Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, September 11, 2008

"Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi"-Dr. Sidney Newton Bremer, Ph.D

Salam sejahtera kepada semua blogger yang dikasihi. Terasa lama sangat saya tak postkan artikel untuk tatapan minda. Maklumla sibuk dengan urusan rumah tangga, kerjaya dan yang terbaru kemelut politik tanah air yang tak pernah reda. Macam-macam berita terkini, terhangat yang boleh dibaca,didengar oleh semua rakyat jelata. Kekadang seronok juga jadi pemerhati,penilai kepada episod politik tanah air nie. Bukan apa, melalui pemerhatian, penilaian secara ilmiah dan dengan menggunakan akal yang waras maka tahulah kita mana yang benar dan mana yang salah...mmm dah jauh terpesong pulak. Biarlah politicians dengan agenda masing-masing..yang penting rakyat biasa macam saya nie masih boleh hidup aman damai di bumi yang bertuah Malaysia.Amin
Saya ingin berkongsi artikel dengan pembaca semua tentang kata-kata penulis buku motivasi diri Dr. Sidney Newton Bremer Ph.D tentang "Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi". Selamat membaca.
Ada yang mengatakan bahawa manusia mirip ikan emas di dalam botol. Ikan emas berenang dan terus berenang tetapi hanya berputar di situ juga. Kebanyakan manusia kelihatan begitu sibuk, membanting tulang dan bekerja sepanjang hidup tanpa rancangan atau tujuan.
Pastikan sekarang, apa yang anda inginkan dari hidup. Jangan cepat puas dengan segala apa yang diberikan oleh hidup kepada anda. Hidup tidak pernah diciptakan sebagai permainan. Maha Pencipta tidak bermaksud untuk membuat karya masterpiece-Nya menjadi terbiar tanpa tujuan.
Pilihan ada pada diri anda. Anda boleh menjadi apa saja yang anda inginkan asal anda membuat keputusan bagi diri anda sendiri. Tidak ada seorang pun yang boleh melakukannya bagi anda. Buat keputusan sekarang, anda akan menjadi lelaki atau wanita yang bagaimanakah ketika berusia 60 atau 70 atau 80 tahun? Gambarkan pada fikiran anda suatu contoh orang mulia yang anda inginkan dengan segala miliknya pada saat itu. Fikirkan terus menerus tentang hal ini selama anda menuju kepada pencapaian sasaran itu.
Tidak ada seorang pun yang boleh sampai pada suatu kejayaan dengan hanya mengambil satu langkah. Kita melakukan perjalanan panjang menuju tujuan yang kita kehendaki selangkah demi selangkah, tingkat demi tingkat. Oleh itu, kita perlu menentukan sasaran jangka pertengahan yang tentunya diarahkan pada sasaran kita yang utama.
Sasaran jangka pendek seharusnya ditentukan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Semua tugas besar akan menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecah menjadi bahagian yang lebih kecil. Hal itulah yang kita lakukan ketika kita membahagi-bahagi sasaran jangka panjang kita menjadi sasaran jangka pendek. Dengan menyelesaikan sasaran kecil, kita sebenarnya melangkah pada sesuatu yang lebih besar.
Oliver Wendell Holmes berkata: "Hal terbesar dalam dunia ini tidaklah terdapat pada tempat kita berada, melainkan pada tempat yang kita tuju."
*Sumber : 366 Esei untuk Motivasi Diri-Sidney Newton Bremer, Ph.D

No comments: