Perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 - Haram
Perhimpunan Laungkan Anwar Pengkhianat Bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, Johor 14 Ogos 2009 - Halal Kedua-dua perhimpunan yang telah diadakan dan bakal diadakan memberi persepsi yang berbeza terutamanya kepada kedua-dua belah pihak yang menyertai perhimpunan tersebut. Yang pastinya, perhimpunan mansuhkan ISA dilakukan untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa akta ISA sudah tidak relevan dan zalim. ISA menahan orang tanpa bicara. Seseorang dihalang haknya untuk dibicarakan di Mahkamah. Manakala perhimpunan anjuran Pemuda UMNO Johor untuk melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa kelihatan bersifat peribadi. Tiada bukti kukuh yang mengatakan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa. Sejak era reformasi yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim 1998, segala perjuangan adalah untuk membela semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum Melayu, Cina, India serta etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jika tiada cetusan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim...pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak ditubuhkan. Banyak lagi gerakan reformasi yang dibawa oleh DSAI sehinggakan pemerintah mula berbicara mengenai kebajikan rakyat. Akhir-akhir ini barulah nampak semua menteri berbicara pentingnya menjaga hak rakyat. Jika perhimpunan melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa jumaat ini dihalalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasti akan ada rakyat yang terguris hati dengan tindakan kerajaan. Apa tidaknya, perhimpunan yang dibuat oleh rakyat untuk memansuhkan akta yang terbukti zalim dihalang oleh PDRM tetapi perhimpunan untuk melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa dibenarkan pula oleh PDRM. Jika ingin mengelakkan perpecahan di kalangan kaum khususnya Melayu, elok rasanya pihak Polis tidak membenarkan perhimpunan jumaat ini diadakan. Alasannya senang, untuk keselamatan awam. Jika dibenarkan, perhimpunan balas dari penyokong DSAI SUDAH PASTI AKAN diadakan di merata tempat. Yang ruginya negara. Dah la sekarang zaman kemelesetan ekonomi, politik negara pula masih panas dengan pelbagai macam isu yang tiada kesudahan...sampai bila keadaan ini akan berakhir?
No comments:
Post a Comment