Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, July 18, 2009

Tiada apa nak dibanggakan dengan MANCHESTER UNITED F.C

Tak sabar nak komen pasal perlawanan persahabatan antara Manchester United (MU) vs Malaysia U23. Keseluruhannya, pasukan Malaysia U23 kali ini mampu menyaingi pasukan yang bertaraf dunia. Tahniah buat pasukan Malaysia kerana bermain cemerlang hingga ke wisel penamat. Pasukan Malaysia sebuah pasukan yang baru sebulan dua dibentuk di bawah kendalian jurulatih baru K.Rajagobal. Prestasi dan semangat juang anak-anak didik K.Rajagobal menakjubkan. Apa tidaknya, pasukan Malaysia mampu membolosi kubu MU 2 gol menerusi penyerang berbisa Amri Yahyah. Prestasi MU kali nie sangat mengecewakan. Jika Chelsea menang selesa 2-0 menentang Malaysia tahun lepas, sepatutnya MU menang besar sekurang-kurangnya 5/6-0 petang tadi. Biar sesuai dengan gelaran kelab termahal dunia.
Satu perkara yang menarik harus dipelajari semua jurulatih ialah ketegasan Sir Alex Ferguson. Beliau mampu membaca permainan dan tahap konsentrasi pemain beliau. Selepas kesilapan yang dilakukan penjaga gol MU (Van Der Sar), beliau terus membuat pertukaran penjaga gol pada separuh masa kedua. Selain menyelamatkan imej penjaga gol terbaik dunia, beliau juga mengelak pasukannya dimalukan oleh pasukan kerdil yang baru sebulan dua dibentuk. Bukan itu sahaja, Sir Alex Ferguson juga membuat pertukaran dengan membawa masuk pemain berpengalaman Ryan Giggs dan Micheal Owen. Hasilnya, Owen menjaringkan gol kemenangan MU pada 10 minit terakhir perlawanan.
Bagi perlawanan persahabatan kali kedua Isnin ini, MU bersetuju untuk menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam. Peluang keemasan ini harus digunakan sepenuhnya oleh pemain Malaysia untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan mudah yang telah dilakukan petang tadi. Aspek hantaran dan komunikasi antara pemain perlu dipertingkatkan lagi. Jika semangat dikekalkan serta kesilapan petang tadi diatasi, aku yakin Malaysia dapat mengatasi pasukan MU malam Isnin nanti. Sebab, tiada apa yang nak dibanggakan dengan pasukan MU.

Wednesday, July 15, 2009

My Lucky Day...

Hari nie hari yang paling menyeronok malah sangat mengembirakan perasaan aku. Petang tadi berlangsung perlawanan bolasepak MAKSAK daerah Serian untuk merebut Piala Micheal Manyin. Aku diberi tugas untuk bermain sepenuh masa untuk wakil ketua jabatan, memandangkan rakan aku yang seorang lagi mengalami kecederaan. Tugas tersebut aku sambut dengan sepenuh hati. Lagi pun pengurus pasukan memberi posisi favorite aku iaitu pertahanan kanan. Dari rumah lagi aku dah bertekad, perlawanan menentang IPD Serian hari nie sangat penting. Perlawanan ni jugak untuk aku mencuri perhatian pengurus untuk terus memberi kepercayaan kepada aku di posisi pertahanan kanan. Berbanding sebelum nie, aku diberi posisi pertahanan kiri,kadang-kadang pemain sayap kanan. Posisi tersebut semacam tidak serasi dengan aku.
Hari nie hari aku bangkit untuk mempamerkan prestasi sebenar. Ucapan jutaan terima kasih kepada pengurus pasukan kerana memberi kepercayaan aku untuk bermain di posisi kegemaran aku dari dulu lagi. Kemenangan 2-0 terhadap IPD Serian petang tadi cukup bermakna pada aku lebih-lebih lagi kepada pengurus pasukan memandangkan beliau akan menyambut hari lahir esok.
Secara keseluruhannya, pasukan aku mempamerkan permainan yang sangat baik terutamanya kawalan permainan dan komunikasi antara pemain. Pasukan IPD Serian kurang menyengat kali nie. Mungkin mengharapkan kepada seorang dua pemain penyerang dan pemain tengah untuk menjaringkan gol. Taktik 'man to man marking' yang digunakan oleh pasukan aku juga turut membantutkan usaha IPD Serian mengempurkan kubu pasukan aku.
Tugas aku tadi menyekat larian pantas pemain tengah IPD Serian...Nasibla pemain tengah tu suka menyimpan bola terlalu lama. Aku apalagi, guna kan falsafah defender iaitu melambat-lambatkan pergerakan lawan, bayangi lawan dan kalau ada peluang get the ball out...Itu jer yang aku buat. Nampaknya memang berjaya taktik yang digunakan.

Sunday, July 12, 2009

Smart Money Game

Petang tadi aku sempat join rakan-rakan main Smart Money Game. Ni pengalaman pertama aku main game smart money. Masih blur. Tak tau apa-apa. Dalam game tu kena ada seorang mentor(penasihat kewangan), 4 orang pemain. Setiap pemain kena pilih profesion kad. Aku pilih profesion engineer. Masa dah ditetapkan selama sejam setengah. Sape-sape yang paling banyak pasif income, dialah pemenang. Setelah masa tamat aku kalah kerana masih mempunyai liabiliti(home loan) lebih kurang RM60ribu. Begitu juga dengan 2 lagi rakan aku yang juga mempunyai liabiliti. Secara ringkas, game smart money nie kena berani ambil risiko seperti beli saham banyak2 masa saham rendah pastu jual semua saham bila harga naik. Dah dapat untung dari jualan saham, bayar semua hutang yang ada. Pastu mula melabur dalam real estate. Selain tu, game nie jugak ajar kita jangan kedekut untuk menderma. Apapun, aku akan join lagi SMART MONEY GAME nie kalau ada peluang. Ia sedikit sebanyak boleh mengajar aku mengenai pengurusan kewangan.

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai jadi Anak Emas : Bukan Sekadar Janji Kerajaan Pusat?

Tinggal 3 hari lagi pilihanraya kecil Manek Urai akan berlangsung. Maka tidak semena-menalah daerah Manek Urai menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Perkara yang pasti menjadi sejarah ialah janji Timbalan Perdana Malaysia (TPM) untuk menjadikan Manek Urai sebagai anak emas kerajaan Pusat. Maknanya di sini rakyat kelantan khususnya penduduk di Manek Urai boleh merenggek minta apa sahaja selepas ini. Gunalah peluang yang diberi oleh TPM Malaysia ini untuk kesejahteraan dunia akhirat. Penduduk daerah lain di Kelantan, malah negeri-negeri lain tu janganlah cemburu dan sakit hati dengan apa yang sedang berlaku di Manek Urai, Kelantan sehari dua nie. Kalau nak jadi anak emas jugak, berdoalah moga ada lagi pilihanraya kecil di tempat masing-masing. Manalah tahu dapat jadi anak emas juga.
Kekadang aku terfikir juga, mengapa TPM tak jadikan negeri Kelantan seluruhnya sebagai anak emas kerajaan Pusat. Bukankah lebih baik untuk seluruh rakyat Kelantan. Malah bertepatan dengan misi 1Malaysia..Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jika TPM isytihar Kelantan anak emas kerajaan pusat, aku rasa pilihanraya akan datang pasti BN khususnya UMNO dapat menawan kembali Kelantan daripada kerajaan Pas. Dengan jadikan Manek Urai sahaja sebagai anak emas, maka rakyat sudah dapat menilai bahawa TPM sekadar menabur janji politik kepada orang-orang kampung di Manek Urai. Malah lebih teruk lagi apabila nak bina masjid pun kena tunggu menang pilihanraya pada 14 Julai 2009. Kalau UMNO tak menang, tiada lah masjid baru di Manek Urai. Nak tahu lebih pasal janji TPM sila baca Utusan Online .
"Masjid baru bukan sedikit duit nak guna, tapi oleh kerana saya nak tinggalkan kenangan, saya berjanji Insya-Allah lepas pilihan raya kalau BN menang, kita buat masjid baru," - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Thursday, July 9, 2009

Pilihanraya Manek Urai

Sekadar mencelah dalam isu politik semasa. Celahan ni bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Sekadar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat biasa yang melihat apa yang pihak pentadbir negara sedang dan telah lakukan untuk kesejahteraan rakyat marhean.
Sudah menjadi kebiasaan pihak pemerintah menjelang pilihanraya. Pelbagai projek yang bakal diberikan kepada rakyat. Media pro kerajaan bertindak pro aktif dengan memberi fakta peningkatan taraf hidup rakyat di bawah kerajaan. Semuanya mengambarkan rakyat hidup sangat selesa seselesanya. Sehingga seakan tiada apa yang hendak dipinta lagi oleh rakyat. Semua telah disediakan oleh kerajaan. Sepatutnya pilihanraya di Manek Urai 14 Julai nanti, pihak kerajaan tidak perlu risau kerana rakyat PASTI memilih calon UMNO sebagai wakil rakyat yang baru. Kecuali pengundi tidak terpesona dengan dasar liberalisasi termasuklah hal hukum hakam Agama. Sedikit salah strategi kerana Datuk Sharizat bersuara malah turut berkunjung ke Manek Urai dengan imej yang kurang sesuai mengikut pandangan penyokong PAS.
Namun hakikatnya, hanya rakyat yang tahu. Malaysia sebuah negara kaya dengan hasil bumi seperti minyak mentah dan gas asli. Jika hasil minyak diagihkan sebaik mungkin takkan ada rakyat Malaysia yang miskin tegar. Takkan ada. Tun Mahathir mendedahkan sebanyak RM253.6 billion ringgit dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2004-2009. Jumlah tersebut terlalu banyak untuk rakyat. Ke mana sebenarnya hasil tersebut dibelanjakan dalam tempoh enam tahun itu? Boleh jadi dibelanjakan untuk projek-projek wilayah seperti ECER, SCORE dan pembangunan Iskandar Malaysia. Semua projek mega tersebut untuk kesejahteraan rakyat sebenarnya. Biarpun hasilnya 10-20 tahun baru dapat dilihat. Sama juga dengan projek yang telah Tun Mahathir Mohamad laksanakan. Sekarang baru dapat hasilnya. Jadi rakyat kena banyaklah bersabar untuk menikmati hasilnya nanti. Seperti kata pepatah 'bersakit-sakit dahulu. bersenang-senang kemudian'. Biarpun pasti ada kumpulan yang lekas senang dan jadi jutawan segera dengan projek kerajaan. Tak mengapalah. Kita berdoa moga kumpulan tersebut tidak lupa berkongsi kekayaan dengan orang di sekitarnya. Sekurang-kurangnya anak bini mereka dapat hidup selesa dan bila tiba ajalnya tidaklah susah rohnya dicabut dari jasad nanti. Malahan biarlah diiringi doa kesejahteraan yang dipanjatkan bukannya caci nista yang dihamburkan ke atas pemergiannya ke alam kubur.

Tuesday, July 7, 2009

Bencana Melanda Sukan Negara

Terkejut jugakla bila tonton berita sukan kat TV3 malam tadi. Bencana melanda sukan sepaktakraw pula selepas bolasepak dan hoki. Mengikut laporan sukan tersebut pihak Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri. Tengok di mana kesilapan yang berlaku sehingga pasukan Malaysia tewas kepada Korea Selatan dalam pertandingan Piala Raja Thai.
Bagi aku pula, tak kira PSM, FAM, PHM ke..semua pihak yang terlibat dengan sukan negara perlu betulkan niat. Sebelum pegang jawatan sukan untuk mewakili negara samada sebagai pemain, jurulatih, pengurus mahupun menteri sukan sekalipun. Perkara pertama ialah niat untuk berjuang demi negara tercinta. Bukannya untuk mengejar habuan duit berjuta ataupun mengejar glamer dan jawatan semata-mata. Jika niat untuk berjuang demi negara tercinta, maka keperluan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang sukan yang diwakili harus dititikberatkan. Disiplin, sabar dan tabah adalah ramuan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang sukan yang diceburi. Lebih mantap lagi jika sentiasa buat latihan. Jika diri sudah cukup mantap dan hebat dalam bidang yang diceburi maka habuan duit akan datang kemudian.
Lihat sahaja pemain Korea (Park Ji Sung), dari segi fizikal lebih kurang dengan pemain bolasepak Malaysia jer malah ada pemain kita yang fizikal lebih baik dari pemain Korea tersebut. Tetapi apa yang membezakan beliau dengan pemain kita ialah kebolehan, semangat dan disiplin diri yang tinggi ada pada pemain tersebut. Dengan kebolehan yang dimiliki Park Ji-Sung, kelab bolasepak terkaya dunia (Manchester United) pun sanggup membeli beliau dengan 4 juta Pound Sterling pada penghujung musim 2004-05. Tak ke hebat tue, bila dah hebat dan terkenal dalam bidang sukan yang diceburi, maka duit akan datang dengan sendirinya.
“When I go back to Korea maybe I couldn’t go out in the street. But I don’t want to be a famous guy or a popular guy, I just want to be a good player. No-one knows in the future but I want to be here (MU) longer, as long as I can.”- Park Ji-Sung

Sunday, July 5, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Bersama pasukan 'Champion in Making' Serian yang rata-rata umur 16&17 tahun. Majoriti pemain dari SMK Serian. (Gambar kenangan sebelum beraksi dalam merebut Piala YB Richard Riot petang tadi).
Barisan PSKPP Veteran 2009 sempat bergambar sebelum beraksi menentang Samarahan dalam kejohanan Pesta Mini PSKPP yang berlangsung pada 3-5 Julai 2009. Tahun ni Bahagian Simunjan menjadi tuan rumah.
Sebahagian rakan-rakan pemain kelihatan ceria selepas menang 3-2 ke atas tuan rumah Simunjan. Perlawanan penuh dramatik ala-ala Brazil ketika ketinggalan 2-0 menentang USA.hEHE..perlawanan kedua kami tewas 2-0 kepada Samarahan. Kesilapan formasi mungkin punca kami tewas.
Bersama pasukan PSKPP Serian 2009 (kategori senior). Tahun ni merupakan tahun kedua aku mewakili Bahagian Serian dalam Pesta Mini PSKPP. Sambil mengasah bakat, dan mengekalkan stamina, boleh jugak aku praktik ilmu yang aku pelajari ketika bersama pasukan jurulatih Kelab Diraja Selangor 2004-2006. Target aku seterusnya memiliki lesen 'B' kejurulatihan bolasepak FAM/AFC tahun 2010 nanti.

Saturday, July 4, 2009

1Malaysia Medium Perpaduan Kaum : Bagaimana dengan Islam

Aku betul-betul tak puas hati dengan berita yang dipaparkan di astro saluran 501 petang tadi. Mungkin terlalu nak mengampu bos kot. Aku tak setuju 200% dengan berita yang mengatakan 1Malaysia medium perpaduan kaum. Aku tetap yakin dan percaya hanya ISLAM agama perpaduan!!!. Islam agama yang menentang kezaliman, Islam juga Ad-din, Islam lah segala-galanya. Jangan hanya semata-mata nak sokongan politik yang gah di dunia, Agama Islam dicampak ke dalam longkang. Wahai pemimpin-pemimpin politik yang mengaku Islam, berpatah baliklah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Jangan cuba-cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan agama Islam agama yang zalim dan sebagainya. Jangan gunakan isu hukuman Hudud semata-mata nak jauhkan bukan Islam dengan agama Islam. Fahami betul-betul pelaksanaan hukuman Hudud sebelum menolaknya. Jangan nanti dikatakan bodoh sombong.