Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Sunday, June 28, 2009

Elak Kekeliruan : Selaraskan Pemakaian Wanita Islam

Jika dilihat perkembangan fesyen pakaian wanita Islam sekarang, bolehlah dibuat rumusan bahawa pakaian wanita Islam masa kini semakin jauh daripada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
Lihat saja pakaian anak-anak gadis yang mengaku beragama Islam...jika memakai tudung, tudungnya sekadar hiasan. Corak jer nampak cantik tetapi belum menutup urat rambut sepenuhnya. Ada pula memakai tudung singkat,mini tudung..macam-macam lagilah fesyen bertudung nie...Orang bukan Islam pasti pening lalat tengok fesyen wanita Islam sekarang. Pasti diorang tertanya-tanya mana satu yang betul-betul memenuhi tuntutan syariat ajaran Islam? Yeala, ada yang bertudung tapi rambut berjambul, ada lak yang pakai letak jer tudung kat kepala dengan rambut masih jelas kelihatan. Ada yang jenis pakai tudung ikut majlis..kalau majlis dihadiri alim ulamak, majlis nuzul Qur'an maka diorg pakaila tudung sebagai menghormati majlis, lepas tu buang terus tudung..mmmm apa nak jadi tak taula. Biasanya isteri-isteri orang atasan selalu buat. Cakap dan mengaku melaksanakan pemerintahan Islam, tapi buat sesuatu bukannya menyeluruh..sekerat-sekerat. Kalau hal yang menyenangkan biasanya diorang cepat-cepat ikut dan sokong,kalau hal yang nampak susah dan merugikan mereka maka jangan haraplah nak laksanakan.
Berbalik kepada isu tudung wanita Islam, elok sangatlah diselaraskan seluruh negara. Ikut apa yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Jangan bercelaru. Bukan apa,generasi akan datang akan persoalkan. Jika ibubapa Islam menyuruh anak gadisnya memakai tudung, pasti akan timbul persoalan ...ala..tu Datin Seri Rosmah pun tak pakai tudung, ok jer. Tu Datuk Sharizat pakai tudung camtu okay jer, prof yang jadi pengerusi Sister In Islam pun tak pakai tudung ok apa? Jadi macam mana sebenarnya, ibu bapa dan guru mati-matian mengingatkan anak-anak gadis akan kewajipan bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat tetapi pihak pemimpin senang lenang melanggar suruhan agama Islam. Siapa yang harus dipersalahkan? Kalau di pihak bulan penuh mengajar akan kewajiban menutup aurat, di pihak dacing timbangan pula seakan-akan meliberalisasikan ajaran Islam dengan menggunakan logik akal. Maka sudah pastilah akan wujud dua golongan yang sampai mati pun tidak akan bersatu. Mana pergi alim ulama yang boleh berbincang dan menasihati barisan kepimpinan negara ketika ini. Kenapa takut sangat nak menegur orang atasan. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ''BERCAKAP BENARLAH WALAUPUN PAHIT". Dah tahu mendedah aurat tu haram di sisi agama Islam, tegur dan nasihatlah. Pemimpin yang mengaku Islam pulak jangan lah buat muka selamba macam takde apa-apa yang nak dirisaukan. Dah mengaku orang Islam, ikutlah sepenuhnya ajaran Islam dari yang sekecil-kecil perkara seperti makan minum hinggalah sebesar-besar perkara yang melibatkan negara.

Wednesday, June 24, 2009

Senyum Kambing

Aku tertarik dengan dialog senyum kambing gurun kat utusan melayu hari ni berkaitan lambakan warga Afrika di Malaysia khususnya di Lembah Klang. Punca lambakan warga Afrika ialah mudah mendapatkan visa. Adakah perlu dibiarkan begitu? tanya kambing yang seekor lagi.
Kalau minta kambing yang jawab sudah tentulah dibiarkan sahaja lambakan warga Afrika malah warga-warga asing yang lain pun di alu-alukan datang ke Malaysia. Jika ramai warga asing masuk ke Malaysia, pertukaran mata wang asing berlaku. Tu sumber pendapatan kepada negara kan. Apa nak kisah. Biar je lah. Meriah sikit. Hahhaaha.
Tapi banyak kes bergaduh, kes pecah rumah dan mengedar dadah melibatkan warga asing macam warga Afrika tau. Ada pulak yang menggunakan gadis-gadis tempatan sebagai agen mereka untuk mengedar pil-pil khayal. Biasanya pelajar-pelajar kolej mudah terpedaya dengan mat-mat Afrika nie. Mungkin diorang bangga menjadi buah hati warga Afrika. Mereka lupa kot, mat-mat Afrika nampak baik, baik ada makna tue.

Thursday, June 18, 2009

Iraq Terus Berjuang!!!

Wah, Iraq terus berjuang!!! betul ke ni. Tak nampak macam berjuang pun...Sejak Presiden Saddam Hussein dihukum gantung 30 Disember 2006 atas kesalahan jenayah kemanusiaan ( dakwaan yang dibuat Amerika jer nie ) rakyat Iraq hilang arah, asyik berperang sesama sendiri. Emas hitam yakni minyak dan gas asli senang lenang disedut oleh Amerika dan koncon-konconya. Itulah kisah Iraq.
Namun, semangat juang Saddam Hussien rasa-rasanya telah menyerap kedalam sanubari keseluruhan pemain bolasepak kebangsaan Iraq ketika ini. Dalam pertandingan Piala Konfederasi FIFA 2009 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan ketika ini, pasukan Iraq telah mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan. Kecemerlangan pasukan Iraq diteruskan lagi semasa menentang pasukan Sepanyol (ranking No.1 Dunia ) malam tadi biarpun tewas 1-0. Rata-rata pemerhati bolasepak memuji pasukan Iraq kerana mampu memberi tentangan yang kuat sehingga ke wisel penamat. Berdasarkan mutu serta corak taktikal yang mantap pasukan Iraq dalam kedua-dua perlawanan lepas, tidak mustahil New Zealand bakal menjadi pasukan belasahan Iraq pula selepas ini. Sekadar catatan, New Zealand telah dibelasah jagoan dunia (Sepanyol) dengan 5 jaringan tanpa balas. Jika persembahan pasukan Iraq konsisten, peluang untuk mara ke pusingan kedua amat cerah. Dan pastinya kemaraan Iraq memberi rasa gerun dihati pihak lawan selepas ini. Silap-silap haribulan, Brazil yang pernah menjadi juara dunia 5 kalipun akan kecundang ditangan Iraq jika ditakdirkan kedua-dua pasukan tersebut bertemu di pusingan kedua akan datang.

Tuesday, June 9, 2009

Hidup Adalah Satu Perjuangan

Betul ke hidup ni satu perjuangan. Tapi berjuang untuk apa yea? Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah hidup kita satu perjuangan. Bagi aku, hidup memang satu perjuangan. Perjuangan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup seharian. Perjuangan yang paling simple adalah berjuang untuk menentang sifat malas dan liat untuk lakukan sesuatu perkara yang kita nak. Nak berjaya tapi malas nak berusaha. Perkara lain yang paling mudah dilakukan tapi paling susah bagi sesetengah orang ialah nak bangun solat subuh. Bermacam-macam alasan yang diberi untuk bangun solat subuh, last-last terus tak solat. Kalau sifat negatif yang bersarang dalam jiwa kita pun masih gagal nak ditentang dan dilawan, macam mana pulak nak berjuang digelanggang kehidupan yang penuh tipu daya?
Oleh itu, apa juga yang kita lakukan, kita sebenarnya sentiasa berdepan dengan halangan. Halangan boleh datang dari dalam diri dan juga orang di sekeliling kita. Sebolehnya, halangan jangan mematikan langkah kita. Jadikan halangan sebagai pemangkin kepada kejayaan yang lebih hebat dan mengkagumkan. Bukankah seorang wira tidak akan muncul wira kalau dia tidak ditentang oleh musuhnya? Kerana musuhnya itulah dia berpeluang menunjukkan kehebatannya, ketangkasannya dan kebijaksanaannya.
Di dalam Al-Quran, Allah swt telah mengangkat kedudukan para Rasul dan Nabi itu ke tahap yang tinggi sekali. Mereka diangkat setelah mereka mengalami pelbagai cubaan dan dugaan yang sulit-sulit. Rasulullah S.A.W sendiri, paling hebat berdepan dengan orang-orang yang dengki dan busuk hati. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti nabi Musa a.s dan nabi Isa a.s. Semuanya berdepan dengan cabaran dan dugaan hidup. Andainya kesemua Rasul dan Nabi tersebut seorang yang lemah, apakah mereka akan berjaya melawan cabaran pada akhirnya?
Demikianlah hakikat kehidupan kita semua. Apapun yang kita cuba lakukan, pasti ada suara-suara yang tidak menyenangi. Orang-orang ini bukan sahaja tidak menyenangi malah bertindak melampaui had untuk meruntuhkan kita semua dengan berbagai-bagai cara. Tindakan-tindakan seperti menghasut, mengejek, merendah-rendahkan dan sebagainya itu bukanlah asing bagi mereka. Sehingga kita benar-benar jatuh tersungkur, mereka tidak akan berhenti dari melakukan sesuatu.
Maka, sikap pejuang perlu ada dalam diri kita. Jika kita pintar dan bijak, segala yang mereka lemparkan kepada kita akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi semangat kita untuk bangun berjuang menjadi insan yang gemilang dan terbilang. Bukannya sekali dicaci, dihina dan diperlekeh terus menikus. Semangat seperti 'patah sayap.bertongkat paruh' perlu ada dalam diri kita untuk terus berjuang dan sekaligus bangkit dari kegagalan.

Saturday, June 6, 2009

Alala long Jangan Potong!!!

Alala long...alala long jangan potong.he.he. Seronok pulak nyanyi lagu alala long versi ah long atau along nie. Tetiba jer along (pemberi pinjam wang) menjadi hangat diperkatakan oleh semua orang. Along bertambah famous bila media menayangkan video mengenai peminjam wang yang dipenjarakan oleh along. Kesian-kesian. Dahlah dipenjarakan macam binatang ternakan malah diberi makan sebuku roti je dalam masa tahanan. Rasa kesian pun ada, rasa seronok pun ada. Yelah. dah tahu along cekik darah, buat apa nak meminjam dengan along. Tak ker bangang namanya. Akai ada ka!.
Tahniah jugalah kepada along yang bertindak macam mafia Amerika kat peminjam-peminjam tersebut. Sekurang-kurangnya diorang tahu apa natijahnya tak bayar hutang. Harap-harap peristiwa tersebut juga menjadi teladan kepada sesiapa yang berangan-angan nak pergi meminjam dengan along. Ramai yang meminjam nie nak guna duit secara terdesak. Mungkin disebabkan berhutang, nak bergaya macam orang kaya raya malah memang kena pinjam duit disebabkan keadaan tertentu. Mungkin majikan bayar gaji lambat. Ntahlah, mungkin pelbagai lagilah alasan diorang.
Memandangkan isu along dah jadi isu sejagat kat Malaysia ni maka pelbagai pihak muncul memberi pandangan untuk mengatasi masalah along. Aku tertarik dengan slot Agenda Awani kat Astro Awani pukul 8 malam tadi. Perbincangannya mengenai memerangi along yang beroperasi secara haram. Along haram nie beroperasi macam cendawan lepas hujan. Memang menangguk di air keruh betul diorang nih. Dah tahu ekonomi merosot dan ramai yang diberhentikan bekerja maka berlambaklah iklan pinjaman peribadi secara mudah yang along haram tawarkan. Kekadang dengan teknik promosi yang menarik ditambah dengan syarat yang sangat mudah tanpa apa-apa cagaran, para peminjam akan terus menghubungi along tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Menurut pandangan ahli panel di Agenda Awani, along haram nie mengenakan interest yang sangat tinggi melebihi 18% setahun. Ini adalah salah disisi Undang-undang.
Apa yang dapat dipelajari dari perbincangan di Astro Awani malam ini ialah pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Ilmu pengurusan kewangan perlu dipelajari oleh semua individu dalam mengurus perbelanjaan harian mereka. Nak belajar pengurusan kewangan, bukannya susah di zaman teknologi nie. Semuanya dihujung jari anda. Masuk je internet, taip jer pengurusan kewangan/financial planning. Maka muncullah maklumat yang dicari. Baca dan pilihlah mana yang baik untuk diamalkan. Tapi yang bebal tak mahu mencari ilmu untuk mengurus kewangan macam mana pulak?. Maka pihak kerajaan kena proaktiflah dalam kes ni. Gerakkan agensi-agensi yang berkenaan dalam menghebahkan berita keburukan ceti atau along haram. Selain itu, nyatakan alternatif lain(agensi/bank) yang boleh mereka pergi untuk pinjam wang sekiranya terdesak. Agensi yang halal macam bank-bank perdagangan, MARA, Amanah Ikhtiar, TEKUN(sekadar menyebut beberapa contoh) pulak janganlah menimbulkan banyak karenah untuk meluluskan pinjaman. Karenah birokrasi kekadang membuatkan orang meluat dan mereka inilah yang akan terjerumus dengan para along / ceti haram. Menurut salah seorang ahli panel Agenda Awani, golongan yang meminjam dengan along ni terdiri daripada semua lapisan. Tak kiralah peniaga ke, ahli profesional ke, malah ahli politik pun ada terlibat dengan along. Negeri yang paling banyak premis pemberi pinjam wang pulak ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Kalau ikut tahap perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat, orang-orang di negeri tersebut lebih advance(ye ker?). Tapi macam mana boleh terjebak juga dengan along. Adakah kehidupan di bandar sangat terdesak sekarang. Sehingga kena pinjam dengan along? Persoalan itu hanya mereka yang tahu jawab...

Monday, June 1, 2009

Bersosial Sambil Beramal

Kebelakangan ini banyak pertubuhan dan kelab-kelab sosial yang diwujudkan di Malaysia. Semuanya bermotifkan rekreasi masa lapang disamping menabur khidmat sosial kepada masyarakat seperti aktiviti menderma darah, gotong-royong dan juga menaja rumah anak-anak yatim mengadakan lawatan sambil belajar. Antara kelab-kelab sosial yang boleh dianggotai oleh peminat motosikal besar seperti Easy Riders United (ERU) dan Taiping Bikers Club. Manakala pemilik kereta honda pula boleh mengikut aktiviti hujung minggu bersama Malaysian Honda Civic Club dan Honda Owners Club.
Dengan menganggotai sesebuah pertubuhan atau kelab-kelab sosial, seseorang itu boleh membina "networking', sesi perbincangan mengenai aspek teknikal jentera masing-masing malah mengeratkan silahturahim antara kaum yang berbilang bangsa.