Aku tertarik dengan seorang penulis di ruangan rencana Utusan Malaysia ( Ramli Abdul Halim ) pada 1 Mei 2009 yang memberi pendapat supaya lawatan dan majlis-majlis rasmi yang melibatkan pemimpin dimansuhkan. Sepatutnya dah lama perkara tersebut dilaksanakan. Majlis dan lawatan rasmi pemimpin akan melahirkan ramai pembodek, pengampu. Apa tidaknya, jika jabatan sudah tahu akan kehadiran pemimpin tertentu, maka diarahkan seluruh pekerja-pekerja menurap jalan, mengecat bangunan, membaiki lampu-lampu yang rosak dan sebagainya. Kalau tiada lawatan dan majlis rasmi jangan haraplah keadaan yang kurang memuaskan diperbaiki. Jika pemimpin membuat lawatan mengejut secara kerap, baru tahu keadaan sebenar yang berlaku di setiap jabatan atau kawasan mereka. Bukan hanya nak publisiti murahan seperti ingin diangkat oleh rakyat sebagai pemimpin mesra rakyat. Bukan nak mengata, sebelum ni pun Paklah ada buat lawatan mengejut dengan menaiki komuter. Paklah mengeluh dengan mutu perkhidmatan komuter dan mengarahkan sesuatu harus dilakukan untuk keselesaan rakyat. Seluruh media massa melaporkan peristiwa itu. Selang lepas itu, keadaan yang bersesak dalam komuter tetap berlaku. Maknanya tiada apa yang dibuat.
Baru-baru ini, peristiwa yang seakan sama berlaku bila PM baru Datuk Seri Najib melawat sekitar Kuala Lumpur. Maka mengeluhla PM baru kita dengan keadaan yang dialami oleh rakyat marhean. Keluhan PM dirasai juga oleh menteri wilayah baru YB Nong Chik. Maka pelbagai janji diberi untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Sekali lagi rakyat diberi janji manis. Tunggu dan lihat sahaja apa selepas ini. Kekadang aku terfikir sendiri, takkanla selama menjadi menteri tak pernah turun padang melihat sendiri keadaan rakyat. Ataupun mereka melihat tapi buat-buat buta mata. Janji mereka hidup senang-lenang. Lagipun pemimpin jarang sangat terperangkap dalam trafik jam. Manakan tidak, setiap perjalanan mereka diiringi bodyguard dan polis trafik semata-mata untuk menjamin keselesaan pak-pak menteri. Saranan penulis supaya para pemimpin mencontohi kepimpinan khalifah Umar Ibnu Al-Khatab r.a sangat tepat. Semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau sanggup menyamar menjadi rakyat biasa semata-mata ingin melihat sendiri keadaan yang berlaku kepada rakyat beliau. Masalah sekarang, adakah para pemimpin sanggup dan bersedia untuk mencontohi khalifah tersebut. Jika masalah hukum hakam yang sekecil-kecil seperti etika pakaian muslimin dan muslimat pun diabaikan oleh para pemimpin dan keluarga mereka maka untuk melakukan perkara yang melibatkan masalah yang lain nampaknya jauh api dari panggangla. Satu kisah lucu yang telah berlaku dan disiarkan seluruh negara, jika di Malaysia isteri Datuk Najib tak memakai tudung tapi semasa lawatan ke Brunei Datin Rosmah pandai pula memakai tudung dengan fesyen rambut jambul ala YB Shahrizat. Itu gambaran betapa perkara yang melibatkan hukum diambil ringan para pembesar negara. Mungkin mereka ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment