala Pengadil dan akan menyusul bulan nie adalah pertandingan Piala YB Micheal Manyin. Jika diperhatikan ramai pemain muda yang berbakat dan jika diberi peluang pasti mereka boleh menjadi pelapis utk pasukan negeri. Terfikir juga, kalaulah ada agensi pencarian bakat khusus utk sukan bolasepak dan futsal...sudah pasti bakat anak muda di serian menyinar di peringkat yang lebih tinggi. Soal kemudahan sukan pula tidak perlu dipertikai..Di serian ada mini stadium, gelanggang futsal indoor. Cukup untuk pemain menjalani latihan.
Rasa cukup dulu saya buat catatan untuk hari nie. Mungkin esok ada lagi idea dan topik baru yang saya nak kongsi dan dicatat di blog kesayangan ni. Jumpa lagi, salam keceriaan dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment