Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Sunday, May 31, 2009

Yahudi sebagai Agen Penyakit Sosial

Umat Islam sedia maklum bahawa peranan Yahudi sebagai agen penyakit sosial demi mencapai kemahuan jahat mereka untuk menghancurkan Islam. Sebagai orang Islam, faktor Yahudi tidak dapat ditolak sebagai penggalak penyakit sosial. 99% keturunan Yahudi membenci Islam sejak zaman berzaman. Mereka tahu kebenaran Islam tetapi sifat memenangkan bangsa yang terlalu kuat, maka pelbagai usaha dan cara jahat dilakukan demi kepentingan mereka.
Islam Liberal adalah benih Yahudi yang disemarakkan ke dalam dunia Islam. Islam jenis ini adalah penggalak penyakit sosial yang sukar diubati kerana ia melibatkan fahaman, doktrin atau idealogi. Kotoran pemikiran ini menghalalkan yang haram atas nama kemajuan. Bahkan situasi sekarang rata-rata manusia yang prihatin dari sekecil-kecil rakyat sampai kepada sebesar-besar elit pemerintah terlepas pandang akan bahaya idealogi Islam Liberal. Apabila ada penyakit sosial, biasanya pelaku yang dipersalahkan. Tetapi apa yang difikir atau idealogi moden lagi sesat yang dianutinya tidak dipersalahkan. Walhal itulah idealogi ciptaan Yahudi bagi melemahkan umat Islam yang perlu dibanteras habis-habisan. Jika idealogi ini dibiarkan, maka kita perlu bersedia dengan pelaku-pelaku penyakit sosial lain yang silih berganti. Kita sibuk menebang batangnya tetapi kita tidak hendak mengorek akarnya.
Islam Liberal adalah gerakan terpimpin membebaskan diri dari agama melalui pentafsiran semula. Golongan yang terjajah dengan idea-idea Yahudi ini mahu membebaskan pegangan agama yang menjadi anutan berkurun lamanya. Mereka mahu mentransformasikan bentuk pegangan dengan cara moden supaya umat Islam tidak ketinggalan dari peradaban barat. Golongan ini meletakkan akal sebagai guardian kepada agama dan bukan lagi wahyu Allah swt.
Mereka ini melihat pegangan asal agama adalah kuno dan jumud yang tidak relevan dengan perkembangan semasa. Maka lahirlah pelbagai penyakit sosial milik orang Islam tanpa rasa bersalah dan berdosa setelah pentafsiran semula oleh mereka terhadap agama dengan membenarkan jenis-jenis penyakit sosial ini. Kononnya maju, moden dan relevan dengan perkembangan semasa. Maka budaya hedonisme atau budaya kuning menjadi rutin harian tanpa rasa bersalah lagi berdosa.
Lapan benih Yahudi yang sedang dan telah berlaku dalam masyarakat kita sekarang ialah :-
  1. Lagu dan muzik yang melalaikan
  2. Seks bebas atau zina menjadi perkara biasa
  3. Perokok dipandang hebat atau 'macho'
  4. Sukan menjadi pertandingan maruah dan harga diri
  5. Hiburan menjadi trend pemerintah dan rakyat
  6. Wanita liar di tengah masyarakat contohnya wanita seksi dijadikan model iklan yang langsung tidak berkaitan dengan wanita seperti iklan kereta, iklan rokok dan iklan kasut.
  7. Fesyen menjadi kegilaan remaja dan tua.
  8. Makanan barat menjadi santapan harian.

Hebatnya Yahudi, hanya dengan menghantar 'liberal' terus umat Islam menjadi jahanam. Malah menjadi penganut dan pengamal liberal yang profesional. Semua ajaran dan larangan Tuhan dan Nabi Muhammad S.A.W hanya di tong sampahkan. Islam mula dipandang dengan logik akal bukan lagi dengan wahyu Allah swt dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Begitulah dahsyatnya benih-benih Yahudi yang ditanam ke dalam hati umat Islam.

Saturday, May 30, 2009

Kelebihan dalam Kekurangan

Setiap kekurangan atau kelemahan yang ada dalam diri kita sebenarnya mempunyai kelebihan yang tiada nilainya. Cuma kita harus mencari dan mengenali diri kita sebaik mungkin. Setiap kelemahan yang ada jangan dijadikan alasan untuk kita patah semangat untuk bangkit berusaha dalam mencapai kesejahteraan hidup. Aku tertarik dengan kisah hidup seorang insan istimewa ( Nick Vujicic ) yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan. Beliau mempunyai semangat untuk hidup tanpa rasa malu dengan kekurangan yang beliau alami. Malah beliau sekarang seorang yang berjaya dalam bidang motivasi dan telah memberi ceramah ke seluruh dunia tentang 'disability and hope'. Kata-kata semangat yang sering beliau gunakan ialah ''IF I FAIL, I TRY AGAIN, AND AGAIN, AND AGAIN..''.

Hati Mati Punca Penyakit Sosial

Hati yang terbiar sakit dan mati adalah punca penyakit sosial. Maka ubat penyakit sosial perlu bermula daripada hati. Perlu diingat, ubatnya bukan jenis TRIAL AND ERROR. Kerana kalau salah pilih ubat, hati itu semakin merosak. Daripada mencuri kecil-kecilan boleh menjadi pencuri besar-besaran, begitu contohnya. Maka ubat mendidik hati perlukan panduan Allah swt kerana Allah swt Maha Mengetahui.
Penyakit sosial yang melanda masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu (dah tentu Islam) berpunca daripada masalah hati. Hati yang kekurangan didikan (tahu) mengenai agama. Dan kekurangan ini tidak mencetuskan rasa kesedaran (mahu) beragama. Lalu penghayatan (mampu) atau praktikal dalam beragama tidak akan terjadi. Kehilangan nilai tahu, mahu dan mampu dalam kandungan agama akan digantikan dengan nilai-nilai diri yang rosak yang mengundang pelbagai macam gejala penyakit sosial.
Gejala ini merosakkan nilai dan sifat mulia individu beragama yang rata-ratanya muka orang Islam sendiri. Kelemahan nilai dan rasa beragama daripada dalam diri (batiniah) akan menjejaskan keadaan luar diri (lahiriah). Maka akan lahirlah individu Muslim yang berpenyakit sosial dengan agama sebagai tempelan sahaja dan bukan lagi sebagai praktikal. Zaman sekarang ni pun banyak yang mengaku Islam tapi mengamalkan cara hidup orang kafir. Sebagai contoh, hujung minggu lepak night club, minum arak dengan member-member lelaki perempuan. Pada mereka nak bebaskan stress disebabkan kerja.
Penyakit sosial yang tidak diubati dengan serius membawa kepada kehancuran tamadun manusia terutamanya tamadun Islam. Mulai daripada individu Muslim berpenyakit sosial melarat membentuk keluarga. Keluarga berpenyakit sosial akan melarat membentuk masyarakat. Masyarakat berpenyakit sosial pula melarat membentuk bangsa. Bangsa berpenyakit sosial akan membentuk negara. Maka seterusnya negara Islam yang dihuni rakyat berpenyakit sosial akan musnah dengan tangan dan sikap bangsa mereka sendiri. Oleh itu, sejarah bangsa Arab di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam perlulah dihayati seterusnya dijadikan pedoman dan teladan.

Blog Berinformasi

Zaman sekarang semua orang mula bercakap tentang blog. Seingat aku laman blog menjadi hangat hanya selepas PRU12 tahun lepas. Itu pun apabila pihak kerajaan mengakui bahawa pengaruh laman blog pembangkang terhadap pengundi.
Pada aku, setiap laman blog mempunyai pengikutnya tersendiri. Dalam asyik melayari blog, aku tertarik dengan blog En.Shafie yang berkongsi kisah peribadi dan cara beliau menjana pasif income. Melalui blog Jutawan Hartanah En.Shafie jugalah aku mula tahu pasif income, OD dan lain-lain terma berkaitan hartanah. Memang seronok baca blog beliau terutamanya bila menyentuh bab-bab menjana pendapatan tambahan. Sebenarnya macam-macam bisnes yang beliau buat. Setiap perkara yang beliau lakukan akan dikongsi dan dicoretkan di blog beliau. Tak hairanlah jika blog beliau mendapat sambutan yang menggalakkan.

Monday, May 25, 2009

Tabiat merokok di kalangan remaja, apa yang perlu dilakukan?

Aku tertarik dengan tulisan saudara Mohammad Ismail dari UiTM Perlis di ruangan rencana Utusan Malaysia Online mengenai isu merokok di kalangan remaja. Menurut beliau, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan seperti penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat, menaikkan usia minimum untuk membeli produk tembakau kepada 21 tahun, ibu bapa dan guru menjadi teladan dan pemantauan berterusan dari semua unit penguatkuasaan terhadap kedai dan premis yang menjual rokok.
Sebelum aku memberi pendapat, aku senaraikan beberapa fatwa dari beberapa negeri di Malaysia mengenai hukum merokok :-
    1. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
    2. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
    3. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
    4. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
    5. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram manakala
    6. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Oleh itu, sudah terang dan jelas tak perlu lagi bersuluh maka tahulah kita bahawa merokok itu haram di sisi agama Islam. Kalau dah haram, segala hasil cukai dan eksais yang dikutip juga akan haram jika diagih dan digunakan untuk umat Islam di Malaysia. Samalah juga dengan hasil judi dan arak yang dikutip oleh kerajaan. Jika penulis Mohammad Ismail mengatakan tidak logik jika kerajaan mengharamkan terus rokok di Malaysia demi mendapatkan hasil cukai dan eksais. Aku ingin bertanya, logik kah kerajaan Malaysia menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan kempen 'Tak Nak'. Berkesankah kempen 'Tak Nak' yang dilaksanakan. Pada aku buatlah segala macam kempen pun, gejala merokok dikalangan remaja tetap akan wujud kecuali kerajaan hapuskan terus kemasukkan sumber tembakau. Nak hapuskan penyakit, carilah puncanya. Aku yakin kalau kerajaan nak hapuskan terus sumber tembakau, ada sahaja suara-suara yang merayu dan memberi pandangan supaya kerajaan jangan hapuskan sumber rokok dan tembakau. Pada mereka jika dihapuskan rokok maka sumber kerajaan hasil dari kutipan cukai akan hilang. Jika kerajaan tegas dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah, maka permasalahan merokok dan lain-lain masalah sosial tidak akan timbul. Yakin dan ingatlah saudara saudari sekalian bahawa ketegasan ajaran Islam tidak sesekali merampas hak orang-orang bukan Islam.

Tuesday, May 12, 2009

Daulat Tuanku...

Patik hamba yang hina Mohon perkenan Tuanku semoga membubarkan DUN Perak segera yang mungkin demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya RAKYAT negeri Perak...Amat malang andai suasana pergolakan politik di Perak berterusan sehingga tercetusnya pertumpahan darah di atas kalimah La ila ha illallah Muhammada Rasulullah. Masyarakat massa khususnya penyokong PAS di Perak diharap bertenang dan bersabar di atas ujian yang telah berlaku. Banyakkan berdoa. Andai kamu dipihak yang benar, moga-moga Allah SWT mengutuskan burung Ababil untuk menghancur leburkan musuh-musuh laknatullah. Ammin.

Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi aku kekuatan untuk terus menulis blog. Rupa-rupanya laman blog aku dah genap setahun. Entri pertama aku pada 7 May tahun 2008 yang lalu. Terima kasih juga diucapkan kepada para blogger yang menjenguk blog aku. Kehadiran pelawat ke blog aku memberi suntikan semangat untuk aku terus aktif dalam penulisan blog sampai bila-bila.InsyaAllah.