Terkejut jugakla bila tonton berita sukan kat TV3 malam tadi. Bencana melanda sukan sepaktakraw pula selepas bolasepak dan hoki. Mengikut laporan sukan tersebut pihak Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri. Tengok di mana kesilapan yang berlaku sehingga pasukan Malaysia tewas kepada Korea Selatan dalam pertandingan Piala Raja Thai. Bagi aku pula, tak kira PSM, FAM, PHM ke..semua pihak yang terlibat dengan sukan negara perlu betulkan niat. Sebelum pegang jawatan sukan untuk mewakili negara samada sebagai pemain, jurulatih, pengurus mahupun menteri sukan sekalipun. Perkara pertama ialah niat untuk berjuang demi negara tercinta. Bukannya untuk mengejar habuan duit berjuta ataupun mengejar glamer dan jawatan semata-mata. Jika niat untuk berjuang demi negara tercinta, maka keperluan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang sukan yang diwakili harus dititikberatkan. Disiplin, sabar dan tabah adalah ramuan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang sukan yang diceburi. Lebih mantap lagi jika sentiasa buat latihan. Jika diri sudah cukup mantap dan hebat dalam bidang yang diceburi maka habuan duit akan datang kemudian. Lihat sahaja pemain Korea (Park Ji Sung), dari segi fizikal lebih kurang dengan pemain bolasepak Malaysia jer malah ada pemain kita yang fizikal lebih baik dari pemain Korea tersebut. Tetapi apa yang membezakan beliau dengan pemain kita ialah kebolehan, semangat dan disiplin diri yang tinggi ada pada pemain tersebut. Dengan kebolehan yang dimiliki Park Ji-Sung, kelab bolasepak terkaya dunia (Manchester United) pun sanggup membeli beliau dengan 4 juta Pound Sterling pada penghujung musim 2004-05. Tak ke hebat tue, bila dah hebat dan terkenal dalam bidang sukan yang diceburi, maka duit akan datang dengan sendirinya.
“When I go back to Korea maybe I couldn’t go out in the street. But I don’t want to be a famous guy or a popular guy, I just want to be a good player. No-one knows in the future but I want to be here (MU) longer, as long as I can.”- Park Ji-Sung
No comments:
Post a Comment