Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, April 20, 2009

Akhirnya the Red Devils Tersungkur di kaki Si Kerdil Everton

Maka tersungkurlah pasukan Manchester United di tangan pasukan Everton semasa perlawanan separuh akhir piala F.A Inggeris malam tadi. Kekalahan 4-2 melalui sepakan penalti cukup memberi pengajaran dan sudah tentu menjadi pengalaman pahit yang tidak boleh dilupakan kepada pengurus MU, Sir Alex Ferguson. Pastinya pengurus tersebut tidak lena tidur memikirkan akan kekalahan yang menimpa pasukan mereka. Bagaimana sebuah pasukan kelab elit dunia boleh tewas di tangan pasukan tak ternama?. Walau apapun alasan yang diberi seperti (keadaan padang teruk, mutu pengadilan yang lemah) yang kalah tetap kalah. Itulah bolasepak...hanya yang bijak mengeksploitasi keadaan akan menang.
Nota kaki :-
  1. Kalau dalam kehidupan, yang di atas (jadi senang lenang, kaya raya) tidak semestinya terus kekal di atas. Ada ketika diuji dengan musibah.
  2. Jika diberi kuasa, kekayaan dan sebagainya jangan diperlekeh orang yang dibawah. Ada masanya orang yang dibawahlah tempat bergantung harap.

No comments: