Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Friday, August 14, 2009

Baruku Tahu...

Sungguh..baru ku tahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) kekurangan anggota untuk mengawal sempadan negara-Hishamudin. Baru petang ni aku tahu bahawa KDN tak cukup anggota nak jaga sempadan negara daripada dicerobohi. Tak kiralah diceroboh oleh pengganas ke, penyeludup beras, gula ayam ikan, seludup dadah ke seludup manusia ke dan sebagainya. Kenyataan Hishamudin di Astro Awani petang tadi bahawa kekurangan anggota keselamatan di sempadan antaranya disebabkan 15 ribu hingga 30 ribu anggota dikerah untuk menjaga rusuhan di Kuala Lumpur dan Ipoh baru-baru ini. Menurut Hishamudin lagi, jika anggota keselamatan dikerah serentak untuk menjaga satu-satu rusuhan maka anggota di sempadan tak cukup. Jadi senangla pengganas dan penyeludup nak ceroboh sempadan negara. MMMMM....apa yang tersirat disebalik kenyataan Hishamudin ialah...sempadan negara akan terkawal dan anggota keselamatan akan cukup kalau tiada rusuhan yang dibuat oleh puak-puak yang tak bertanggungjawab khususnya pihak pembangkang.
Sampai bilala anggota keselamatan akan mencukupi untuk jaga sempadan negara. Rusuhan pasti akan diadakan bersilih ganti selagi ada golongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintah sekarang. Penyeludup dan pengganas sekarang mesti dah tahu macamana nak masuk Malaysia. Tunggu jer rusuhan,pastu pakat ramai-ramai ceroboh dan seludup apa sahaja ke Malaysia sebab Hishamudin cakap anggota keselamatan seramai 15-30 ribu pasti akan dikerah untuk mengawal rusuhan...

No comments: