Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, July 9, 2009

Pilihanraya Manek Urai

Sekadar mencelah dalam isu politik semasa. Celahan ni bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Sekadar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat biasa yang melihat apa yang pihak pentadbir negara sedang dan telah lakukan untuk kesejahteraan rakyat marhean.
Sudah menjadi kebiasaan pihak pemerintah menjelang pilihanraya. Pelbagai projek yang bakal diberikan kepada rakyat. Media pro kerajaan bertindak pro aktif dengan memberi fakta peningkatan taraf hidup rakyat di bawah kerajaan. Semuanya mengambarkan rakyat hidup sangat selesa seselesanya. Sehingga seakan tiada apa yang hendak dipinta lagi oleh rakyat. Semua telah disediakan oleh kerajaan. Sepatutnya pilihanraya di Manek Urai 14 Julai nanti, pihak kerajaan tidak perlu risau kerana rakyat PASTI memilih calon UMNO sebagai wakil rakyat yang baru. Kecuali pengundi tidak terpesona dengan dasar liberalisasi termasuklah hal hukum hakam Agama. Sedikit salah strategi kerana Datuk Sharizat bersuara malah turut berkunjung ke Manek Urai dengan imej yang kurang sesuai mengikut pandangan penyokong PAS.
Namun hakikatnya, hanya rakyat yang tahu. Malaysia sebuah negara kaya dengan hasil bumi seperti minyak mentah dan gas asli. Jika hasil minyak diagihkan sebaik mungkin takkan ada rakyat Malaysia yang miskin tegar. Takkan ada. Tun Mahathir mendedahkan sebanyak RM253.6 billion ringgit dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2004-2009. Jumlah tersebut terlalu banyak untuk rakyat. Ke mana sebenarnya hasil tersebut dibelanjakan dalam tempoh enam tahun itu? Boleh jadi dibelanjakan untuk projek-projek wilayah seperti ECER, SCORE dan pembangunan Iskandar Malaysia. Semua projek mega tersebut untuk kesejahteraan rakyat sebenarnya. Biarpun hasilnya 10-20 tahun baru dapat dilihat. Sama juga dengan projek yang telah Tun Mahathir Mohamad laksanakan. Sekarang baru dapat hasilnya. Jadi rakyat kena banyaklah bersabar untuk menikmati hasilnya nanti. Seperti kata pepatah 'bersakit-sakit dahulu. bersenang-senang kemudian'. Biarpun pasti ada kumpulan yang lekas senang dan jadi jutawan segera dengan projek kerajaan. Tak mengapalah. Kita berdoa moga kumpulan tersebut tidak lupa berkongsi kekayaan dengan orang di sekitarnya. Sekurang-kurangnya anak bini mereka dapat hidup selesa dan bila tiba ajalnya tidaklah susah rohnya dicabut dari jasad nanti. Malahan biarlah diiringi doa kesejahteraan yang dipanjatkan bukannya caci nista yang dihamburkan ke atas pemergiannya ke alam kubur.

No comments: