Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, May 30, 2009

Hati Mati Punca Penyakit Sosial

Hati yang terbiar sakit dan mati adalah punca penyakit sosial. Maka ubat penyakit sosial perlu bermula daripada hati. Perlu diingat, ubatnya bukan jenis TRIAL AND ERROR. Kerana kalau salah pilih ubat, hati itu semakin merosak. Daripada mencuri kecil-kecilan boleh menjadi pencuri besar-besaran, begitu contohnya. Maka ubat mendidik hati perlukan panduan Allah swt kerana Allah swt Maha Mengetahui.
Penyakit sosial yang melanda masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu (dah tentu Islam) berpunca daripada masalah hati. Hati yang kekurangan didikan (tahu) mengenai agama. Dan kekurangan ini tidak mencetuskan rasa kesedaran (mahu) beragama. Lalu penghayatan (mampu) atau praktikal dalam beragama tidak akan terjadi. Kehilangan nilai tahu, mahu dan mampu dalam kandungan agama akan digantikan dengan nilai-nilai diri yang rosak yang mengundang pelbagai macam gejala penyakit sosial.
Gejala ini merosakkan nilai dan sifat mulia individu beragama yang rata-ratanya muka orang Islam sendiri. Kelemahan nilai dan rasa beragama daripada dalam diri (batiniah) akan menjejaskan keadaan luar diri (lahiriah). Maka akan lahirlah individu Muslim yang berpenyakit sosial dengan agama sebagai tempelan sahaja dan bukan lagi sebagai praktikal. Zaman sekarang ni pun banyak yang mengaku Islam tapi mengamalkan cara hidup orang kafir. Sebagai contoh, hujung minggu lepak night club, minum arak dengan member-member lelaki perempuan. Pada mereka nak bebaskan stress disebabkan kerja.
Penyakit sosial yang tidak diubati dengan serius membawa kepada kehancuran tamadun manusia terutamanya tamadun Islam. Mulai daripada individu Muslim berpenyakit sosial melarat membentuk keluarga. Keluarga berpenyakit sosial akan melarat membentuk masyarakat. Masyarakat berpenyakit sosial pula melarat membentuk bangsa. Bangsa berpenyakit sosial akan membentuk negara. Maka seterusnya negara Islam yang dihuni rakyat berpenyakit sosial akan musnah dengan tangan dan sikap bangsa mereka sendiri. Oleh itu, sejarah bangsa Arab di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam perlulah dihayati seterusnya dijadikan pedoman dan teladan.

No comments: