Kebelakangan ini ramai yang menganggap UMNO sudah hilang sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Malah mantan perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah membayangkan kemungkinan UMNO akan menjadi sejarah seperti parti LDP di Jepun. Itu pun sekiranya UMNO tidak berubah dengan kembali kepada perjuangan asalnya.Itu kata Tun Dr, Mahathir.
Pemikiran aku pula, UMNO akan tetap relevan dulu kini dan selamanya jika barisan pemimpin mengamalkan budaya 'copy and paste' daripada parti pembangkang yang akhir-akhir ini mendapat sokongan pengundi khususnya anak-anak muda. UMNO perlu meniru pendekatan yang dilakukan pihak pakatan rakyat mendampingi rakyat. Rakyat didampingi tidak mengira waktu. Bantuan pula dihulur bukan dekat-dekat pilihanraya sahaja atau semasa perayaan. Tok Najib nampaknya sudah memulakan budaya 'copy and paste' dalam setiap ucapan semasa berceramah. Jika sebelum ini hanya pemimpin pakatan rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa beri harapan ingin membela orang miskin tak kira melayu, cina ,india dan lain-lain kaum di Malaysia tetapi UMNO punyai segalanya untuk melakukan apa yang diungkapkan masa ceramah. Selain membela semua kaum, Tok Najib juga sudah pandai menyelitkan firman hadis sohih untuk mengambarkan bahawa beliau juga seorang yang tahu Islam. Jika keadaan ini berterusan, rakyat akan mula buka mata dan berfikir bahawa UMNO juga parti Islam yang mengotakan janji. Manek Urai menjadi platform UMNO dan BN untuk mengotakan janji yang telah dibuat kepada para pengundi. UMNO masih mampu menawan kembali semua negeri yang jatuh kepada pembangkang dengan syarat menggunakan masalah dalaman pakatan rakyat kepada peluang. Negeri Kelantan kononnya kubu kuat parti PAS juga masih boleh ditawan oleh UMNO dan BN jika pemimpin mereka menggunakan sepenuhnya ruang yang ada dengan mencari serta meneliti masalah yang wujud di negeri tersebut. Jika UMNO mengatakan ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar Kelantan kerana tiada peluang pekerjaan, maka UMNO wujudkanlah peluang pekerjaan. Jika masalah mendapatkan air bersih menjadi masalah rakyat Kelantan, UMNO cubalah selesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Tak dinafikan, sehingga sekarang banyak kawasan di Kelantan masih menggunakan air perigi yang tidak terjamin kebersihannya. Lihat sahaja kg Kubang Bunut yang berada di pinggir Bandar Pasir Mas. Sehingga sekarang penduduknya masih menggunakan air perigi. Jika musim kemarau, air perigi akan berubah warna menjadi seperti teh tarik. Itulah hakikatnya. Sepanjang 31 tahun aku bermastautin di situ, tiada seorang pun pemimpin dari PAS,UMNO, BEBAS yang datang untuk menyelesaikan masalah berkaitan air bersih. Dekat-dekat pilihanraya, berduyung-duyungla peraih undi datang ke rumah. Itu pun bukan tanya masalah tapi menabur fitnah, mengadu domba. Kekadang ada yang hulurkan sehelai dua kain batik malah ada yang dapat duit. Masalah untuk mendapatkan air bersih di kawasan itu juga menjadikan usahawan air suling yang dikenali 'Air Suling Ustaz Khairi' tidak menang tangan. Itulah peluang ekonomi yang wujud hasil masalah rakyat. Jadi BN khususnya UMNO, jika mahu relevan dulu, kini dan selamanya...maka budaya 'copy and paste' patut dilakukan mulai sekarang. Cuma tirulah hanya hal-hal yang positif parti pembangkang bukannya hal negatif juga disedut semua.