Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, April 7, 2009

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai

Sehingga artikel ini ditulis, hanya tinggal sejam lagi pusat-pusat mengundi akan ditutup. Proses pengundian berjalan lancar walaupun ada sedikit kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti yang bertanding. Keputusan ketiga-tiga kawasan dijangka akan diumumkan sebelum pukul 10 malam ini. Jangkaan awal pemerhati politik, PAS dan PKR akan memenangi kerusi di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Manakala BN mengekalkan kerusi di DUN Batang Ai Sarawak. Kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau disebabkan undi simpati terhadap calon serta faktor perpecahan dalaman UMNO yang mana penyokong Tun Paklah tidak turun mengundi kerana terguris hati dengan kritikan terbuka Tun Mahathir semasa Tun Paklah menjadi perdana menteri yang ke 5. Jangkaan kemenangan besar BN di DUN Batang Ai disebabkan rakyat Sarawak terutamanya di Lubuk Antu masih dahagakan pembangunan yang dijanjikan oleh calon BN. Isu pembangunan dan Sarawak tidak boleh dipisahkan. Maka sangat bertepatan lah kempen calon BN yang berjanji bahawa pembangunan akan dibuat di DUN Batang Ai sekiranya BN memerintah.

No comments: