Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin.
Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan.
Di dunia hari ini orang yang bergelar Presiden, Perdana Menteri, Sultan, Raja, Amir, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial mereka yang paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus. Mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan,kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi,pertanian, kewangan dan lain-lainnya.
Mereka bukan sahaja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan sahaja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran.
Inilah di antara salah faham manusia tentang kepimpinan.Sebab itu tidak hairan, dimana-mana saja berlaku perebutan untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut demi mencapai cita-cita kepimpinannya. Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuh, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun kerana perebutan untuk menjadi pemimpin.
Sedangkan masing-masing hanyalah menegak dan memperjuangkan kepalsuan. Siapapun yang berjaya, tetap tidak mengubah apa-apa erti kepimpinan itu selain mentadbir dan mengurus hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia.
Seluruh alam semesta ini adalah milik Tuhan. Manusia diberi amanah untuk menjadikan seluruh alam semesta ini sebagai alat untuk mentaati Tuhan. Semua keperluan yang Tuhan sediakan, tidak lain kecuali untuk manusia melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sekaligus merasakan betapa kerdilnya diri, lantas tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Namun, nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan tersebut. Nafsu sentiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupai Tuhan yang menciptanya.
Lantaran itulah Tuhan utus para rasul, yang tujuan utamanya ialah untuk mengembalikan tujuan asal penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semulajadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para rasul.
Selepas ketiadaan para rasul, tugas membawa manusia kepada Tuhan dilakukan oleh para ulama dan para pejuang Islam khususnya mereka yang berwatak rasul. Sebab mana mungkin seseorang itu membuat kerja-kerja rasul, kalau dia tidak mewarisi watak-watak rasul. Jadi, kejayaan mereka sangat bergantung kepada sejauh mana mereka mewarisi sifat-sifat, ciri-ciri, akhlak dan keperibadian para rasul.
Ertinya mereka yang berjaya hanyalah dari kalangan mereka yang menjadi salinan atau photocopy kepada keperibadian Rasulullah SAW. Tentulah tidak akan mencapai 100% kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW. Sifatnya sebagai salinan tentulah apa yang dimiliki lebih nipis atau lebih rendah peratusnya, tetapi apa saja yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, itu jugalah yang dimilikinya. Ini bererti bahawa dirinya adalah bayangan Rasulullah SAW.
Pada diri Rasulullah SAW ada tanda-tanda atau sifat-sifat ketuhanan (ayatullah) yang paling tebal dan sempurna.Melihat peribadi dan akhlaknya, fitrah rasa bertuhan yang ada pada manusia amat mudah terbongkar sehingga dengan itu manusia dapat merasa bertuhan.
Contohnya dengan melihat pengasihnya Rasulullah SAW, manusia akan dapat merasa betapa Pengasihnya Tuhan.Demikian juga sabarnya, pemurahnya, kasih sayangnya dan lain-lain, menjadikan manusia jatuh cinta kepada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang Maha Agung lagi Maha Sempurna itu.
Maka begitu juga Tuhan jadikan kepada pemimpin bayangan Rasulullah SAW di sepanjang zaman. Sehingga dengan itu tidak putuslah manusia ini dari adanya orang yang dapat membawa manusia kepada Tuhan. Manusia terasa indah serta dengan cepat terbongkar rasa bertuhan di hati mereka apabila bertemu dan berdamping dengan pemimpin yang punya akhlak bayangan Rasulullah SAW. Perincian akhlak tersebut adalah seperti berikut.
1. Lemah-lembut
Allah SWT turut memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari atau menjauhkan diri sekiranya bersikap keras dan kasar.Kebanyakan manusia yang memang telah sedia liar akan bertambah liar sekiranya para pemimpin menampilkan sikap yang menakutkan mereka. Mereka memanglah dari golongan yang tidak mengenal kebenaran.
Sekiranya pembawa dan penjaga kebenaran bersikap bengis, baran, ganas dan kasar, bagaimanakah mereka dapat menerima kebenaran itu? Adakalanya mereka bukan menolak kebenaran, tetapi menolak para pembawa kebenaran. Apabila pembawa kebenaran ditolak, secara automatic kebenaran tidak dapat disampaikan.Sebelum kebenaran dapat disampaikan, adalah lebih berkesan sekiranya manusia dapat menerima pembawa kebenaran itu dulu.
2. Kasih sayang dan pemurah
Kasih sayang adalah sifat utama milik Tuhan yang Tuhan sendiri mahu hamba-Nya mengenal-Nya dengan sifat tersebut.Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amal yang kita buat, Tuhan mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya yang pemurah dan pengasih.
Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan.Manusia dapat bernaung di bawah pimpinannya. Manusia rasa terbela dan terdidik. Melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari Tuhan akan menjadi jinak.
Ramai manusia yang kehidupannya rosak dan punah berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang. Hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benihbenih iman subur semula. Tanpa perlu bersyarah panjang meleret atau tanpa perlu bercakap banyak, melalui kasih sayang, hati manusia merasa bertuhan. Hati manusia akan mudah merasakan. Sedangkan pemimpin kasih sayang sudah terasa keindahan mendampinginya, betapalah Tuhan yang bersifat Pengasih yang menjadikan pemimpin kasih sayang tersebut.
3. Tidak emosi
Seorang pemimpin yang emosional dalam erti kata sangat mudah memperlihatkan perubahan sikap dan wataknya mengikut situasi, sama ada yang menggembirakan atau menyusahkan, sama ada yang seronok atau yang dibenci, sama ada yang disenangi mahupun yang dia meluat.Seringkali emosinya itu tidak dapat dibendung atau dikawal.
Kalau berlaku sesuatu yang disukai, menyeronokkan,yang disenangi dan menggembirakan, diperlihatkan atau diluah atau ditonjolkan keseronokannya secara kelebihan.Begitulah juga sebaliknya terhadap sesuatu yang dibenci, yang tidak disenangi, yang tidak sesuai dengan seleranya, yang dia rasa tidak selesa atau yang dia meluat. Ditunjukkan kebenciannya itu tanpa berselindung.
Bagi seorang pemimpin, keterlaluan dalam menonjolkan emosi akan menjatuhkan maruah dan wibawanya, lebih-lebih lagi kalau emosi itu terhadap apa atau siapa yang dibencinya. Pemimpin sejati pembawa kebenaran bayangan Rasulullah SAW itu tidak emosi terutamanya apabila dikritik.
Kritikan adalah sesuatu yang amat tidak disenangi oleh para pemimpin. Emosinya sangat tergugat, tersentuh dan tercabar apabiladikritik. Mudah saja melenting, melatah, marah-marah, mempertahankan dirinya dan sekaligus akan menyerang kembali saingannya, pengkritik atau musuhnya.
Adakalanya dia kembali menyerang dengan membuta tuli tanpa usul periksa, tanpa menimbang dan menilai kebenaran sesuatu kritikan. Malah sampai diiringi pula dengan tindak balas menghukum pengkritik. Alangkah tidak bermaruah apabila didapati bahawa pengkritik itu di pihak yang benar.Tentulah amat sukar untuk menebus kembali kesilapannya itu. Lantas kadang-kadang terpaksa bertindak lebih ganas untuk menutup segala kesilapannya. Ini akan mendatangkan akibat lebih buruk lagi dimana boleh menghakis kepercayaan lebih ramai manusia terhadapnya.
Seorang pemimpin kebenaran yang tidak emosi akan sentiasa membiarkan kritikan itu berlalu begitu saja. Sama ada dirinya di pihak yang benar atau sebaliknya, emosinya tetap terkawal. Ketenangan itu seringkali membuahkan kesan positif, terutamanya apabila terbukti bahawa dirinya di pihak yang benar. Kalaupun pengkritik tidak menyerah kalah, namun ketenangan itu akan dapat menutup mulutnya atau menjadikan pengkritik itu malu sendiri.
Andainya ada juga benarnya di pihak pengkritik, dengan cara tidak emosi itu dia mengambil langka mengkoreksi dirinya. Dengan cara itu bertambah lagi tinggi maruah dirinya yang akan menambah kepercayaan manusia kepadanya.Adakalanya terdapat juga kritik yang dilemparkan itu merupakan umpan para musuh. Apabila tidak dapat membendung emosi maka musuh cepat dapat mengenal kelemahan pemimpin tersebut.
Dalam taktik provokasi ini, biasanya Pemimpin sejati pembawa kebenaran bayangan Rasulullah SAW itu tidak emosi terutamanya apabila dikritik. Kritikan adalah sesuatu yang amat tidak disenangi oleh para pemimpin.Emosinya sangat tergugat, tersentuh dan tercabar apabila dikritik. Mudah saja melenting, melatah, marah-marah,mempertahankan dirinya dan sekaligus akan menyerang kembali saingannya, pengkritik atau musuhnya.Adakalanya dia kembali menyerang dengan membuta tuli tanpa usul periksa, tanpa menimbang dan menilai kebenaran sesuatu kritikan. Malah sampai diiringi pula dengan tindak balas menghukum pengkritik.
Alangkah tidak bermaruah apabila didapati bahawa pengkritik itu di pihak yang benar.Tentulah amat sukar untuk menebus kembali kesilapannya itu. Lantas kadang-kadang terpaksa bertindak lebih ganas untuk menutup segala kesilapannya. Ini akan mendatangkan akibat lebih buruk lagi dimana boleh menghakis kepercayaan lebih ramai manusia terhadapnya.
Seorang pemimpin kebenaran yang tidak emosi akan sentiasa membiarkan kritikan itu berlalu begitu saja. Sama ada dirinya di pihak yang benar atau sebaliknya, emosinya tetap terkawal. Ketenangan itu seringkali membuahkan kesan positif, terutamanya apabila terbukti bahawa dirinya di pihak yang benar. Kalaupun pengkritik tidak menyerah kalah, namun ketenangan itu akan dapat menutup mulutnya atau menjadikan pengkritik itu malu sendiri.
Andainya ada juga benarnya di pihak pengkritik, dengan cara tidak emosi itu dia mengambil langka mengkoreksi dirinya. Dengan cara itu bertambah lagi tinggi maruah dirinya yang akan menambah kepercayaan manusia kepadanya. Adakalanya terdapat juga kritik yang dilemparkan itu merupakan umpan para musuh. Apabila tidak dapat membendung emosi maka musuh cepat dapat mengenal kelemahan pemimpin tersebut. Dalam taktik provokasi ini, biasanya musuh sudah menyediakan berbagai perangkap lain. Ramai pemimpin gagal dalam berhadapan dengan kerenah manusia karena menghadapi mereka dengan penuh emosi.
4. Mendoakan penentang
Kebenaran (hak) itu datangnya dari Tuhan. Pemimpin khususnya para rasul wajib menyampaikan kebenaran itu kepada seluruh manusia. Bahkan sifat wajib bagi rasul itu salah satu daripadanya ialah menyampaikan (tabligh). Mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran walaupun satu huruf.
Demikianlah juga cita-cita dan keazaman yang dimiliki oleh pemimpin kebenaran di sepanjang zaman. Pemimpin pilihan Tuhan, yang mereka itu dipimpin oleh Tuhan, hati mereka dicanai sama seperti hati para rasul. Mereka merasa berdosa andainya tidak menyampaikan kebenaran.
Halangan serta risiko tidak dihiraukannya. Bahkan mereka menganggap halangan dan risiko itu sebagai sunnatullah. Bagi pemimpin kebenaran, apa yang lebih dititikberatkan ialah bagaimana kebenaran itu mesti disampaikan dan disebarluaskan.
Apabila datang penentangan terhadap yang hak itu, maka bagi pemimpin kebenaran sikap mereka tetap tidak berubah, melainkan terus mencari jalan bagaimana kebenaran itu boleh sampai dan diterima oleh para penentang.
Pemimpin kebenaran tetap berpegang kepada prinsip bahawa manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu. Oleh itu mereka mahu musuhnya menjadi tahu dan faham sehingga menerima kebenaran.
Menundukkan musuh bukan untuk dirinya tetapi untuk Tuhan. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Tuhan. Pemimpin kebenaran yang bersifat penyelamat ini hanya mahu manusia seluruhnya selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Tidak selamat di Akhirat amat dahsyat akibatnya iaitu Neraka. Neraka bukan pekara mainan kerana panasnya bukan macam api lilin.
Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan lahiriah untuk penentangnya menerima kebenaran, maka didoakannya pula. Doanya untuk penentang ialah agar dia menerima kebenaran dan semoga Tuhan ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa mereka sepanjang tempoh menjadi penentang itu. Begitulah mulianya hati dan begitulah besarnya jiwa yang Tuhan anugerahkan kepada pemimpin kebenaran. Inilah hati para rasul.
5. Kata-katanya penuh hikmah
Rasulullah SAW dianugerahkan oleh Tuhan keistimewaan atau kelebihan yang mana kata-katanya tepat, ayatnya ringkas dan padat, tetapi mempunyai maksud yang jelas dan mudah difahami. Inilah yang dimaksudkan dengan hikmah dalam berkata-kata. Begitulah juga yang Tuhan kurniakan kepada pemimpin kebenaran. Percakapan atau kata-kata yang datang dari hati ini yang merupakan ilham dari Tuhan, mengandung didikan dan pengajaran yang sangat tinggi. Bahasa dan susunan kata-katanya amat bermakna, mudah pula difahami dan bersifat mendidik manusia. Sehingga dengan itu cepat pula manusia mengenal dan menerima kebenaran. Lebih-lebih lagi apabila kata-kata itu datangnya dari hati. Maka dengan mudah pula Tuhan jatuhkan di hati manusia. Kata-kata yang datang dari hati itu turut disertai oleh rohnya yang terus bekerja memproses hati manusia.
Inilah di antara rahsia kejayaan para rasul dalam menyampaikan kebenaran, dan begitu jugalah yang Tuhan kurniakan kepada pemimpin kebenaran yang lain kerana Tuhan mahu kebenaran itu mudah diterima oleh manusia.
6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati
Dalam ajaran Islam, perkara yang terpokok ialah yangterkandung dalam Rukun Iman. Manakala dari keseluruhan Rukun Iman itu, keimanan kepada Tuhanlah yang mengatasi segala-galanya. Maka dalam memperjuangkan Tuhan ini,Rasulullah SAW sendiri mengambil masa selama tiga belas tahun di Mekah. Manakala beliau mengambil masa hanya sepuluh tahun memperjuangkan syariat yang amat banyak itu di Madinah. Ini membawa maksud bahawa Tuhan mesti diperjuangkan terlebih dahulu. Apabila manusia merasai bertuhan, syariat Tuhan amat mudah diterima.
Pemimpin kebenaran, yang mana kebenaran itu tetap sama, tetap tidak berubah sepanjang zaman, maka itulah juga yang dilakukan iaitu mereka sangat mengajak manusia kepada Tuhan . Sangat mengajak manusia kepada mendapatkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sangat mengajak manusia merasai keagungan dan kebesaran Tuhan. Mengingatkan manusia mengenai Tuhan adalah segala-galanya. Manusia perlu membawa Tuhan dalam segala urusan. Tuhanlah yang paling utama yang mesti diberi perhatian dibandingkan dengan urusan lain.
Pemimpin kebenaran juga sangat mementingkan kehidupan Akhirat. Dunia ini sementara saja dan semata-mata alat menuju Tuhan. Dunia adalah alat untuk mencapai maksud iaitu menuju Tuhan dan mendapat ganjaran Akhirat. Apa saja yang dilakukan semuanya membawa maksud yang sedemikian itu.
Bukan mudah untuk membawa hati manusia merasa takut kepada Tuhan dan sekaligus memandang besar akan kehidupan Akhirat. Dua perkara inilah yang sangat diberi penekanan oleh pemimpin kebenaran. Mereka tahu, manusia menjadi jahat kerana nafsu. Nafsu pula sifatnya tidak takut kepada apa dan siapa pun kecuali Tuhan. Apabila hati manusia tidak takut kepada Tuhan dan tidak mengutamakan Akhirat, maka nafsu bermaharajalela. Kejahatan di dunia hari ini adalah kerana manusia mengikut nafsu, lantaran hati tidak takutkepada Tuhan, kerana tiada lagi orang yang mengingatkan atau menyeru manusia kepada Tuhan.
Untuk mengembalikan kedamaian dan keselamatan di dunia maka pemimpin kebenaran sangat-sangat mengingatkan manusia terhadap Tuhan dan tempat kembali tanpa penghujung iaitu Akhirat.
7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga
Kebaikan yang keluar melalui lidah memang banyak. Kejahatan lidah juga amat banyak. Sehingga Rasulullah SAW kaitkan dengan iman seperti keterangan Hadis yang bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.
Kebanyakan jenis kejahatan dari lidah itu pula adalah dalam bentuk yang membabitkan orang atau pihak lain.
Dosa sesama manusia ini bukan terhenti setakat sukarnya diterima taubat dan sukar mendapat pengampunan Tuhan, tetapi ianya juga sangat menjejaskan hubungan sesama manusia. Lidahlah yang menjadi penyebab kepada hilangnya kasih sayang, terjadinya krisis dan perpecahan, menjadi punca pecah hati dan permusuhan. Perkataan yang dihamburkan tanpa batasan, tanpa kawalan, tanpa tapisan, boleh meretakkan hati.
Apabila hati sudah terguris, kebenaran yang hendak disogok dirasakan hambar oleh para pendengar atau penerima.Disitulah kelebihan dan kejayaan seorang pemimpin kebenaran. Tuturkatanya bersukat, bahasanya terpilih dan sangat dijaga. Jauh sekali dari umpat keji, maki hamun, sumpah seranah,kata nista, memfitnah, menghasut, mengutuk, mengadu domba, berbohong, memperleceh dan menghina orang.
8. Tenang menerima ujian
Pemimpin kebenaran pilihan Tuhan sudah pastilah dirinya seorang arifbillah. Sangat mengenal Tuhan dan sangat memahami dan merasai kerja Tuhan. Setiap benda, setiap kejadian, setiap peristiwa, seorang yang arifbillah terus mengaitkannya dengan Tuhan dan kerja Tuhan, menjadikannya amat sabar dan tenang dalam menghadapinya.
Selain dia dapat melihat dan merasakan bahawa itu adalah kehendak Tuhan yang para hamba tiada kuasa menolaknya, dia juga dapat melihat hikmah di sebalik berlakunya ujian tersebut, yang di antaranya ialah untuk menghapus dosa,meningkatkan darjat, menambah rasa kehambaan, mendekatkan diri dengan Tuhan, menajamkan dan menghidupkan akal dengan berfikir mencari jalan mengatasinya dan untuk menguatkan atau mengebalkan jiwa yang sentiasa terdedah kepada cabaran. bacaan lanjut mengenai ciri-ciri pemimpin berwatak Rasul KLIK DI SINI
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment