Akhirnya kuasa dan hak rakyat yang memberi undi kepada pentadbiran negeri Perak hampir setahun yang lepas kecundang dengan kekuasaan pemerintah pusat yang menggunakan sepenuhnya kekuatan dalam aspek keselamatan, media massa dan wang ringgit. ..dan sudah pastinya negeri Perak selepas ini hilang daripada arus tayangan perdana tv mengenai berita-berita kelemahan pentadbiran negeri pimpinan pakatan rakyat. Jika ada pun, cuma berita pertumbuhan ekonomi yang mampan, kadar kemiskinan hampir sifar dan lain-lain projek pembangunan yang telah diperuntukkan. Hampir pasti juga isu pemimpin bermoral rendah, tidak berkualiti akan bertukar menjadi topik pemimpin mesra rakyat, pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang...tetapi mampukah kuasa pemerintah menghalang gelombang kebangkitan rakyat?
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment