Membina Personaliti Sebagai Pemimpin
Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:
1. Mementingkan diri sendiri. Orang yang begini menganggap 'status lebih penting dari jenis pekerjaan'
2. Berlengah-lengah. Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan.
3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo). Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu yang biasa. Sikap ini boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.
4. Mengingati kisah-kisah lalu. Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan untuk memperoleh kembali keadaan seperti itu semula.
No comments:
Post a Comment