Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, September 5, 2009

Dalang Perarakan Kepala Lembu Berdarah!!!

Aku sertakan gambar-gambar yang sangat jelas untuk dilihat oleh semua rakyat Malaysia gambar-gambar dalang-dalang utama semasa perarakan kepala lembu berdarah menuju ke Bangunan SUK Selangor. Tindakan dalang-dalang tersebut umpama ''marahkan nyamuk kelambu dibakar'' oleh dalang-dalang ini. Aku lebih suka melabelkan manusia-manusia ini sebagai petualang dan pengkhianat bangsa Islam yang sebenarnya. Aku malu dengan tindakan mereka semasa perarakan tersebut. Tiada sedikit pun rasa hormat kepada sensitiviti agama dan kaum India. Mereka juga tidak berfikir dan bertanya bagaimana sekiranya selepas ini kaum India bangkit dan menyimbah tahi lembu ke dalam Masjid seluruh Malaysia dengan alasan mengganggu keselesaan mereka. Harus diingat, kaum India dan Cina malah kaum-kaum lain tidak pernah sesekali mempersoalkan pembinaan Masjid/Surau di kawasan perumahan mereka. Begitulah tingginya rasa hormat mereka kepada Agama Islam. Namun, tindakan petualang-petualang tersebut telah melukakan hati seluruh penganut agama Hindu. Demi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman seluruh rakyat Malaysia, aku OTHMAN AHMAD memohon malah merayu secara terbuka kepada Hishamudin Tun Hussein dan Musa Hassan menangkap dan mendakwa petualang-petualang tersebut dengan seadil-adilnya. Aku tak kisah mereka itu siapa, MELAYU KE, ISLAM KE,ORANG PAS ATAU UMNO..MEREKA HARUS DIHUKUM SECEPAT MUNGKIN... Seluruh dunia sedang menunggu apakah tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap petualang-petualang ini. Jika tiada apa-apa tindakan, maka tunggulah akibatnya. Rakyat yang cintakan keamanan akan menghukum kerajaan yang ada sekarang dalam pilihanraya ke 13 akan datang dengan memilih kerajaan yang memperjuangkan keadilan untuk semua bukannya keadilan untuk pihak yang terpilih sahaja.

Ibrahim Sabri penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor.

Mahyuddin Manaf penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor.
Antara sebahagian dalang yang juga penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor yang secara langsung menyokong perarakan kepala lembu berdarah.
Saksikan aksi-aksi orang-orang yang sudah hilang kewarasan akal fikiran. Mereka ini sudah lebih dikuasai emosi berbanding pertimbangan akal. Lihat aksi mereka dengan klik DI SINI.

No comments: