Sekadar berkongsi cerita yang dipetik dari blog personal shueqry...memang betul la apa yang diceritakan oleh shueqry tu. Bukan sekadar Anthony Robbins yang hanya berkelulusan setakat high school je yang jadi jutawan, jutawan di Malaysia pun ramai yang tak berkelulusan tinggi. Apa yang membezakan mereka dengan orang lain cuma keinginan mereka untuk mengubah diri menjadi orang yang berjaya. Oklah, seterusnya baca coretan saudara shueqry di bawah.
Satu-satunya pakar motivasi antarabangsa yang benar-benar jadi idola saya adalah Anthony Robbins. Walaupun dia dah berjaya mencapai status jutawan pada umur 25 tahun, namun dia tak pernah sesekali mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam bidang akademik hingga ke tahap doktorat. Anthony Robbins cuma berkelulusan sekolah menengah (high school). Dalam negara kita, setaraf cuma ada SPM.Tak seperti pakar motivasi lain, Anthony Robbins tak pernah meletakkan kelulusan akademik sebagai cara untuk menarik trust dari orang lain supaya tertarik kepada motivasi yang diketengahkannya. tetapi, beliau menggunakan testimoni daripada orang-orang yang telah dimotivasikan olehnya sebelum ini. Jangan Anda pandang remeh mereka. Orang-orang itu bukan orang sembarangan. Mereka adalah CEO bergaji besar, pegawai tentara, pensyarah kanan, pengarah syarikat, ahli sukan terkenal, penulis buku terkenal bahkan pelakon terkenal. Antara nama-nama yang mengenali Anthony Robbins dengan sangat dekat adalah Martin Sheen, Kenneth Blanchard, Charles Givens, Peter Guber, Pat Riley, Pete Sampras, Michael Jordan hingga kepada Stephen R. Covey. Kekaguman saya pada Anthony Robbins sangat tinggi kerana apa yang dia ajarkan pada saya dalam buku tulisannya benar-benar banyak merubah diri saya.Dulu, saya seorang pemalas, kuat tidur, pesimis dan sangat sensitif. Saya cepat down. Lepas susah nak up balik semangat saya. Pendek kata, saya seorang lelaki yang lebih banyak huha huha dari berusaha memajukan hidupnya sendiri. Setiap kali selepas sembahyang saya berdoa pada Yang Maha Esa moga diri saya ini dijauhkan daripada sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Kemudian, saya minta pada Yang Maha Esa semoga dia memberkati usaha saya nak menjadikan hidup saya lebih bermakna dengan membantu orang lain mengubah kehidupan mereka. Honestly, saya tak suka berbangga dengan kelulusan saya sedia ada, jurusan Banking & Finance. Walaupun saya amat minat sekali dalam bidang kewangan, namun keseronokan membantu mencetus perubahan dalam diri orang lain amat menarik perhatian saya, lebih-lebih lagi kerana ia membuat saya gembira setiap kali apa yang saya kongsikan berjaya merubah diri mereka, inside out. Bila buku motivasi saya dah terbit, saya tak akan letak kelulusan akademik di bawah nama saya. Tetapi, saya hanya akan guna nama saya sahaja, sama seperti apa yang Anthony Robbins lakukan di buku-buku tulisannya. "Its not what we are, or our academik qualification. But, its about what we can do for other people with our knowledge, effort and simple act of kindness." - Anthony Robbins.
Tuesday, January 20, 2009
Thursday, January 15, 2009
Syukuri nikmat sedia ada...
Prestasi cemerlang pelajar-pelajar dari Terengganu dalam peperiksaan saban tahun mencerminkan bahawa negeri itu memberikan tumpuan terhadap pembangunan sumber insan dan modal insan.
SAYA terpanggil meluahkan perasaan hati, apabila membaca kenyataan-kenyataan pemimpin parti pembangkang. Saya bukannya penulis yang pandai mengolah ayat-ayat yang baik kerana saya bukan orang yang bersekolah tinggi. Cuma setakat SPM Gred 3 sahaja. Dan saya bukanlah sepandai penyokong-penyokong PR, Pas atau DAP dan saya bukanlah penyokong fanatik BN. Tapi saya selalu bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini. Meskipun saya bukan orang senang, suami saya cuma seorang buruh ladang. Sebagai orang susah saya bersyukur kerana mendapat bantuan kerajaan semasa mengandungkan anak-anak saya, di mana saya mendapat bantuan kerajaan membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang sembilan bulan tanpa bayaran satu sen pun. Jururawat yang bertugas itu pun bukan saya yang membayar gajinya, saya cuma membawa perut saya sahaja. Kemudian anak-anak saya bersekolah, anak-anak saya mendapat bantuan buku teks, makanan tambahan dan bermacam-macam lagi. Sebabnya saya bersyukur kerana saya orang susah. Dan bagaimana pula dengan orang senang yang tidak perlu mendapat bantuan kerajaan? Bersyukur atau tidak mereka? Cerita suami saya pula. Saya tidak perlu takut apa-apa berlaku kepada suami saya semasa ketiadaannya pergi bekerja. Saya tunggu suami saya balik kerja tanpa rasa takut, apakah suami saya dibom atau ada peluru tak bermata menembusi tubuh kurus keringnya. Dan sekali lagi cerita tentang anak-anak kita, di mana anak-anak kita boleh bermain dengan bebas, ke sekolah tanpa rasa takut, orang-orang tua ke masjid membuat ibadat tanpa rasa gerun ditembak di tengah jalan. Dan anak-anak kita tidak ada yang terputus kaki tangan kerana dibedil. Itu intipati cerita, yang mana kesyukuran perlu ada dalam hati kita setiap kali kita selesai solat semoga selamatkanlah tanah air kami, selamatkanlah umat Islam di muka bumiMu ini Ya Allah. Bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India atau bangsa apa saja yang menghuni tanah Malaysia ini. Saya tidak akan sesekali ambil risiko menukar pemerintah yang ada demi memenuhi keinginan mereka untuk menjadi pemimpin nombor satu. Saya takut bermain dengan api, menjaga negara bukan seperti bermain pondok-pondok. Hari ini cerita begini, hari esok cerita lain. Keikhlasan wajah pemimpin hari ini sudah cukup saya beri kepercayaan kepada mereka untuk mereka menjaga keharmonian negara, kestabilan ekonomi. Setiap hari apa saja yang mereka fikirkan adalah untuk kebajikan rakyat baik dari segi keagamaan, keselamatan, kesihatan dan membasmi kemiskinan. Itu sudah cukup. Sekira mereka membohongi kita sebagai rakyat yang mempercayai mereka dosa dan neraka itu adalah pilihan mereka sendiri. Dan saya merayu kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu kesilapan anda hari ini dalam memilih calon akibatnya anda sendiri yang akan tanggung. Kerana berada dalam kepimpinan yang kita sudah tahu buruk dan baiknya adalah lebih baik dari memilih yang kita belum tentu tahu buruk dan baiknya. Renong mata anak-anak kita, ibu, ayah dan pandang sekeliling betapa cantiknya negeri kita, betapa cantiknya negara kita, jangan rosakkan kecantikan yang sedia ada pada tangan yang hanya tahu berkata-kata tapi belum tentu pandai menjaganya. Fikir-fikirkanlah... wahai pengundi Parlimen Kuala Terengganu. KAK SAL Kerteh dipetik dari ruangan forum utusan melayu online 15 Januari 2009. Kalau nak komen, pos je komen di ruangan yang disediakan.
Kalau pentadbiran negeri sehaluan dengan kerajaan pusat, cerah masa depan!!!
Betul kata pak lah dalam ucapan beliau semasa merasmikan sebuah pusat kemahiran di Kuala Terengganu pada 15hb Januari 2009. Nampak gayanya, puak-puak pakatan yang memegang pentadbiran di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kena ambil kisah dengan ucapan paklah. Lepas nie, tak payahla dok bangkang apa yang pihak paklah buat. Ikut jer. Pasukan paklah memang bagus dalam mentadbir. Puak pakatan serah je semua kat pasukan paklah. Dah masuk 52 tahun pasukan paklah mentadbir Malaysia. Apa yang takde kat Malaysia. Menara KLCC, plus highway, KLIA dan banyak lagi la yang diorang buat untuk rakyat. Seluruh dunia dah kenal Malaysia. Tengok je negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak, berlimpah ruah nikmat pembangunan yang dibuat kerajaan paklah. Ucapan paklah jika dihayati dan diteliti seakan mengajak semua pihak supaya menyokong satu parti. Tiada guna pilihanraya umum lagi. Pihak pakatan tak perlu bersusah payah hantar calon untuk bertanding. Bagi jer pihak pusat menang tanpa bertanding di semua negeri. Pembangkang lebih elok mengajak rakyat untuk urusan membangunkan ekonomi negeri amnya seterusnya meningkatkan taraf ekonomi diri khasnya. Kalau nak bangkang jugak, janganla dok mengharap bantuan kerajaan pusat lagi. Tengok jer macam Air Asia, dalam setahun jagung dah mengatasi MAS. Dengar cerita Air Asia nak bina lapangan terbang sendiri dekat Labu,negeri Sembilan pula. Semua kos ditanggung bersama dengan Sime Darby tanpa mengharap bantuan kerajaan sesen pun. Jadi, pihak pakatan pun tiru la Air Asia kalau masih nak jadi pembangkang. Cari modal sendiri dengan guna kepakaran penyokong-penyokong dalam bidang ekonomi, kewangan dan lain-lain. Bila dah mampu cari sumber kekayaan sendiri untuk membangunkan negeri masing-masing barulah boleh tengok Malaysia di bawah kerajaan pakatan suatu masa nanti. Sebabya mudah, rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin seperti Air Asia dengan tagline nya Now Everyone Can Fly, memang membuktikan bahawa semua rakyat tak kira nelayan ke, penanam padi ke boleh menaiki kapal terbang.
Thursday, January 1, 2009
Proton MPV
Tahniah kepada pihak PROTON kerana berjaya menghasilkan kereta terbaru yang berkonsepkan mpv. Diharapkan keluaran model mpv mendapat sambutan hangat daripada semua pihak seterusnya membawa PROTON setaraf dengan syarikat pengeluar kereta dunia yang lain. Model mpv tersebut dijangkakan berada di pasaran pada bulan Mac 2009 dengan tawaran harga sekitar RM80 ribu.
Wednesday, December 31, 2008
Selamat datang 2009...Selamat Tinggal 2008
Selamat datang tahun 2009...moga tahun baru menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penghuni alam. Mungkin sambutan tahun baru 2009 di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York cukup meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasanya, sambutan tahun baru disulami dengan percikan bunga api,nyanyian dan juga tarian.
Mmm...malas nak guna bahasa berbunga-bunga..sepatutnya sambutan tahun baru kali ini bukan diiringi dengan konsert nyanyian, tarian dan percikan bunga api yang pastinya menelan berpuluh ribu ringgit. Kalau aku tak silap, konsert sambutan tahun baru di dataran Merdeka ditaja oleh salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Malah pemiliknya orang Islam era Islam hadhari. Sungguh malang...Bukankah nun jauh di semenanjung Gaza umat Isla
m di hujani dengan meriam, peluru berpandu dan ledakan bom tajaan zionis.
Elok sangatlah sambutan tahun baru di Malaysia diganti dengan solat hajat perdana untuk memohon keampunan dan keselamatan saudara seagama kita yakni umat Palestin yang dizalimi rejim zionis laknatullah.
Rakyat Palestin sudah masuk hari keenam dibom dan rakyat biasa yang terkorban mencecah ratusan dan mungkin angka tersebut akan bertambah ke ribuan nyawa sekiranya tiada tindakan drastik daripada pihak OIC, PBB dan negara yang cintakan keamanan. Rejim zionis seakan sengaja membuat onar di tebing barat tatkala umat Islam menyambut tahun baru Islam Hijrah 1430. Mungkin pihak Israel sudah menganggap tiada siapa pun di pihak negara Islam yang berani bersuara dan membantu Pales
tin menentang mereka. Isu di tebing barat sememangnya sudah berpuluh tahun tidak dapat di selesaikan. Kita sebagai rakyat Malaysia sekadar memerhati dan membaca sahaja seorang demi seorang rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dan ditembak oleh tentera zionis. Jika dilihat sambutan tahu
n baru kali ini, rasa belas kasihan rakyat kita terhadap Palestin seakan dilupakan.
Mungkin semangat persaudaraan dan perpaduan dikalangan umat Islam sudah hilang. Jika wujud semangat tersebut mana mungkin rakyat kita boleh berseronok, bersuka ria dengan keadaan Palestin terus dibom dan dibedil pihak zionis. Memang betul kita tiada kuasa untuk melawan zionis tetapi senjata umat Islam bukankah melalui doa...Cukup terharu andainya pihak pemerintah mengumumkan bahawa solat hajat perdana dilangsungkan pada malam tahun baru kali ini. Bukan setakat memohon keselamatan umat Palestin malahan memohon doa juga untuk kesejahteraan negara Malaysia di tahun 2009 yang pastinya mencabar.
m di hujani dengan meriam, peluru berpandu dan ledakan bom tajaan zionis.
Elok sangatlah sambutan tahun baru di Malaysia diganti dengan solat hajat perdana untuk memohon keampunan dan keselamatan saudara seagama kita yakni umat Palestin yang dizalimi rejim zionis laknatullah.
Rakyat Palestin sudah masuk hari keenam dibom dan rakyat biasa yang terkorban mencecah ratusan dan mungkin angka tersebut akan bertambah ke ribuan nyawa sekiranya tiada tindakan drastik daripada pihak OIC, PBB dan negara yang cintakan keamanan. Rejim zionis seakan sengaja membuat onar di tebing barat tatkala umat Islam menyambut tahun baru Islam Hijrah 1430. Mungkin pihak Israel sudah menganggap tiada siapa pun di pihak negara Islam yang berani bersuara dan membantu Pales
tin menentang mereka. Isu di tebing barat sememangnya sudah berpuluh tahun tidak dapat di selesaikan. Kita sebagai rakyat Malaysia sekadar memerhati dan membaca sahaja seorang demi seorang rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dan ditembak oleh tentera zionis. Jika dilihat sambutan tahu
n baru kali ini, rasa belas kasihan rakyat kita terhadap Palestin seakan dilupakan.
Mungkin semangat persaudaraan dan perpaduan dikalangan umat Islam sudah hilang. Jika wujud semangat tersebut mana mungkin rakyat kita boleh berseronok, bersuka ria dengan keadaan Palestin terus dibom dan dibedil pihak zionis. Memang betul kita tiada kuasa untuk melawan zionis tetapi senjata umat Islam bukankah melalui doa...Cukup terharu andainya pihak pemerintah mengumumkan bahawa solat hajat perdana dilangsungkan pada malam tahun baru kali ini. Bukan setakat memohon keselamatan umat Palestin malahan memohon doa juga untuk kesejahteraan negara Malaysia di tahun 2009 yang pastinya mencabar.
Tuesday, December 30, 2008
PMR 2008...Kualiti Meningkat!
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama: 11:37AM)) -- Seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 peratus pada tahun lepas dan 4.83 peratus pada 2006. "PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 peratus," kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini, Selasa. Beliau berkata pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar manakala GPMP mata pelajaran Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar. "Perbezaan yang kian mengecil itu menunjukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menerusi teras strategik yang kedua iaitu merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar berjaya mencapai matlamatnya," katanya. Mengenai jumlah calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran yang diambil dengan mendapat sekurang-kurangnya semua D, Alimuddin berkata ia menunjukkan penurunan daripada 63.53 peratus tahun lepas kepada 62.93 peratus tahun ini. Jumlah pelajar yang memperoleh semua E pula ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 (0.13 peratus) pada 2007 dan 524 (0.13 peratus) pada 2006. "Majoriti calon pada tahun ini juga mendapat gred yang lebih baik daripada Gred C untuk 12 mata pelajaran dan ini adalah sesuatu yang membanggakan," katanya. Alimuddin berkata bilangan pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut menunjukkan peningkatan. Pelajar yang menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris meningkat daripada 51.2 peratus berbanding 21.5 peratus tahun sebelumnya manakala pelajar yang menjawab soalan Matematik pula ialah 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus tahun sebelumnya. Selamat berjaya kepada semua calon PMR 2008. Bagi yang kurang baik, baiki dan tambahkan usaha untuk SPM 2010! Selamat Maju Jaya Untuk Semua! Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermakna gagal dalam hidup keseluruhannya.
Friday, December 26, 2008
Episod 'Bangau oh Bangau' di Bukit Antarabangsa
Maka tersebutlah kisah sebuah bukit yang indah dan megah seantero tanah Melayu dilanda bencana tanah runtuh yang mengorbankan 5 nyawa. Sungguh menyedihkan, tatkala umat Islam sedang membuat ibadah dan persiapan menyambut hari raya Aidil Adha, bencana alam seperti tanah runtuh menimpa. Amarah alam terhadap penghuni bumi tidak boleh dihalang lagi. Tanah runtuh sebenarnya sering berlaku di Malaysia cuma manusia yang diberi amanah sahaja yang tidak peka untuk mengambil langkah membendung kejadian sama berulang. Apa yang sering berlaku cuma pandai mendendangkan lagu 'Bangau Oh Bangau'. Akhirnya, yang berputih mata dan menjadi mangsa ialah penghuni di kawasan bencana.
Subscribe to:
Posts (Atom)

