Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Friday, June 13, 2008

Maju Tak Gentar

"Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti".NAPOLEON BONAPARTE
Setiap
orang mempunyai gambaran yang hangat-hangat kuku mengenai harapan, hasrat dan impian tentang hasil yang diperolehi. Hal ini terjadi kerana begitu sedikit orang mengetahui tentang nilai hidup sehingga cita-cita ini tidak cukup kuat pada kebanyakan orang.
Untuk mendapatkan hal-hal yang berharga dalam hidup ini, kita harus teguh membuat keputusan (ketetapan hati) yang tidak kenal menyerah kalah. Kita harus mengarahkan pandangan kita kepada objek hasrat hati kita dan tidak pernah menyeleweng dari jalan untuk mencapainya. Kita harus terus memusatkan perhatian pada tugas kita sehingga tercapainya sasaran kita.
Hasrat kita harus menjadi hasrat membara iaitu kehendak pasti yang hanya terarah pada kemajuan. Hasrat yang biasa itu lemah dan tidak bertenaga. Hasrat biasa kurang disertai keghairahan iaitu suatu ganguan kepada hasrat membara. Jika kita membuat ketetapan dengan keghairahan seperti ini, tidak ada yang boleh menghalang kita dari pencapaian tempat tertinggi. Kalau kita menemui halangan, kita dapat membuangkan dan melepasinya. Kalau kita berhadapan dengan kekalahan, kita hanya perlu menambahkan arus dan terus bertahan. Kegagalan tidak ada dalam kamus orang-orang yang mempunyai ketetapan hati. Hanya kemenangan yang boleh memuaskan orang-orang yang memiliki hasrat membara.
Pada saat-saat untuk membuat keputusan, orang-orang yang mempunyai ketetapan hati akan melihat pada diri sendiri untuk mencari jawapannya, bukannya mencari orang lain."MAJU TAK GENTAR'', adalah motto mereka."Tidak ada halangan yang boleh menghalangku," adalah janji mereka. Kehendak untuk menang seperti inilah yang menjadi satu rahsia semua kejayaan.
Ciptakan hidup dengan cara anda sendiri dan bukan menunggu peranan diberikan kepada anda. Putuskan sekarang juga apa yang anda inginkan dari hidup ini. Rumuskan rancangan yang boleh diterapkan untuk memenuhi tujuan itu. Pastikan bahawa semuanya boleh menjadi milik anda dengan ketetapan hati anda dan semangat anda itu muncullah cahaya kemenangan anda.

No comments: