Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Wednesday, August 19, 2009

Utusan Malaysia dan Tun Dr Mahathir Wajib Mohon Maaf kepada Umat Islam..

Tun Mahathir sindir Nik Aziz 19/08/2009 12:47pm
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan kebanggaan dan kekagumannya terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya manusia yang boleh menentukan syurga atau neraka kepada manusia.
‘’Saya bangga dengan kebolehan Nik Aziz kerana boleh tentukan syurga atau neraka untuk sesiapa sahaja.
‘’Mungkin dia dah turun ke bawah, untuk melihat sendiri syurga dan neraka hingga boleh ceritakan siapa yang akan masuk.
‘’Setahu saya hanya mereka yang dah mati boleh tengok syurga atau neraka, itu pun tidak boleh balik ke dunia untuk ceritakan semula,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen International Medical University Malaysia (IMU) di sini hari ini. - Utusan
Aku cukup-cukup terguris hati dengan Utusan Malaysia dan Tun Dr Mahathir Mohamad secara terang-terangan mempersendakan Islam. Lupakan Tun Mahathir dengan kisah Rasulullah S.A.W yang dibawa oleh malaikat Jibril untuk melihat syurga dan neraka. Ingat, jangan cakap ikut sedap mulut sahaja. Kalau rakyat cakap pemimpin HINA ISLAM tak mengaku. Sekarang dah terang lagi bersuluh!!!. Mana ulama/mufti Dr Harussani. Sila jawab bagi pihak kerajaan apa hukumnya mempersendakan Islam. Aku sebagai orang Islam akan tentang habis-habisan orang yang terang-terangan menghina agama Islam.

No comments: