Sekadar berkongsi cerita yang dipetik dari blog personal shueqry...memang betul la apa yang diceritakan oleh shueqry tu. Bukan sekadar Anthony Robbins yang hanya berkelulusan setakat high school je yang jadi jutawan, jutawan di Malaysia pun ramai yang tak berkelulusan tinggi. Apa yang membezakan mereka dengan orang lain cuma keinginan mereka untuk mengubah diri menjadi orang yang berjaya. Oklah, seterusnya baca coretan saudara shueqry di bawah.
Satu-satunya pakar motivasi antarabangsa yang benar-benar jadi idola saya adalah Anthony Robbins. Walaupun dia dah berjaya mencapai status jutawan pada umur 25 tahun, namun dia tak pernah sesekali mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam bidang akademik hingga ke tahap doktorat. Anthony Robbins cuma berkelulusan sekolah menengah (high school). Dalam negara kita, setaraf cuma ada SPM.Tak seperti pakar motivasi lain, Anthony Robbins tak pernah meletakkan kelulusan akademik sebagai cara untuk menarik trust dari orang lain supaya tertarik kepada motivasi yang diketengahkannya. tetapi, beliau menggunakan testimoni daripada orang-orang yang telah dimotivasikan olehnya sebelum ini. Jangan Anda pandang remeh mereka. Orang-orang itu bukan orang sembarangan. Mereka adalah CEO bergaji besar, pegawai tentara, pensyarah kanan, pengarah syarikat, ahli sukan terkenal, penulis buku terkenal bahkan pelakon terkenal. Antara nama-nama yang mengenali Anthony Robbins dengan sangat dekat adalah Martin Sheen, Kenneth Blanchard, Charles Givens, Peter Guber, Pat Riley, Pete Sampras, Michael Jordan hingga kepada Stephen R. Covey. Kekaguman saya pada Anthony Robbins sangat tinggi kerana apa yang dia ajarkan pada saya dalam buku tulisannya benar-benar banyak merubah diri saya.Dulu, saya seorang pemalas, kuat tidur, pesimis dan sangat sensitif. Saya cepat down. Lepas susah nak up balik semangat saya. Pendek kata, saya seorang lelaki yang lebih banyak huha huha dari berusaha memajukan hidupnya sendiri. Setiap kali selepas sembahyang saya berdoa pada Yang Maha Esa moga diri saya ini dijauhkan daripada sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Kemudian, saya minta pada Yang Maha Esa semoga dia memberkati usaha saya nak menjadikan hidup saya lebih bermakna dengan membantu orang lain mengubah kehidupan mereka. Honestly, saya tak suka berbangga dengan kelulusan saya sedia ada, jurusan Banking & Finance. Walaupun saya amat minat sekali dalam bidang kewangan, namun keseronokan membantu mencetus perubahan dalam diri orang lain amat menarik perhatian saya, lebih-lebih lagi kerana ia membuat saya gembira setiap kali apa yang saya kongsikan berjaya merubah diri mereka, inside out. Bila buku motivasi saya dah terbit, saya tak akan letak kelulusan akademik di bawah nama saya. Tetapi, saya hanya akan guna nama saya sahaja, sama seperti apa yang Anthony Robbins lakukan di buku-buku tulisannya. "Its not what we are, or our academik qualification. But, its about what we can do for other people with our knowledge, effort and simple act of kindness." - Anthony Robbins.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment