Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, October 16, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 Part 1

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menewaskan Nepal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 malam tadi. Dengan kemenangan tersebut maka riuh rendahlah seluruh pelusuk tanah air membincangkan kehebatan pasukan Malaysia. Jika diamati penyertaan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Pesta Bola Merdeka seperti Nepal, Bangladesh, Afghanistan, Sierra Leone, Myanmar, Vietnam dan Mozambique, maka sepatutnya Malaysia tidak perlu berhempas pulas memerah keringat untuk mempertahankan kejuaraan Pesta Bola Merdeka untuk tahun kedua berturut-turut. Malaysia mencatat kejuaraan kali ke-11 dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka 2007 setelah menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam. Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan Pesta Bola Merdeka adalah pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea dengan keputusan jaringan yang sama.

Namun, dalam bolasepak semuanya boleh berlaku. Pasukan Malaysia dijangka menjadi juara dalam kumpulan A yang diundi bersama Nepal, Siera Leone dan Afghanistan. Malaysia pastinya mendapat tentangan kuat dari pasukan Vietnam atau Myanmar dalam perlawanan seterusnya. Lapan pasukan termasuk Malaysia menyertai kejohanan itu yang dibahagi mengikut kumpulan. Sekadar rekod, 8 pasukan yang bertanding dalam Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 tahun 2008 ialah Kumpulan A -- Malaysia (ranking dunia FIFA 160), Sierra Leone (133), Nepal (175) dan Afghanistan (182), manakala Kumpulan B -- Mozambique (100), Myanmar (157), Bangladesh (179) dan Vietnam (165).

No comments: