Aspek kepantasan sebenarnya salah satu elemen yang sangat diperlukan dalam dunia bolasepak moden. Jika mahu melihat corak permainan pantas, Bundesliga dan La Liga perlu dijadikan menu tontonan. Tetapi jika mahu melihat kombinasi permainan pantas dan bertempo yang menarik, maka Liga Perdana Inggeris (EPL) la tempatnya. Pada aku, EPL mempunyai ramuan yang menarik untuk dijadikan contoh kepada jurulatih serta pemain bolasepak tempatan. Jika melihat corak permainan kelab yang mendominasi tiga tempat teratas liga EPL seperti MU, Liverpool dan Chelsea..boleh dikatakan kesemua kelab tersebut telah masak dalam aspek kepantasan individu, kemahiran mengawal bola dan kebolehan mengawal tempo permainan. Aspek kepantasan perlu ada terhadap semua pemain tak kira striker, midfielder ataupun defender. Dalam bolasepak, penyudah yakni menjaringkan gol bukan bergantung sepenuhnya kepada striker. Dalam keadaan terdesak, fungsi ketiga-tiga posisi striker, midfielder dan defender boleh berubah.
Berbalik kepada permainan bolasepak tempatan, aku sebenarnya cuba menerapkan sedikit demi sedikit keberkesanan aspek kepantasan, kemahiran mengawal bola dan tempo permainan. Petang tadi, aku sempat turun padang dalam pemilihan pemain bahagian Serian untuk satu pertandingan merebut piala YB Datuk Michael Manyin edisi ke VII yang akan diadakan pada bulan pertengahan Jun nanti. Memang aku akui, kepantasan dan kawalan bola yang mantap mampu menghasilkan jaringan. Cuma sedikit terkilan, kebanyakan pasukan liga tempatan lebih gemar mengamalkan corak santai seperti menghantar bola sesama pemain sendiri dalam kawasan sendiri. Pada aku hantaran dekat dalam kawasan sendiri merencatkan permainan malah memberi peluang kepada lawan melakukan asakan. Mungkin pemain terlalu berhati-hati. Berbeza pula dengan pemain EPL yang melakukan larian bola yang pantas menembusi pihak lawan sehingga mengucar kacirkan pertahanan lawan yang akhirnya boleh menghasilkan gol kemenangan.
No comments:
Post a Comment