Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, August 13, 2009

Perhimpunan Halal vs Perhimpunan Haram

Perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 - Haram
Perhimpunan Laungkan Anwar Pengkhianat Bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, Johor 14 Ogos 2009 - Halal
Kedua-dua perhimpunan yang telah diadakan dan bakal diadakan memberi persepsi yang berbeza terutamanya kepada kedua-dua belah pihak yang menyertai perhimpunan tersebut. Yang pastinya, perhimpunan mansuhkan ISA dilakukan untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa akta ISA sudah tidak relevan dan zalim. ISA menahan orang tanpa bicara. Seseorang dihalang haknya untuk dibicarakan di Mahkamah.
Manakala perhimpunan anjuran Pemuda UMNO Johor untuk melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa kelihatan bersifat peribadi. Tiada bukti kukuh yang mengatakan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa. Sejak era reformasi yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim 1998, segala perjuangan adalah untuk membela semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum Melayu, Cina, India serta etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jika tiada cetusan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim...pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak ditubuhkan. Banyak lagi gerakan reformasi yang dibawa oleh DSAI sehinggakan pemerintah mula berbicara mengenai kebajikan rakyat. Akhir-akhir ini barulah nampak semua menteri berbicara pentingnya menjaga hak rakyat.
Jika perhimpunan melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa jumaat ini dihalalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasti akan ada rakyat yang terguris hati dengan tindakan kerajaan. Apa tidaknya, perhimpunan yang dibuat oleh rakyat untuk memansuhkan akta yang terbukti zalim dihalang oleh PDRM tetapi perhimpunan untuk melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa dibenarkan pula oleh PDRM.
Jika ingin mengelakkan perpecahan di kalangan kaum khususnya Melayu, elok rasanya pihak Polis tidak membenarkan perhimpunan jumaat ini diadakan. Alasannya senang, untuk keselamatan awam. Jika dibenarkan, perhimpunan balas dari penyokong DSAI SUDAH PASTI AKAN diadakan di merata tempat. Yang ruginya negara. Dah la sekarang zaman kemelesetan ekonomi, politik negara pula masih panas dengan pelbagai macam isu yang tiada kesudahan...sampai bila keadaan ini akan berakhir?

Wednesday, August 12, 2009

Pandemik H1N1 : Satu Ujian Dari Yang Maha Esa

Seluruh dunia kelam kabut dengan wabak pandemik H1N1...diberitakan kematian akibat wabak H1NI akan mencecah ratusan ribu manusia seluruh dunia...tiada apa yang hendak diucapkan melainkan Doa dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa...

Friday, August 7, 2009

From Serian With Love...

Pemandangan menarik Tasik Serian, Sarawak yang sempat aku rakam pagi tadi. Sambil-sambil menonton Kejohanan Olahraga antara Rumah Sukan SMK Serian kali ke-44 di Stadium Mini Serian, aku sempat ambil beberapa gambar pemandangan yang menarik sebagai kenangan. Bandar Serian merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun di selatan Sarawak. Penduduknya majoriti dari kaum Bidayuh diikuti Iban, Cina dan Melayu. Ahli Parlimennya YB Datuk Richard Riot.
Pemandangan tasik serian jam 10 pagi.
Sinaran mentari jam 7 pagi.

Thursday, August 6, 2009

Pusingan TKO bermula...

Petang esok tepat 4.45 ptg akan menentukan samada team aku (PSKPP Serian) akan mara ke pusingan seterusnya atau tidak dalam merebut Piala MAKSAK YB Michael Manyin edisi Vii. Semasa perbincangan dgn teamate ptg td nampak ade sedikit kesukaran bila menentang team SMK Gedong. Dahla esok pusingan kalah mati..Salah seorang penyerang berbisa (Pezal) tak dpt turun disebabkan kena hadir exam ptg esok kat IPTAR Samarahan, kapten (Blaise) pulak masih dalam kecederaan...mmg kena guna formasi baru 5-4-1 gamaknya...defensif game..tetapi salah seorang pertahanan kiri atau kanan kena berani overlap utk membantu barisan tengah dan penyerang. Dalam permainan bolasepak, serangan mendadak dari bawah seringkali mengucar kacirkan pertahanan lawan malah boleh menghasilkan gol kemenangan...Tgklah je lah ptg esok team mana yang OK, team mana yg TKO..yang penting lawan tetap LAWANNN!!!
Keputusan Pusingan Kalah mati :
PSKPP Serian tewas 1-3 (tendangan penalti) setelah terikat 0-0.
Keputusan Pusingan Pertama :
PSKPP Serian 5-1 Bernas, PSKPP Serian 2-2 JKR, PSKPP 2-0 PDRM, PSKPP Serian 1-1 RANDO.

Tuesday, August 4, 2009

Melayu jangan jadi bacul

Wah!!!..Lancang sungguh penulisan Noor Azam di ruangan rencana Utusan Malaysia hari nie. Penulisan yang membakar semangat perkauman bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. Macam mana penulisan sebegitu boleh tersiar di akhbar arus perdana. Sedarkah beliau dengan perasaan kaum-kaum Cina dan kaum lain di negara ini yang cintakan keamanan dan kemakmuran.
Jika penulisan tersebut disiarkan oleh pakatan pembangkang, aku yakin dan pasti tidak sampai setengah hari tindakan tegas akan diambil terhadap akhbar tersebut seperti Harakah dan SiasahDaily. Tindakan-tindakan yang 'double standard' inilah yang membuatkan rakyat semakin menjauhkan diri dengan Barisan Nasional.
Mengenai perhimpunan haram yang rata-rata didominasikan oleh kaum Melayu, perkara itu sudah pasti berlaku. Kaum Melayu yang berani tampil menuntut keadilan bagi mewakili kaum Cina dan India. Jika kaum Cina dan India yang mengadakan perhimpunan sudah tentulah akan timbul rusuhan kaum seperti Mei 1969. Pemerintah Melayu, biarlah Melayu yang membuat tuntutan.

Saturday, August 1, 2009

Pilihanraya Kecil Datang Lagi...

Belumpun habis isu pilihanraya kecil Manek Urai, kini berita pilihanraya kecil Permatang Pasir pula hangat diperkatakan berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi 31 Julai lepas. Allahyarham juga penyandang kerusi DUN tersebut dari parti PAS. Pasti pihak BN bersemangat untuk menang pilihanraya kecil Permatang Pasir kali nie. Pihak BN akan menjadikan fakta di Manek Urai sebagai modal kempen menyatakan BN kembali mendapat sokongan rakyat. Selain itu, tidak mustahil Permatang Pasir juga akan dinaik taraf sebagai hub industri kecil dan sederhana Malaysia. Rakyat di Permatang Pasir akan mendapat durian runtuh sepanjang kempen pilihanraya kecil nanti. Tunggu sajalah janji-janji politik terutamanya parti BN yang diketuai UMNO.

Kuala Lumpur : Santai Hujung Minggu

Perhimpunan rakyat datang lagi...hujung minggu di Kuala Lumpur hari ini kembali meriah dengan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA dan perhimpunan Pro ISA. Kedua-dua perhimpunan ingin menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat. Terima kasih aku ucapkan kepada kedua-dua pihak kerana sudi perjuangkan hak rakyat. Aku nak minta, lepas ni buat lagi perhimpunan besar-besaran di ibu negara. Tapi bukan setakat perjuangkan hak rakyat Malaysia tetapi perhimpunan untuk rakyat Palestin yang sudah jelas ditindas dan dinafikan hak oleh Israel laknatullah. Setiap hari ada sahaja nyawa rakyat Palestin yang terbunuh gara-gara kekejaman tentera Israel. Tiada pula yang nak adakan perhimpunan besar-besaran dari pihak yang kononnya berjuang atas hak asasi manusia.